TG Telegram Group Link
Channel: Dunia Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ
Back to Bottom
Presiden Erdogan: Turki akan terus mempergiatkan usahanya untuk mencapai gencatan senjata di Gaza, dan memastikan bantuan kemanusiaan tanpa gangguan sampai kepada rakyat Palestin.

Sumber: Anadolu Agency
hottg.com/duniapalestin
Presiden Erdogan: Hubungan perdagangan antara Turki dan Israel telah dihentikan, seperti yang dinyatakan oleh pegawai Turki sebelum ini.

Sumber: Al-Jazeera
hottg.com/duniapalestin
Pertahanan Awam Gaza: Setakat ini kami telah menemui 332 jenazah syuhada dari kubur besar di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza.

Sumber: Al-Jazeera
hottg.com/duniapalestin
Presiden Jerman: Kita mesti menghentikan perang di Semenanjung Gaza dan mengurangkan situasi kemanusiaan yang sukar di sana.

Sumber: Al-Jazeera
hottg.com/duniapalestin
Al-Azhar: Kubur besar di Gaza adalah bukti kengerian jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin.

Sumber: Al-Jazeera
hottg.com/duniapalestin
Dunia Palestin πŸ‡΅πŸ‡Έ
Pertahanan Awam Gaza: Setakat ini kami telah menemui 332 jenazah syuhada dari kubur besar di Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, selatan Gaza. Sumber: Al-Jazeera hottg.com/duniapalestin
Pertahanan Awam Gaza memberitahu Al-Jazeera: Jumlah jenazah syuhada yang ditemui dari kubur besar di Kompleks Perubatan Nasser telah meningkat kepada 342 orang.

Sumber: Al-Jazeera
hottg.com/duniapalestin
Tentang Bruce Gilley (Profesor Zionis yang memberi ucaptama di Universiti Malaya baru-baru ini).

Saya tertanya juga kepada pihak UM tidak buat 'background research' kah sebelum menjemput?

Bruce Gilley ini dan Niles Biggar antara tokoh yang terkini cuba whitewash (menyucikan) sejarah kolonialisma British.

Antara idea mereka:

1. British sebagai pembawa anti-slavery kepada dunia moden.

2. Keunggulan British moral dan segala aspek.

3. Penjajahan membawa perubahan besar terhadap ekonomi, market, pendapatan masyarakat dan membawa kesejahteraan kepada yang dijajah.

4. Segala perubahan budaya yang dibawa adalah atas dasar anti-rasis dan kemanusiaan. Tak boleh dituduh genocide (Untuk justifikasi genocide dan pembunuhan orang dijajah).

5. Penggunaan kekerasan oleh kerajaan colonial adalah proportionate dan wajar.

Nigel Biggar menulis buku kontroversinya Colonialism : A Moral Reckoning manakala Bruce Gilley pula menulis buku/artikel jurnal A Case For Colonialism.

Bruce Gilley ini pernah dikritik keras kerana seruannya untuk memperbaharui kembali kolonialism kerana ianya β€˜objectively beneficial’ (bermanfaat secara berobjektif).

Jadi tidak pelik dia menyokong usaha genocide dan kolonialisma di tanah umat Islam serta bekas jajahan mereka.

Amirul Asyraf
Penyelidik PEMIKIR
hottg.com/pemikirummah
Rakyat Palestin menangkap ikan dari Laut Nuseirat di tengah Semenanjung Gaza pada hari ke-201 perang.

Fotografi: Muhammad Asaad

Sumber: TV Al-Aqsa
hottg.com/duniapalestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Briged Al-Qassam menerbitkan video seorang tahanan Israel mengecam pengabaian kerajaan Netanyahu terhadap tahanan dan menuntut agar mereka berusaha membebaskannya.

Sumber: Al-Jazeera
hottg.com/duniapalestin
Jabatan Wakaf Baitulmaqdis berkata bahawa 875 pendatang haram Israel menceroboh Masjid Al-Aqsa hari ini dengan perlindungan tentera Israel.

Sumber: The Times of Palestine
hottg.com/duniapalestin
TERKINI

Saluran 12 Israel melaporkan bagi menangani protes pro-Palestin yang meluas di universiti di seluruh dunia.

Menteri Keselamatan Negara Haram Israel, Itamar Ben-Gvir mengarahkan Pesuruhjaya Polis Israel Yaakov Shabtai untuk mempromosikan program polis iaitu program "latihan, arahan dan pemindahan pengetahuan profesional dengan menubuhkan kelas atau kursus amaran tempatan dalam komuniti Yahudi di seluruh dunia."

Sumber: Quds News Network
hottg.com/duniapalestin
Briged Al-Qassam: Dalam dua serangan hendap di Al-Mughraqa, kami menggunakan alat letupan dan peluru berpandu F16 Zionis yang ditembak ke arah orang awam tetapi tidak meletup.

Sumber: Al-Jazeera
hottg.com/duniapalestin
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat, seperti yang tular di media sosial.

Menterinya, Datuk Seri Zambry Abd Kadir berkata, beliau telah mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri penceramah itu dibatalkan segera.

Sumber: Astro Awani
hottg.com/duniapalestin
Briged Al-Qassam: Kami mengebom tentera Zionis di paksi Netzarim dengan peluru mortar berkaliber berat.

Sumber: Al-Jazeera
hottg.com/duniapalestin
Timbalan Setiausaha Agung Gerakan Jihad: Bantuan tersedia di Rafah, tetapi malangnya tidak dapat membawanya kerana sekatan rejim Israel.

Sumber : Ahmed Mansour
hottg.com/duniapalestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Sumber Israel mendedahkan kereta kebal dan IDF Caterpillar D9 sedang mara ke arah sempadan dengan Rafah. Dilaporkan juga bahawa beribu-ribu tentera simpanan sedang ditempatkan di kawasan sekitar Rafah.

Sumber: The Cradle
hottg.com/duniapalestin
Jerman akan memulakan semula pembiayaan UNRWA setelah kempen fitnah penjajah Israel gagal.

Laporan bebas telah mendedahkan Israel gagal memberikan sebarang bukti untuk menyokong dakwaan hubungan kakitangan UNRWA dengan Hamas.

Sumber: The Cradle
hottg.com/duniapalestin
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Yahya Al-Sinwar selepas Pertempuran Saif Al-Quds pada tahun 2021 mencabar pihak penjajah Israel selepas mengancam untuk membunuhnya. Beliau berkata, "Hadiah terbesar yang boleh diberikan oleh penjajah Israel kepada saya adalah dengan membunuh saya dan mengisytiharkan saya sebagai syahid. Hari ini saya berusia 59 tahun."

"Saya lebih rela menjadi syahid oleh F-16 dan peluru berpandu daripada mati akibat COVID-19, strok atau kemalangan jalan raya. Saya lebih rela dibunuh."

Beliau menambah, "Keputusan atau arahan Gantz tidak akan memendekkan umur saya untuk sesaat pun. Jika dia menginginkan nasihat, saya nasihatkan supaya mengambil iktibar dari Muhammad Al-Deif, Abu Ubaidah dan Al-Qassam kerana jika mereka mengancam kemuadiannya mereka bertindak."

Beliau menambah lagi, "Saya akan pulang ke rumah saya dengan berjalan kaki selepas pertemuan ini dan Gantz mempunyai 60 minit untuk membuat keputusan dan menyediakan pesawatnya. Saya tidak akan berkelip satu mata pun."

Video Yahya Al-Sinwar selepas pertemuan dengannya semasa beliau berjalan-jalan di sekitar Semenanjunh Gaza.

Sumber : Warfare Analysis
hottg.com/duniapalestin
Amnesty International: Penemuan kubur besar di Gaza mencerminkan keperluan mendesak untuk memberikan akses kepada pemeriksa hak asasi manusia yang bebas. Israel mesti memastikan ia mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang memberikan akses segera kepada penyiasat.

Sumber: Al-Jazeera
hottg.com/duniapalestin
Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Dr Zambry Abd Kadir:

KPT memandang serius isu berlaku di UM dan telah mengarahkan laporan segera dikemukakan. Walaupun IPT diberi autonomi untuk memutuskan program intelektual tetapi itu bukan bermakna institusi bebas secara mutlak sehingga tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat Malaysia.

Sumber: X Dr Zambry Abd Kadir
hottg.com/duniapalestin
HTML Embed Code:
2024/04/25 00:21:37
Back to Top