TG Telegram Group Link
Channel: MUET Session 1 2024
Back to Bottom
PENGUMUMAN PEMBETULAN MAKLUMAT

Salam sejahtera.

1. Sekiranya terdapat ralat/kesilapan maklumat diri pada Slip Penyata Pendaftaran (MUET P/P) atau Slip Peperiksaan (MUET/D), tuan/puan boleh membuat permohonan untuk pembetulan/pindaan maklumat.

a) Permohonan pembetulan maklumat dari 17 Januari 2024 sehingga 23 Mac 2024, tidak dikenakan sebarang bayaran. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila emel borang berserta dokumen sokongan ke [email protected].

b) Permohonan pembetulan maklumat bermula dari 24 Mac 2024 akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila hantar secara pos borang berserta dokumen sokongan dan bayaran wang pos/bank deraf RM50.00 ke MPM. Permohonan yang diterima dengan tidak disertakan bayaran, tidak akan dibuat pembetulan. Sila pos ke alamat : Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor (u.p.: Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).

2. Borang MUET/C9 boleh dimuat turun di pautan https://www.mpm.edu.my/en/sumber/muat-turun/muat-turun-borang-muet.

3. Manakala permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan MUET Sesi 1 2024 dikeluarkan/diumumkan pula akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM60.00.
SEMAKAN SLIP MUET/D (SLIP PEPERIKSAAN)

Kepada semua calon persendirian individu yang telah berjaya mendaftar Ujian MUET Sesi 1 Tahun 2024, Slip MUET/D boleh disemak dan dicetak mulai 11 Mac 2024*, selepas pukul 10:00 pagi di portal rasmi MPM www.mpm.edu.my atau pautan terus http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php.

Untuk makluman, Slip MUET/D ini mengandungi maklumat berkaitan pusat ujian yang akan dihadiri oleh tuan/puan dan tarikh serta waktu ujian kertas 800/2 (Speaking) dan kertas 800/1, 800/3, dan 800/4 (Listening, Reading dan Writing). Slip ini perlu dicetak dan dibawa bersama semasa hadir menduduki ujian.

Terima kasih.

* tarikh tertakluk kepada pindaan oleh Majlis Peperiksaan Malaysia
Salam hormat dari Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM).

MPM akan menganjurkan Kelas Persediaan MUET Secara Dalam Talian untuk membantu calon menghadapi peperiksaan MUET.

- 7 Kelas
- Melalui aplikasi Zoom
- RM250
Jika berminat boleh mendaftar dan membuat bayaran melalui pautan di bawah.

Jika perlukan maklumat lanjut, Whatsapp 0163334105.
Salam hormat dari Majlis Peperiksaan Malaysia.

Pendaftaran untuk Kelas Persediaan MUET Secara Dalam Talian masih lagi dibuka.

Sesiapa berminat boleh mendaftar melalui pautan dibawah.
Peringatan Mesra

Sekali lagi dimaklumkan, calon persendirian individu yang telah berjaya mendaftar Ujian MUET Sesi 1 Tahun 2024 boleh menyemak dan mencetak Slip MUET/D mulai 11 Mac 2024 (selepas pukul 10:00 pagi) di portal rasmi MPM www.mpm.edu.my atau pautan terus http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php.

Untuk makluman, Slip MUET/D ini mengandungi maklumat berkaitan pusat ujian yang akan dihadiri oleh tuan/puan dan tarikh serta waktu ujian kertas 800/2 (Speaking) dan kertas 800/1, 800/3, dan 800/4 (Listening, Reading dan Writing). Slip ini perlu dicetak dan dibawa pada hari ujian.
PERMOHONAN PERPINDAHAN PUSAT UJIAN

Tempat adalah sangat terhad (first come first serve basis) dan bergantung kepada kapasiti dalam pusat ujian yang masih mempunyai kekosongan dan boleh menampung calon selepas dikemaskini oleh Jabatan Pendidikan Negeri.

Permohonan perpindahan pusat ujian MUET Sesi 1 2024 dibuka mulai 11 Mac 2024 (selepas 10:00 pagi) sehingga 18 Mac 2024 (11:59 malam). Permohonan secara atas talian di pautan http://apps.mpm.edu.my/pp_muet/public/register.

Permohonan perpindahan pusat ujian ini adalah untuk SEMUA KERTAS (Listening, Speaking, Reading, dan Writing).

Bayaran perpindahan pusat ujian MUET ialah sebanyak RM50.00 dan dibuat secara dalam talian melalui perbankan elektronik.

Calon yang berjaya memohon perpindahan hendaklah menyemak Slip MUET/D baharu yang akan dikemaskinikan di portal MPM dua (2) minggu selepas permohonan ditutup. Slip MUET/D yang terdahulu adalah terbatal.

Sebarang rayuan untuk menambah kapasiti di pusat ujian tidak dipertimbangkan.

Permohonan pertukaran pusat ujian selepas tarikh tutup juga tidak dipertimbangkan.

Terima kasih.
Salam hormat dari Majlis Peperiksaan Malaysia.

Tarikh tutup pendaftaran untuk *Kelas Atas Talian Persediaan Muet* 14 Mac, Khamis.

Sesiapa berminat boleh mendaftar melalui pautan dibawah.
Salam sejahtera dari MPM.

Pendaftaran untuk Kelas Persediaan Muet Atas Talian telah ditutup.

Sesiapa yang telah buat bayaran tetapi masih belum mendapat link zoom untuk masuk kelas sila Whatsapp 0163334105.

Terima kasih
Peringatan Mesra:

Tarikh Penting Ujian MUET Sesi 1 2024

Ujian Kertas Bertulis (Written Test):
27 April 2024 (Sabtu)

Ujian Lisan (Speaking Test):
29, 30 April 2024 (Isnin, Selasa)
6, 7, 8, dan 9 Mei 2024 (Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis).

Sila hadir pada tarikh dan waktu seperti tercatat di Slip MUET/D calon. Calon diminta untuk hadir awal di pusat ujian masing-masing. Rujuk Slip MUET/D untuk maklumat penting berkaitan ujian. Bagi yang belum lagi mencetak Slip MUET/D, sila ke pautan ini http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php. Slip ini telah boleh disemak dari 8 Mac 2024.

Slip MUET/D ini perlu dicetak dan dibawa pada hari ujian.

Calon perlu hadir semua komponen kertas ujian MUET bagi mendapat keputusan Band yang lengkap. Gagal hadir walau satu komponen, akan menyebabkan calon mendapat keputusan Band Nil.

Terima kasih.
SEMAKAN SLIP MUET/D CALON MEMOHON PERTUKARAN PUSAT UJIAN

Salam sejahtera.

Perhatian kepada semua calon Ujian MUET Sesi 1 2024 yang memohon pertukaran pusat ujian secara online, calon telah boleh menyemak dan mencetak semula Slip MUET/D yang telah dikemaskini dengan melayari portal rasmi MPM www.mpm.edu.my atau di pautan terus http://webmpm1.mpm.edu.my/muet/index.php.

Dimaklumkan sekali lagi, sebarang rayuan permohonan pertukaran pusat ujian oleh calon selepas tarikh tutup tidak dipertimbangkan.

Terima kasih.
Pemakluman kepada semua calon berkaitan pakaian semasa hadir ujian. Terima kasih.
Ujian MUET Sesi 1 2024 telah selesai dijalankan. Calon perlu hadir semua komponen kertas ujian MUET bagi mendapat keputusan Band yang lengkap. Gagal hadir walau satu komponen, akan menyebabkan calon mendapat keputusan Band Nil.

Keputusan Ujian MUET akan diumumkan 8-9 minggu setelah Ujian MUET selesai.

Sijil MUET calon persendirian akan dihantar menggunakan perkhidmatan Pos Laju ke alamat seperti yang tercatat pada Slip MUET/D calon. MPM tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kehilangan dan kerosakan Sijil MUET yg dihantar secara Pos Laju ini.

Permohonan pembetulan maklumat calon bermula dari 24 Mac 2024 akan dikenakan caj sebanyak RM50.00. Permohonan adalah secara mengisi borang MUET/C9 dan sila hantar secara pos borang berserta dokumen sokongan dan bayaran money order/bank deraf RM50.00 ke MPM. Permohonan yang diterima dengan tidak disertakan bayaran, tidak akan dibuat pembetulan. Sila pos ke alamat : Majlis Peperiksaan Malaysia, Persiaran 1, Bandar Baru Selayang, 68100 Batu Caves, Selangor (u.p.: Setiausaha Bahagian Pengendalian STPM dan MUET).

Borang MUET/C9 boleh dimuat turun di pautan https://www.mpm.edu.my/en/sumber/muat-turun/muat-turun-borang-muet.

Manakala permohonan pembetulan maklumat selepas keputusan MUET Sesi 1 2024 dikeluarkan/diumumkan pula akan dikenakan caj bayaran sebanyak RM60.00.

Sila layari portal MPM www.mpm.edu.my atau Facebook rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia dari semasa ke semasa untuk info berkaitan pengumuman keputusan Ujian MUET.

Terima kasih.
HTML Embed Code:
2024/05/21 23:22:49
Back to Top