TG Telegram Group Link
Channel: Kisah-kisah dalam Al-Quran
Back to Bottom
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
▪️Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan anak lelaki.
▪️Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan anak perempuan.
▪️Kenapa ada ibu yg lahirkan hanya 2 anak.
▪️Kenapa ada ibu yg mampu lahirkan belasan org anak.
▪️Kenapa ada ibu yg hanya lahirkan 1 anak.
▪️Kenapa ada ibu yg tak boleh lahirkan anak.

Semua kenapa ini, kalau kita percaya pada qada & qadar Allah, redha dgn ketentuan Allah, pasti kita takkan menyalahkan manusia. Setiap yg Allah takdirkan, pasti ada sebabnya. Bukan hanya pada si ibu, ianya mungkin sbb si ayah.

Ianya boleh jadi sebab sekeliling. Ianya boleh jadi sbb apapun. Kerana Allah Maha Mengetahui.

Mungkin ada rancangan lain yg Allah dah atur yg lebih baik. Pelihara anak yatim.

Tanggung keluarga yg susah. Atau Allah tahu pada masa akan datang mungkin anak tersebut akan jadi penghalang si ibu mahupun ayah utk masuk syurga. Kita tak tahu kan, tapi Allah tahu.

Yg pasti
Tiada anak pun boleh masuk syurga.
Ramai anak tak semestinya terus masuk syurga.
Yg penting, berusaha & redha.

Anak itu anugerah.
Anak itu harta.
Anak itu amanah.

Makin ramai anak, makin lama hisab di sana.
Segalanya bersebab.

C&P

https://hottg.com/kisah_kisahdlmAlQuran
Kuiz 132

lemah yang meminta dan lemah yang diminta (ضَعُفَ ٱلطَّالِبُ وَٱلۡمَطۡلُوبُ) Ayat diatas merujuk kepada siapa?
Anonymous Quiz
18%
A. Hamba dan Tuhan
21%
B. Hamba dan pemilik hamba
36%
C. Penyembah berhala dan berhala
18%
D. Orang miskin dan orang kaya
6%
E. Manusia dan Syaitan
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Kuiz 133

Sesungguhnya Allah telah mendengar perkataan wanita yang bersoal jawab denganmu tentang suaminya, dan mengadukan (halnya) kepada Allah.... Mengenai apakah aduan tersebut?
Anonymous Quiz
15%
A. Talaq
40%
B. Nafkah
31%
C. Zihar
12%
D. Nusyuz
2%
E. Kaffarah
Kuiz Al Kahfi 47 - Kenapakah orang yang berdosa mencela diri sendiri dan mengatakan “Aduhai, celakanya kami!” pada akhirat nanti?
Anonymous Quiz
42%
A) Tidak mendapat syafaat/pertolongan
12%
B) Di azab oleh malaikat penjaga neraka
40%
C) Kitab amalan yang merekodkan kesemua jenis perkara
6%
D) Panas mentari yang terik tanpa ada teduhan
Kuiz 135 - Allah memberi perumpamaan amalan baik yang dilakukan oleh orang kafir di dalam Al Quran seperti berikut KECUALI
Anonymous Quiz
17%
Tanaman hijau yang menjadi kering dan hancur bersepai
30%
Riak sinaran panas di tanah rata atau fatamorgana
35%
Debu yang berterbangan
18%
Abu yang ditiup angin ribut
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Kuiz 136

Apakah yang diperkatakan oleh orang kafir sehingga langit nyaris-nyaris pecah dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah serta gunung ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap?
Anonymous Quiz
15%
A. Manusia tidak akan dibangkitkan pada hari Kiamat
29%
B. Ada tuhan-tuhan lain yang bersama Allah dalam penciptaan alam ini.
35%
C. Mengatakan Allah mempunyai anak.
14%
D. Mengatakan Al Quran itu hanya rekaan Rasulullah.
7%
E. Orang kafir tidak akan diseksa di dalam neraka.
Kuiz 137 - “Maka tidak ditangisi ke atas mereka oleh langit dan bumi (atau penduduk keduanya) dan mereka pula tidak diberi tempoh lagi”. Ayat tersebut dikisahkan berkenaan siapa?
Anonymous Quiz
11%
A) Ashabul Aikah
51%
B) Firaun dan pembesar/tenteranya
22%
C) Penentang Nabi Soleh a.s.
17%
D) Yahudi yang merancang pembunuhan Nabi Isa a.s.
Kuiz 138 - Antara perkataan berikut, yang manakah TIDAK disebut di dalam Al Quran?
Anonymous Quiz
41%
A) Kertas
1%
B) Kitab
19%
C) Hairan
14%
D) Karut
15%
E) Marut
1%
F) Sihir
9%
G) Aib
📌 Hadis Palsu & Lemah Popular

🔹 Sabar itu separuh daripada iman

الصبر من الإيمان

Apabila bercakap mengenai sabar, hadis ini seringkali digunakan bagi menunjukkan bertapa pentingnya sabar dalam kehidupan seorang muslim. Sabar sangat mudah diucapkan tetapi sangat susah untuk dipraktikkan.

Sememangnya Al Quran banyak memperkatakan mengenai sabar dan ganjaran serta kelebihannya. Antaranya seperti firman Allah di bawah ini:

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ ٱسۡتَعِينُواْ بِٱلصَّبۡرِ وَٱلصَّلَوٰةِۚ إِنَّ ٱللَّهَ مَعَ ٱلصَّٰبِرِينَ

[Surah Al-Baqarah: 153]

Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar

Namun benarkah hadis diatas yang sangat popular itu asalnya dari Rasulullah?
 
Status Hadis

▪️Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat dan bukan hadis Nabi SAW.

Di antara yang menyebutnya sebagai hadis Nabi SAW ialah al Ghazali dalam bukunya Ihya Ulumuddin.

▪️Menurut al Iraqi yang mengkaji hadis-hadis Ihya Ulumuddin, hadis tersebut adalah dhaif.

▪️Begitu juga dengan al Albani yang menyatakannya sebagai sangat dhaif.

▪️Menurut al Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat).
 
Ulasan Hadis
 
Memandangkan bahawa kata-kata ini adalah kata-kata sahabat dan melihat kepada maksudnya yang tidak menyalahi mana-mana asas dalam Islam, maka  boleh diucapkan dan disebarkan kepada masyarakat.

Apa yang perlu ialah menyatakannya sebagai kata-kata sahabat atau kata-kata hikmah dengan tidak menyatakannya sebagai hadis Nabi SAW. 

Kita juga mesti mengutamakan ayat-ayat Al Quran yang menceritakan perihal kesabaran dan kepentingannya seperti ayat-ayat di dalam surah Luqman yang menceritakan nasihat Luqman kepada anaknya yang antara lainnya mengandungi nasihat supaya bersabar di atas segala ujian yang menimpa diri.

Begitu juga dengan hadis-hadis sahih yang menceritakan soal kesabaran dan pahala orang-orang yang sabar.

Itu mesti didahulukan daripada kata-kata hikmah atau kata-kata sahabat agar masyarakat sentiasa memahami kewajipan mendahulukan Al Quran dan hadis sahih dalam kehidupan.
 

Kesimpulan

Sesuatu hadis yang popular dan selalu diucapkan, tidak semestinya ia adalah benar dan berasal dari Rasulullah. Sentiasalah belajar dan menimba ilmu sebanyak mungkin. Rujukan terbaik dalam kita beribadah adalah Al Quran dan juga hadis-hadis sahih.

https://hottg.com/kisah_kisahdlmAlQuran
Kuiz Al Kahfi 48 - Terdapat perkataan “Rahmat” sebanyak ____ kali di dalam surah ini.
Anonymous Quiz
4%
A) 1
3%
B) 2
16%
C) 3
25%
D) 4
25%
E) 5
27%
F) 6
HTML Embed Code:
2024/06/01 18:11:26
Back to Top