TG Telegram Group Link
Channel: 🎭Seram Mistik🎭
Back to Bottom
#mistik7
#CeritaPendek

Panahan petir yang begitu kuat menyebabkan wayar elektrik berhampiran rumah Mia hangus dan rosak.Hujan lebat disertakan angin kencang yang sesekali menerangi ruangan bilik Mia membuatkan dia berasa kecut perut.

Bekalan elektrik terpadam, mengapai-gapai tangan mencari dinding. Lalu dipegangnya sesuatu yang lembik dan basah, kemudian ia bersuara.

Seakan nyawa Mia direntap keluar dari tubuhnya. Badannya menjadi lemah dan tak bermaya. Ingin dia mengalihkan tangannya daripada benda yang lembik itu namun tak berdaya. Cahaya kilat yang sesekali memancar memenuhi ruang bilik Mia membuatkan matanya terpaku ke arah sesuatu dihadapanya.

Benda yang "lembik dan basah" itu hampir membuatkan dia pengsan. Muka yang reput dan membusuk dibaluti dengan kain kafan.

👻TAMAT👻

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik423
#CeritaPendek

Masa baru masuk form six, dapat bilik sebelah bilik yang sejarahnya ada budak meninggal dalam loker dan bilik tu tak diguna pakai dah. Satu malam tu, lepas habis prep, kami rakan semua form six kemas-kemas barang atas meja study. Laptop apa semua dah off tapi masih bersambung dengan speaker kecil. Nak dijadikan ceritanya, dah semua masa tu elok nak lelapkan mata tiba-tiba laptop satu yang bersambung dengan speaker tu on sendiri, main lagu dengan jelas sekali. Serius seram! Member-member lain dari katil hujung tu melompat pergi katil ketiga dari tepi. Lepas laptop tu, bilik sebelah pula memang kuat bunyi besi dipukul dekat locker dan locker kena tarik. Bayangkan duduk dekat sebelah bilik yang dah lama tak guna sebab pernah ada kes student meninggal. Tak habis dengan tu, belakang balkoni pula bunyi orang berlari lalu tingkap dorm kita orang. Kejadian ni berlaku masa tahun 2014. Memang masih segar dalam otak ni.

👻TAMAT👻

Sumber: Ahmad Mustakim Ramli

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik424
#CeritaPendek

Bunyi dentuman petir yang kuat diikuti dengan kilat sabung menyabung mengejutkan Mazni yang sedang leka mengulang kaji pelajaran. Pucat lesi muka anak dara berusia 17 tahun itu kerana terperanjat.

Mazni bingkas bangun. Rasa takut menyelubungi segenap sanubari gadis manis berambut ikal mayang itu. Bunyi desiran air hujan di malam hari tu tambah meresahkan hatinya menyebabkan Mazni berasa tidak bertahan lama di biliknya . Tanpa menutup lampu bilik dia terus ke ruang tamu dan duduk memeluk tubuh di sofa. Matanya merenung jauh entah ke mana. Malam itu Mazni sendirian di rumah. Ibu dan ayah serta dua orang adiknya ke rumah Pak Langnya ada kenduri doa selamat pada malam itu.

Mazni enggan pergi dengan alasan hendak mengulangkaji pelajaran kerana peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia sudah hampir. Sebelum pergi, ibunya mengingatkan bahawa mereka mungkin pulang agak lewat kerana mahu menolong apa yang patut. Ibunya juga berpesan agar Mazni tidak lupa mengunci semua pintu dan tingkap. Sebaik sahaja mereka pergi, Mazni segera mengunci pintu dan tingkap. Kemudian dia terus berkurung di dalam biliknya dan mengulang kaji pelajaran. Ketika sedang asyik menelaah, hujan turun dengan lebatnya diselangi kilat sabung-meyabung. Kesunyian yang begitu mencengkam tiba-tiba mengundang resah dan takut di hati Mazni. Jam menunjukkan pukul 11.30 malam .

Mazni masih bertelekup di sofa. Hendak menonton televisyen bagi menghilangkan kesunyian, kilat dan petir yang masih berdentum dan sabung-menyabung menyebabkan hasratnya itu terhalang. Saat itu timbul rasa kesal kerana menolak pelawaan ibu dan ayahnya tadi. “AH kenapalah lambat sangat ayah dan ibu balik ni?” keluhnya untuk sekelian kali. Untuk menghilangkan rasa takut, Mazni membaca ayat kursi dan beberapa ayat al-Quran yang lain. Namun rasa cemas yang tak kunjung hilang itu menyebabkan dia akhirnya mengambil keputusan untuk tidur.

Baru sahaja hendak merebahkan badan Mazni terdengar satu dentuman yang sangat kuat. Untuk menyedapkan hati dia membuat andaian itu adalah bunyi petir. Tiba tiba telinganya menangkap bunyi pintu rumah diketuk orang. Apabila dibuka tiada sesiapa di luar. Mazni menutup semula pintu tetapi ketukan berbunyi lagi. Sebaik sahaja pintu dibuka, mazni melihat seorang wanita berusia dalam lingkungan dua puluhan berdiri di depannya. Wanita itu basah kuyup dan dia mengendong seorang bayi. Bajunya koyak dan ada kesan darah. “Maaf, kereta kakak rosak terlanggar pembahagi jalan di simpang sana. Boleh kakak tumpang berteduh sebentar dik?” kata wanita itu memecah kesunyian. Suaranya begitu perlahan hampir tak kedengaran. “EH, masuklah kak,” kata mazni seolah-olah baru tersedar dari khayalan.

Setelah mempersilakan wanita itu duduk di sofa, Mazni lantas ke bilik ibunya mancari pakaian untuk mengantikkan pakaian wanita itu yang lencun dek hujan. Juga mencari tuala bagi membalut tubuh anak wanita itu. Sementara wanita itu bersalin pakaian, Mazni bergegas ke dapur menyediakan minuman panas untuk mereka. “Maaf menyusahkan adik,” kata wanita tadi sebaik sahaja mazni meletakkan secawan nescafe panas di depannya. “Tak apa. Sekurang kurangnnya saya ada kawan,” jawab Mazni sambil menjeling bayi wanita itu yang senyap sahaja sejak tadi. Mungkin sudah tertidur agaknya. Tidak banyak yang dibualkan oleh mereka berdua. Biar pun banyak yang ingin ditanyakan oleh Mazni, tetapi mulutnya bagaikan terkunci. Sedangkan wanita itu seolah-olah lebih senang menyendiri. Mungkin dia ada masalah apabila melihat wajah wanita itu yang seolah-olah dalam kesedihan.

Tiba-tiba, “maaf dik. Kakak kena pergi sekarang.” kata wanita itu sambil meluru keluar. Mazni tidak sempat menahan dan hanya mampu memandang sambil terpinga-pinga. Beberapa minit kemudian kedengaran daun pintu diketuk orang. “Mesti kakak tadi. Ha itulah. Hujan belum berhenti dah nak pergi,” omel Mazni dalam hati sambil berlari mahu mambuka pintu. Namun alangkah terkejutnya Mazni apabila melihat seorang wanita berlumuran darah sedang mendukung bayi yang pecah kepalanya tercegat di depannya. Wajahnya amat menakutkan.
Dia seolah-olah berada dalam kesakitan dan inginkan bantuan. Tubuh Mazni menggeletar dan akhirmya dia rebah tidak sedarkan diri.

Ketika membuka mata, sayup-sayup Mazni mendengar suara ibu bertanyakan apa yang sudah berlaku. Tetapi mazni tidak mampu menjawab. Dia hanya memeluk erat ibunya sambil menangis semahu-mahunya. Keesokan pagi, sambil bersarapan pagi ibunya menceritakan satu kemalangan ngeri yang berlaku dekat simpang berhampiran rumah mereka. “Kasihan pemandu wanita dan bayinya meninggal. Tu sebab kami terlewat semalam..” Hati Mazni berdebar-debar mendengar kata-kata ibunya. Dan debaran itu tambah kencang bila ayah menyampuk. “Berita kemalangan tu ada dalam akhbar hari ini. Gambar perempuan itu dengan anaknya pun ada. Nah tengok,” katanya sambil menghulurkan surat khabar itu kepada Mazni. Dengan tangan menggeletar akhbar itu disambut. Tidak salah lagi memang itulah wanita dan anaknya yang datang berkunjung ke rumahnya malam tadi.

👻TAMAT👻

Sumber: Otai Cerita Blogspot

@kisahserammistik
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
#mistik425
#CeritaPendek

Saya juga ingin berkongsi sama pengalaman yang saya sendiri alami. Apa yang berlaku pada saya bukanlah dibuat-buat tapi yang sebenarnya terjadi pada saya kira-kira sebulan lebih yang lalu, ketika saya bertugas hingga lewat malam untuk menyelesaikan laporan untuk keesokan harinya. Bila sudah selesai, jam di tangan saya menunjukkan kira-kira jam 1.20 pagi. Saya langsung ke tandas untuk mencuci muka. Ketika saya hendak melangkah keluar dari tandas, saya terkejut bila pintu tandas di belakang saya seperti digegarkan. Walaupun terkejut saya tidak memikirkan apa-apa. Saya sempat berkata dalam hati, "Eh aku ni dah tambah berat badan ke sampai bergegar pintu bila berjalan?" Saya terus ke pintu untuk periksa lantai dan dinding pintu kubikel kerana saya bersama teman-teman sekerja dilatih agar mencari punca sekiranya sesuatu berlaku. Saya periksa semua okay tidak ada apa-apa pun.

Saya pun pusing untuk keluar dari tandas tapi bila hendak keluar saya terdengar pula bunyi ketukan dari arah pintu kubikel tadi. Tok... Tok... Tok... Tok... Saya terus pusing dan melihat ke arah pintu itu yang masih kedengaran bunyi ketukan. Saya perhatikan buat seketika, terdiam saya bila pintu itu bergoyang perlahan, nak kata ada angin tak mungkin. Saya beristighfar panjang dan serta-merta bau yang datang dari alat pewangi udara di tandas bertukar menjadi seperti bau busuk dan hamis. Saya terus keluar dari tandas dan naik teksi pulang ke rumah.

Sampai saja saya terus bersihkan diri dan bersiap untuk tidur apabila saya terdengar salakan anjing melolong tinggi. Saya terus bangun dan pergi ke balkoni. Saya melihat seekor anjing sedang melolong tinggi dari satu pokok kelapa ke pokok kelapa yang lain. Saya perhatikan dalam hati ada tupai ke atau burung tiong kuning ke kerana di tempat kawasan perumahan saya memang ada burung itu dan selalu kedengaran bunyinya. Saya terus perhatikan tapi tidak kelihatan apa-apa hinggalah ke satu pokok kelapa anjing itu melolong, saya perasan daun kelapa di atasnya melendut ke bawah. Saya beristighfar panjang dan terus terangkan lampu rumah dan putarkan CD ayat-ayat suci Al-Quran hinggalah ke pagi, saya tidak dapat tidur. Itu saja yang saya ingin kongsi sama.

Terima kasih.

👻TAMAT👻

@kisahserammistik
HTML Embed Code:
2024/04/20 01:00:53
Back to Top