TG Telegram Group Link
Channel: Ismaweb.net
Back to Bottom
Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan menyifatkan misi pelayaran bantuan kemanusiaan ke Gaza merupakan satu cabaran yang amat besar dan menyeru delegasi Malaysia yang terlibat supaya menjangkakan pelbagai kemungkinan yang bakal terjadi.

Mohamad berharap dan berdoa agar misi bantuan ini selamat serta misi tersebut mengambil sikap berhati-hati walaupun kru dari Malaysia yang terlibat pernah mengikuti misi tersebut beberapa kali dan mempunyai pengalaman berhadapan dengan situasi sukar.

"Saya bagi pihak Kementerian Luar dan juga pihak kerajaan, kita amat sukacita dan amat berbangga atas sifat keberanian rakyat Malaysia yang begitu bersungguh-sungguh hendak melihat agar penderitaan yang dialami oleh rakyat Palestin, khususnya di Gaza dapat dibantu melalui bantuan makanan.

Ikuti berita terkini
https://hottg.com/ismaweb
Terengganu mahu tingkat pengeluaran padi

Permohonan peruntukan perluasan Jelapang Padi IADA Ketara dapat kelulusan kementerian


KUALA TERENGGANU, 16 Syawal 1445H, Khamis - Terengganu berhasrat meningkatkan pengeluaran padi dengan beberapa strategi meskipun kawasan tanaman padi di negeri itu tidak sebesar di Kedah.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri, Dr Azman Ibrahim seperti dilapor Harakahdaily berkata, baruh padi Terengganu tidak luas berbanding Kedah iaitu hanya sekitar 11,000 hektar sahaja.

“Tetapi jelapang padi Terengganu ialah kawasan pengeluaran padi per hektar kedua tertinggi di Malaysia dengan purata 5.2 mt/ha,” katanya pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma Darul Iman.

Dr Azman berkata, antara usaha yang akan dilaksanakan adalah meningkatkan pengeluaran per hektar di IADA Kawasan Pembangunan Pertanian Terengganu Utara (Ketara), yang mana ia adalah kawasan pengeluar padi yang kedua tertinggi di Malaysia.

“Kerajaan negeri juga memperuntukan RM2.5 juta bagi projek pembangunan infrastruktur padi pada tahun 2021, RM700,000 pada 2022 dan RM6.6 juta bagi tahun 2023 dalam usaha memastikan infrastruktur sawah padi terutamanya sistem saliran dan pengairan serta jalan pertanian dilengkapi sebaiknya,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Azman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi berkata, kawasan penanaman padi sekali setahun dijadikan dua kali setahun.

Bagi melaksanakan hasrat berkenaan, Skim Padi Paya Dadong dan Skim Paya Paman di Kemaman, Skim Durian Mentangau Dungun dan beberapa kawasan di Skim Pengairan Batu Rakit dinaik taraf untuk bertanam dua kali setahun.

Dr Azman juga memaklumkan permohonan Terengganu untuk mendapatkan peruntukan bagi perluasan Jelapang Padi IADA Ketara daripada 5,000 hektar kepada 10,000 hektar telah mendapat kelulusan dasar di peringkat kementerian dengan siling peruntukan RM100 juta.

Pada masa sama, bagi mencukupkan keperluan kilang padi di Besut yang merupakan jelapang padi utama negeri, ada empat buah kilang sudah beroperasi berbanding dua pada 2018.

Empat kilang tersebut ialah Kilang Bernas di Bukit Kenak, Jerteh, Kilang Konsortium LPP dan dua buah kilang milik swasta di Kerandang.

“Ia sudah memadai dan mencukupi,” katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://hottg.com/ismaweb
PRK KKB: Cuaca diramal cerah pada hari penamaan calon

Ribut petir dijangka hanya sebelah petang


BANGI, 16 Syawal 1445H, Khamis - Keadaan cuaca pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, diramal cerah pada sebelah pagi.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kawasan itu diramal akan dilanda ribut petir pada sebelah petang, manakala cuaca baik pada malamnya.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lalu.

Kee Hiong, 58, menjadi Adun Kuala Kubu Bharu di bawah Parlimen Hulu Selangor sejak 2013, meninggal dunia akibat kanser.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan pada 11 Mei ini, manakala hari pengundian awal 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ikuti berita terkini di https://hottg.com/ismaweb
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Ribuan rakyat Jordan mengepung Kedutaan Israel di Amman sebagai solidariti dengan pejuang dan Gaza yang ditindas masuk hari ke-202.

Ikuti berita terkini di https://hottg.com/ismaweb
Tahanan reman terhadap anak lelaki seorang menteri besar dilanjutkan hingga esok bagi membantu siasatan berhubung kes mengemukakan dokumen dan tuntutan palsu bernilai RM600,000 sejak dua tahun lepas.

Selain itu tempoh reman empat lagi individu dalam kes yang sama turut dilanjutkan hingga esok, manakala seorang penjawat awam di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri berusia 20-an yang juga direman sebelum ini, dibebaskan setelah siasatan terhadapnya selesai.

Ikuti berita terkini
https://hottg.com/ismaweb
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan:

Turkiye akan mempergiatkan usaha untuk mencapai gencatan senjata di Gaza.

Pada masa sama, memastikan bantuan kemanusiaan tanpa gangguan sampai kepada rakyat Palestin.

Ikuti berita terkini di telegram https://hottg.com/ismaweb
Akaun ahli KWSP di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada 3, iaitu Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel bermula 11 Mei 2024 - CEO 
Caruman selepas 11 Mei 2024 akan mengikut pecahan; 75% ke dalam Akaun Persaraan, 15% ke dalam Akaun Sejahtera dan 10% ke dalam Akaun Fleksibel - CEO
Bagi ahli yang tidak membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, tiada sebarang pindahan akan dibuat dan baki sedia ada akan kekal dalam Akaun Sejahtera - CEO KWSP
Menerusi Penstrukturan Semula Akaun, KWSP perkenal Akaun Fleksibel, simpanan 10% tertakluk pilihan ahli - CEO
Akaun Fleksibel menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek ahli KWSP, boleh dikeluarkan bila-bila masa mengikut keperluan tertakluk amaun minimum pengeluaran RM50.
Ahli diberi pilihan sekali sahaja untuk pindahkan sebahagian baki simpanan dalam Akaun Sejahtera sebagai amaun permulaan ke dalam Akaun Fleksibel antara 11 Mei 2024 dan 31 Ogos 2024 - KWSP
Penstrukturan semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei untuk tambah baik keselamatan pendapatan persaraan, penuhi keperluan kitaran hidup ahli - KWSP
Calon PRK KKB disaran buat semakan awal

Penyokong, pengiring dilarang berada 50 meter dari sempadan PPC


BANGI, 16 Syawal 1445H, Khamis - Hanya seorang pencadang dan penyokong dibenarkan mengiringi bakal calon untuk memasukan pusat penamaan (PPC) Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu, Sabtu ini.

Sementara, orang awam serta penyokong-penyokong yang mengiringi calon adalah dilarang menunggu atau berada dalam jarak 50 meter dari sempadan PPC yang telah ditetapkan.

Perkara itu diingatkan Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), Datuk Indera Ikmalrudin Ishak menerusi pemakluman hari penamaan calon PRK DUN Kuala Kubu Bharu, hari ini.

"Penggunaan semua jenis alat muzik ataupun pembesar suara bagi tujuan dakyah politik melalui apa-apa cara termasuk menerusi penggunaan apa jua jenis kenderaan adalah tidak dibenarkan pada Hari Penamaan Calon dan merupakan satu kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

"SPR menyeru kepada bakal-bakal calon dan parti-parti politik yang terlibat agar sentiasa mematuhi undang-undang, peraturan dan tata etika.

"Ini termasuk arahan-arahan yang dikeluarkan oleh SPR, PDRM dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memastikan proses penamaan calon yang dilaksanakan dapat berjalan dengan baik dan lancar," katanya.

Bagi melancarkan proses penamaan calon, SPR menyarankan kepada bakal calon PRK Kuala Kubu Bharu supaya mengisi borang serta membuat semakan awal dengan Pejabat Pegawai Pengurus atau Pejabat Pilihan Raya Negeri yang berkenaan sebelum Sabtu.

"Selain itu, bakal-bakal calon juga adalah disarankan untuk membuat pembayaran deposit lebih awal dan resit pembayaran tersebut hendaklah dibawa pada Hari Penamaan Calon sebagai bukti pembayaran.

"Bagi bakal-bakal calon yang mewakili mana-mana parti politik, adalah diingatkan untuk mengemukakan surat kebenaran penggunaan simbol parti yang diwakili apabila membuat penyerahan kertas penamaan calon," katanya.

Katanya, kertas penamaan calon oleh diserahkan dari jam 9 pagi hingga 10 pagi kepada Pegawai Pengurus di Pusat Penamaan Calon di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor, Sabtu ini.

"Calon-calon yang telah membayar deposit bahan kempen pilihan raya sebagaimana diperuntukkan di bawah Akta 5, adalah juga tertakluk kepada undang-undang kecil mana-mana pihak berkuasa tempatan bagi tujuan mempamer dan mengedarkan bahan kempen pilihan raya yang mengandungi gambar calon, lambang/simbol parti dan gambar pemimpin parti gabungan/komponen secara bersama atau berasingan yang diwakilinya," katanya.

PRK DUN Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, pada 21 Mac lalu.

SPR menetapkan PRK Kuala Kubu Bharu diadakan pada 11 Mei ini, manakala hari pengundian awal 7 Mei dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

Ikuti berita terkini di https://hottg.com/ismaweb
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengarahkan semua program dan aktiviti yang dijadualkan dihadiri seorang penceramah asing dipercayai pro-Zionis di Universiti Malaya (UM) dibatalkan segera.

Beliau berkata Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memandang serius tindakan penceramah itu yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti yang tular di media sosial sejak semalam.

Beliau berkata UM telah diminta untuk menyiasat dan melaporkan segera butiran lanjut berkaitan perkara tersebut.

Ikuti berita terkini
https://hottg.com/ismaweb
Kesatuan Mahasiswa UM kecam kecuaian universiti undang profesor pro-Israel

Gesa beri respons, pengurusan tertinggi UM diminta bertanggungjawab


KUALA LUMPUR, 16 Syawal 1445H, Selasa - Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) mengecam kecuaian pihak UM menjemput ahli akademik dipercayai pro-Israel, Dr Bruce Gilley bagi memberi syarahan di universiti terkemuka itu.

Dalam kenyataan hari ini, KMUM menegaskan, pengurusan tertinggi Universiti Malaya juga perlu bertanggungjawab dalam menjelaskan pendirian dan memberi respons terhadap isu yang berlaku ini dengan kadar segera.

"KMUM yakin dengan langkah tersebut mampu untuk meredakan serta menjawab segala isu dan persepsi yang sedang bingit di dalam negara," katanya.

Terdahulu, tular di laman X seorang penceramah warga asing dipercayai menyebarkan naratif pro-Israel dalam ceramahnya di UM.

Profesor sains politik dari Amerika Syarikat itu menerima kecaman ramai selepas ucapan beliau menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin sebagai penyebar kebencian terhadap Yahudi.

Mengulas perkara itu, KMUM dengan pendirian utuh, jelas dan tegas mengecam sekeras-kerasanya kenyataan yang dikeluarkan oleh profesor tersebut.

"Kenyataannya merupakan satu perkara yang telah mencetuskan fenomena dalam kalangan mahasiswa, malah membangkitkan kemarahan ramai pihak terutamanya KMUM.

"Malahan, kebebasan berakademik tidak salah, akan tetapi apabila syarahan tersebut dijadikan ruang untuk menyebarkan dakyah Zionis.

"Kecuaian yang disengajakan pihak UM menjemput ahli akademik tersebut yang mempunyai rekod kontroversi lampau tidak boleh dijadikan alasan lagi,” katanya.

Pada masa sama, KMUM menegaskan, pihaknya juga menuntut pihak Pentadbiran Tertinggi Universiti Malaya supaya melibatkan KMUM sepenuhnya dalam apa-apa program yang dianjurkan di semua peringkat Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang berada di Universiti Malaya.

"Setiap program perlu mendapat kelulusan dari Presiden KMUM atau sekurang-kurangnya jawatankuasa tertinggi Kabinet KMUM.

"Ini bagi memastikan perkara yang menganggu gugat sensitiviti serta mengundang kemarahan rakyat Malaysia tidak berulang lagi terutama berpunca dari platform Varsiti Tercinta,” katanya.

Selain itu, KMUM sekali lagi ingin menyatakan pendiriannya dengan menyokong sebarang agenda dalam memperjuangkan isu Palestin samada di dalam mahupun luar negara.

"KMUM juga memohon agar semua mahasiswa Universiti Malaya tidak memburuk-burukkan keadaan dengan menyebarkan spekulasi yang tidak benar.

“KMUM akan terus menyokong dan mendoakan semua rakyat asal Palestin agar terus tabah dan cekal dalam memperjuangkan tanah Palestin yang dicintai ini. 'From The River to The Sea, Palestine Will Be Free'," katanya.

----------------
Ikuti berita terkini di saluran Telegram:
https://hottg.com/ismaweb
Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) menemukan cacing parasit Anisakis sp dalam sampel tin sardin dari China yang dibawa masuk melalui Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini, awal bulan ini.

Pengarah MAQIS Johor Edie Putra Md Yusof berkata cacing terbabit dijumpai hasil sitaan terhadap sebuah lori yang membawa muatan sardin dalam tin, keseluruhan berat kira-kira 16,320 kilogram bernilai RM 83,879.84, yang diimport dari Singapura tanpa permit.

Beliau berkata hasil pemeriksaan lanjut secara fizikal yang dijalankan oleh Pegawai Penguat kuasa MAQIS terhadap beberapa sardin dalam tin itu mendapati kehadiran bendasing.

Ikuti berita terkini
https://hottg.com/ismaweb
Tun Mahathir antara individu disiasat berhubung isu pengisytiharan harta - Azam Baki

Ikuti berita terkini
https://hottg.com/ismaweb
Akmal puji pegawai JIM halang lelaki tak fasih BM perbaharui pasport

Tindakan berani pegawai beri kesedaran realiti negara ini


BANGI, 16 Syawal 1445H, Khamis - Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh memuji tindakan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) menghalang seorang individu memperbaharui pasport kerana tidak boleh berbahasa Melayu.

Beliau berkata, walaupun tiada peruntukan undang-undang untuk mewajibkan mana-mana warganegara perlu bertutur dalam bahasa Melayu sebagai syarat permohonan pasport, namun tindakan pegawai terbabit patut dipuji.

Katanya, tindakan berani pegawai terbabit secara tidak langsung memberi kesedaran mengenai realiti yang berlaku di negara ini.

"Ini adalah tindakan untuk memastikan bahawa yang buat pasport ini adalah benar-benar warganegara Malaysia walaupun tiada satu undang-undang menyatakan bahawa warganegara Malaysia mesti boleh berbahasa Melayu.

"Rentetan dari isu ini, Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menggesa agar pihak kerajaan mahupun pembangkang boleh membawa satu usul ke persidangan Parlimen untuk menggubal undang-undang agar antara syarat wajib untuk diiktiraf sebagai warganegara Malaysia mestilah wajib bertutur dalam bahasa Melayu," katanya.

Akmal berkata, amat memalukan apabila warganegara Malaysia gagal berbahasa Melayu, sedangkan warga asing seperti Bangladesh yang datang ke negara ini sudah boleh bertutur bahasa kebangsaan.

"Apa guna kita bercakap kita warganegara Malaysia tetapi tidak mampu untuk bercakap bahasa Melayu, malah warganegara Bangladesh dan Myanmar lebih fasih daripada kita. Malulah!

"Pemuda UMNO Malaysia akan menggunakan pelbagai saluran untuk memastikan usul ini dapat dibawa seterusnya dijadikan satu undang-undang dalam negara kita ini," katanya.

Isnin lalu, beberapa portal melaporkan kekecewaan seorang lelaki tidak dapat memperbaharui pasport ibunya kerana tidak boleh berbahasa Melayu di UTC Pulau Pinang.

Mengulas isu itu, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, pegawai tidak boleh menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pemohon gagal menguasai bahasa kebangsaan.

Namun, katanya, dalam melaksanakan tanggungjawab, pegawai-pegawai imigresen akan melaksanakan semakan rawak dari pelbagai aspek bagi mengesahkan permohonan.

Jelasnya, semakan ini perlu dilakukan secara profesional dan berhemah.

Ikuti berita terkini di https://hottg.com/ismaweb
Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 3 petang semalam bagi menjalani sesi fisioterapi mingguan dan kini berada dalam keadaan baik dan stabil.

Pejabat Urus Setia Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam kenyataan memaklumkan, sebelum menjalani sesi tersebut, pakar perubatan mendapati beliau mengalami Small Spontaneous Pneumothorax dan dinasihatkan supaya berehat secukupnya dengan pemantauan doktor pakar.

Ikuti berita terkini
https://hottg.com/ismaweb
HTML Embed Code:
2024/04/25 07:42:35
Back to Top