TG Telegram Group Link
Channel: Isteri
Back to Bottom
Perempuan itu madrasah.

Madrasah untuk mendidik anak anak yang baik.

Jika baik madrasahnya , maka lahirlah bunga dan pejuang Islam yang hebat.

Jika teruk madrasahnya , maka lahirlah jua anak-anak yang tidak tentu hala.

Hawa, bukan cantik yang menjadi ukuran.

Tidak guna cantik andai hatinya kosong dari PENCIPTA.

Tidak guna diberi akal andai kita persia.

Pilih mahu jadi BUNGA islam atau PEROSAK agama.

[ themujahidah ]
Support @dapurComel
Manusia Perlu zikir umpama ikan memerlukan air ,, tanpa zikir ,, Hati akan menjadi mati ,,

-Ustaz Pahrol Mohd Juoi-

۞ اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ ۞
Forwarded from TheIzzatNasir 💪
Zina mata dosa kecil yang paling
besar. Siapa yang tidak mampu menjaga pandangan, dia tidak mampu menjaga agamanya.

- Imam Al Ghazali dalam kitab Faid al-Qadir
Forwarded from رضا الله
Kata Imam al-Ghazali

الْعِلْمُ نُّورٌ وَ نُورُ اللّٰهِ لاَ يُهْدَى لِلْعَاصِى

Ilmu itu cahaya dan hidayah Allah itu tidak diberikan kepada orang yang melakukan maksiat.
وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِنْ شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِنْ كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ

“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan tambah nikmatKu kepadamu, dan jika kamu kufur ingkari nikmatKu, sungguh adzabKu sangat pedih,”

Surah Ibrahim : 7
Forwarded from Surirumah
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
Jangan putus asa dalam hidup yang menyedihkanmu. Katakanlah Ya Allah, bantulah aku.

لا تيأس من حياة أبكت قلبك وقل يا الله ساعدني
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Forwarded from رضا الله
Kata imam as syafi'e

نفسك إن شغلتها وإلا شغلتك بالباطل

Sibukkan dirimu dengan kebaikan
Jika tidak ia akan sibukkan kamu dengan kejahatan
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
Rasa tidak bahagia akan sentiasa ada jika kita selalu membanding-bandingkan hidup kita dengan orang lain. Tiap orang jalan hidupnya berbeza.
Forwarded from DiariHawa
Cara Dakwah yang sepatutnya kepada Wanita

1. Dakwah kepada wanita untuk menutup aurat bukanlah dengan mengatakan kalau dia pakai tudung maka dia akan nampak lagi cantik.

Tujuan menutup aurat ialah untuk "melindungi/menutupi" kecantikan wanita dari dilihat oleh bukan mahram.

Bukan menjadikan dia lebih cantik!

Produk tudung, jubah dan pakaian wanita yang menutup aurat tetapi sebaliknya menjadikan wanita itu kelihatan lebih cantik dari biasa adalah menyalahi konsep aurat.

Definisi عورة (aurat) bagi wanita ialah bahagian angggota badan yang tidak boleh dizahirkan dan diperlihatkan kepada orang lain. [Lihat al-Mausuah al Fiqhiyah al Kuwaitiyah]

Kaedah ini jelas dalam firman Allah ;

وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا
"Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya." (An-Nur: 31)

Beritahu wanita, jika dia tidak menutup aurat maka dia akan dibakar oleh api neraka.

Itulah yang dilakukan oleh Nabi salallahualaihiwassalam.

2. Tidak menutup aurat ialah berdosa dan bertabarruj juga ialah berdosa.

Orang perempuan yang tidak memakai tudung ialah berdosa, orang perempuan yang memakai tudung tetapi memakai baju ketat atau menampakkan bentuk susuk tubuh badan juga adalah berdosa.

Orang perempuan yang sudah menutup aurat seluruh badan tetapi kemudian menzahirkan kecantikan dirinya walaupun 'bertutup' ialah disebut tabarruj dan ianya juga berdosa.

Tabarruj bermaksud berhias bagi nampak cantik.
التبرُّج: أن يُبْرِزن محاسنهن
Dalam Islam wanita bukan sahaja dilarang mendedahkan aurat tetapi juga dilarang bertabarruj (bagi dirinya nampak cantik).

Contoh:

Pakai purdah + jubah dikira menutup aurat tetapi letak labuci, manik, warna-warni yang menarik, asal menarik pandangan orang itu dikira tabarruj. Belum campur bergaya, maskara, letak make-up, pakai minyak wangi dan berposisi yang boleh menggoda.

3. Ada orang berdosa sebab dedah aurat, ada orang lain pula berdosa sebab bertabarruj walaupun dia menutup aurat. Kena pandai bezakan dengan belajar hukum hakam dan syariat.

Orang perempuan disebut sebagai penghuni neraka teramai, disebabkan tidak menjaga kewajipan agama dengan baik dan suka mengikut hawa nafsu.

وَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ
Dan aku melihat neraka, lalu aku mendapati kebanyakkan penghuninya ialah wanita. [HR. Al-Bukhari dan Muslim]

Hawa nafsu bukan seksual sahaja tetapi keinginan fashion, trend, pujian orang, terkenal, mewah, glamour, suka shopping dan pelbagai lagi.

P/S : Orang lelaki juga akan masuk neraka dan diazab jika mengabaikan para wanita di bawah jagaan mereka. Tidak kisah, siapa ramai atau sedikit dalam neraka, asalkan bukan kita yang masuk ke dalam neraka!

Sekian
Jazakumullahukhairan kasiro.

@Diari_Hawa
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
Bila kita berubah betul-betul ikhlas kerana Allah, betul-betul sebab kita mula rasa gerun dengan azab Allah, betul-betul rasa menyesal dengan dosa yang pernah kita buat dulu, maka kita tak akan mudah terkesan dengan pandangan orang terhadap diri kita.

Jika niat kita memang ikhlas untuk kembali kepada Allah, kita tidak akan terlalu mudah lari dari jalanNya hanya disebabkan kata-kata buruk orang terhadap perubahan kita.

Sebab kita memang dah sedar, apa sahaja keburukan yang orang mahu kata, itu semua sudah tidak penting lagi. Kita sudah sedar yang paling penting ialah apa yang Allah mahu, apa yang Allah kata dalam firmanNya.

Fikirkan sejenak sedalam-dalamnya jika kita terlalu mudah rebah kerana fikir apa yang orang cakap terhadap perubahan kita. Boleh jadi kerana niat kita mahu berubah itu belum cukup tulus kepadaNya. Boleh jadi kita belum mahu tunduk kepada suruhanNya.

Muhasabah buat kita semua bersama.
_______
Ad-Dien Abdul Kadir
18/09/2016, Ahad.
Forwarded from Salsabila Salsabila
📜📜📜📜📜


Bolehkah si istri menceritakan keburukan si suaminya pada kwn2 nya meskipun si suami itu seorang yg btul2 jahat... Apekah hukum bagi seorang isteri?? Bagaimanakah cara2 yg perlu bagi seorang isteri utk tidak menceritakan pd kwn2?? 😊


💐💐💐😊
Jawapan


✍🏻....
Tidak boleh..
Seseorang isteri itu menceritakan keburukan suaminya sekalipun suaminya seorang yang jahat.
Ia samalah seumpama membuka pekung di dada sendiri.


Hukumnya berdosa bagi seorang isteri yang membuka aib suaminya.


Seorang isteri itu hendaklah banyak bermuhasabah dirinya...,


Sentiasa bangun malam dan merintih dengan TUHAN nya dan berdoa untuk suaminya semoga ALLAH bukakan pintu hidayah buat suaminya.


😊Itulah di antara tanda² ciri bagi seorang isteri yang solehah yang mendapat keredhaan dan naungan Rahmat ILAHI ROBB.


Wallahu'alam...


🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀🍀
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
Sebelum tidur, Nabi buat apa?

Nabi membaca doa.

Antara doanya seperti yang disebutkan dalam hadith Sahih Al-Bukhari:

بِاسْمِكَ اللَّهُمَّ أَمُوتُ وَأَحْيَا
Bismikallahumma Amutu wa ahya

(Dengan nama Allah, aku mati dan aku hidup)

Bila bangun tidur Nabi baca doa:

الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُورُ
Alhamdulillahillazi ahyaanaa ba'dama amaatana wa ilaihinnushur

(Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepadaNya lah tempat kami kembali)

Kongsikan dengan orang lain sama. Kita cuba amal sama-sama.
Ya Allah, berikanlah kami semua nikmat rezeki yang mencukupi. Nikmat iman dan taqwa yang berterusan agar kami tidak terpesong dari jalanMu. Serta jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa bersyukur. Ameen

Assalamualaikum dan selamat pagi sahabat saya yang sentiasa cantik/jelita/hensem dan baik hati.

Saya doakan semua agar sentiasa diberi rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan untuk hari ini.

InshaAllah😊

Kredit 😘
#ndaEMPIRE
#emperorFURAIHA
Jangan terlalu lama tidak baca Al Quran. Bimbang lidah jadi keras, bacaan gagap, tidak lancar, tajwid makin berterabur.

-Al Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid-

Assalamualaikum & selamat pagi🌞

#ndaEMPIRE
#emperorFURAIHA
Tanya pada diri,
Sejauh mana kita mahu pergi ?

Takut dengan masa silam?
Biarkan ia berlalu.
Jadikan ia pengajaran.

Bisnes is bisnes.
Ada pahit ada manis.

5 tahun berlalu.
Perbetulkan segala niat
Allah sentiasa ada bersama kita
HTML Embed Code:
2024/05/13 00:13:23
Back to Top