TG Telegram Group Link
Channel: CahayaSanubari sharing 🌸
Back to Bottom
Oleh : Mize
BANGI, Jumaat – Dua kenderaan Batalion Malaysia (MALBATT 850-11) diserang kumpulan orang awam di Lubnan kelmarin, dalam misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL).
 
Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Bahagian Risikan dan Komunikasi Strategik Pertahanan menerusi satu kenyataan memaklumkan, dalam kejadian jam 5.32 petang waktu tempatan (11.32 malam waktu Malaysia) tiga pegawai serta tujuh anggota kelainan pangkat berada dalam dua kenderaan Fitted For Radio (FFR) MALBATT 850-11.
 
Kesemua anggota MALBATT berkenaan dilaporkan selamat.
 
“Semua mereka dalam perjalanan pulang ke Kem Marakah MALBATT 850-11 setelah selesai melaksanakan penugasan force protection di Kem Shama, Markas UNIFIL.
 
“Ketika melalui laluan di Tes Road-Burj Al Qibli di bandar Tyre, berlaku kesesakan luar biasa dan ketika itulah, ramai orang awam sedang mengawal lalu lintas yang mana terdapat banyak kenderaan ambulans dan bomba yang melalui dari kedua-dua arah.
 
“Secara tiba-tiba, sekumpulan orang awam bertindak agresif cuba memberhentikan kedua-dua kenderaan MALBATT. Hampir 30 individu membaling batu dan memancitkan semua tayar kenderaan MALBATT menggunakan senjata tajam,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.
 
Ketika kejadian, ketua pergerakan mengarahkan kenderaan berhenti di tepi jalan selamat dan kekal berada dalam kenderaan bagi menanti bantuan.
 
Katanya, Lebanon Armed Forces (LAF) tiba dilokasi dan berjaya mengawal keadaan seterusnya membantu mengkoordinasi ‘loader’ bagi membawa balik kenderaan dan anggota ke Kem Marakah sebelum tiba pada jam 7.39 malam waktu tempatan (1.39 pagi waktu Malaysia).
 
Sementara itu, MALBATT 850-11 turut menyatakan komitmen untuk meneruskan rutin tugasan seperti mandat yang ditetapkan oleh UNIFIL malah semua pihak diminta agar untuk tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden itu, yang boleh mencemarkan imej ATM khususnya dan Kementerian Pertahanan amnya.
 
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Lagi video serangan rakyat Lubnan ke atas kenderaan perisai Cendana Auto dari pasukan Malbatt di kawasan Al-Hosh berhampiran Tyre.
Beberapa lot premis perniagaan seperti kedai dobi, kedai pencetakan, pusat rawatan dan klinik, hotel, bakeri, pusat khidmat media, butik, galeri, restoran dimiliki GISB diperiksa dalam serbuan tersebut.

Lima buah rumah teres dua tingkat di Bandar Tasik Puteri, dekat sini, yang didiami pengikut GISB turut diperiksa namun ia didapati kosong.

#AWANInews
Sultan Selangor kecewa isu GISBH lambat ditangani sehingga jadi serius

Wartawan MalaysiaGazette

Sultan Sharafuddin Idris Shah menggesa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor mengkaji, meneliti dan seterusnya memutuskan sama ada amalan GISBH menyeleweng daripada ajaran agama Islam atau tidak.

https://malaysiagazette.com/2024/09/21/sultan-selangor-kecewa-isu-gisbh-lambat-ditangani-sehingga-jadi-serius/
HTML Embed Code:
2024/09/21 06:11:43
Back to Top