TG Telegram Group Link
Channel: Nukilan ssyhaza
Back to Bottom
Jangan terlalu larut dalam kesedihan, bersemangatlah kerana itu akan membuat keadaan menjadi lebih baik.

Kerana semangat dari diri sendiri yang akan dapat melihat bahawa akan ada seberkas cahaya dibalik pekatnya kegelapan dalam jiwa.

❤️❤️❤️

#GadisHealing #KeepQowiy #IndahnyaHijrah
Surround yourself with positive people who will support you when it rains, not just when it shines. Be strong because it's time for you to be happy again.

❤️❤️❤️
Ada sebab kenapa Allah hadirkan someone dalam hidup. Semuanya untuk kita belajar dan jadi lebih matang.

Tak semua benda yang kita sayang itu yang terbaik untuk kita. Boleh jadi benda yang kita benci itu yang jauh lebih baik dari apa yang kita sangka.

Move on tak bermakna kita perlu lupa.
Cukup ambil sebagai pengajaran untuk kita perbaiki diri supaya lebih dekat dengan Tuhan

-Naufal Isa
Jangan pernah putus asa dalam hidup kita,

Karna , Allah telah tulis sesuatu yang baik
dan cantik untuk kita.

Lalu Allah akan beri sesuatu yang lebih baik
tepat pada waktunya semoga terus kuat.

❤️❤️
Tetaplah kuat dan bertahan,
meski pun banyak hal yang
membuatkan dirimu patah.

Karna dari itu, kamu mampu
bangun untuk tumbuh dengan tabah.

❤️❤️
Jangan bersedih dengan umpatan orang terhadap dirimu.
Jangan bersedih dengan hasil yang diperoleh dengan usahamu.
Jangan bersedih apabila engkau dianggap lemah dengan kemampuanmu.
Jangan bersedih apabila engkau sering tersungkur dan menitiskan air mata dengan ujian yang Allah hadirkan.

Kenapa?

Bersedih tidak akan hilangkan sakit hatimu.
Bersedih tidak membuatkan orang hormat terhadapmu.
Bersedih tidak akan menghilangkan ujian yang Allah hadirkan.

Sahabat yang k.tikah sayangi; bangkit, sapulah air mata kesedihanmu. Yakinlah Allah memilihmu kerana menyayangimu. Dia tidak akan menguji jika kamu tidak mampu. Yakinlah Setelah gelap pasti ada terang yang akan menjelang.

*Hidup ini terus berputar. Tiada masa untuk berlengah. Tiada masa untuk berpatah balik. Salutkan hati kita yang rapuh dengan DOA kerana DOA TERSIMPAN SATU KEKUATAN. KEKUATAN DARIPADA YANG EMPUNYA SEGALANYA*

☺️❤️

-siput pink-
"Orang yang bahagia adalah mereka yang belajar bagaimana menggali kebahagian daripada dirinya sendiri bukan daripada keadaan persekitaran." Anonymous.

Bahagia itu dekat dan terlalu hampir dengan kita, namun kita yang salah mencari erti sebenar bahagia. Bahagia itu ada dalam jiwa kita, semakin "terisi" jiwa kita, semakin bahagia kita dengan apa yang kita ada. Sungguh.

Afifah Alwi
Semakin yakin kita dengan Allah, semakin tenang diri kita.

1. Kita yakin Allah atur semua kehidupan kita, pasti kita tahu yang Allah takdirkan pasti yang terbaik untuk kita.

2. Kita tidak dengki dengan orang, kerana Allah itu adil dalam mengatur kehidupan seseorang. Jika baik untuk kita, Allah akan kurniakan. Jika kurang baik, akan Allah jauh jauhkan.

Yakinlah, Allah sangat tahu yang terbaik untuk kita.

#afifahalwi
-Tenang- 🍃

Tenang itu hadiah dari Allah. Walaupun hati kita digoncang taufan, kita akan masih lagi tetap berdiri dan bertahan.

Tidak juga melatah kerana cubaan, dan tidak goyah walaupun dihentak beribu ujian.
Terus kuat melangkah, hadapi segalanya dengan penuh kesabaran.


#GadisHealing #KeepQowiy #MuhasabahDiri #IndahnyaHijrah
Jadilah wanita yang menginspirasi, bukan wanita yang senang dipuji, bukan pula wanita yang menebar sensasi, dan bukan pula wanita yang sibuk mempercantik diri.

- Imam Al-Ghazali
Keep fighting untill you have reach your goals. Don't give up easily, and keep moving forward. Let past be the past and learn from every mistake you've done so you'll not repeat the same mistakes again.


#KeepQowiy #LoveYourSelf
Makin lama hidup, kita makin sedar bahawa setiap orang yang hadir dalam hidup kita ada peranannya.

Yang terus beri sokongan, yang terus melemparkan kritikan, itu semua saluran Allah untuk beri kita kekuatan.

Terima setiap sesuatu itu tanpa pilih kasih. Percaya bahawa yang baik dan yang kita fikir buruk itu sangat berguna buat kita.

Dia puji kita, dia sokong kita, kita jadi yakin diri. Diam-diam makin bersemangat untuk terus maju lagi dan lagi.

Dia kecam kita, dia khianati kita, kita jadi berhati-hati. Diam-diam kita perbaiki diri.

Berguna! Semuanya berguna. Semua itu tanda kasih sayang Allah pada kita.

Maka, sudah-sudahlah membenci manusia. Berdepan mereka yang kita suka dan tidak suka, belajar berterima kasih. Allah yang hantar mereka semua. Lebihkan syukur pada Dia.

#BondaNor
Tak perlu cemburu dengan 'kebahagian'  seseorang sebab

1. Kita tak pernah tahu apa yang Allah dah ambil dalam hidup dia.
2. Kita juga tak pernah tahu apa yang dia korbankan dalam hidup dia.

Kita hanya nampak apa yang dia nampak, sedangkan kita tak pernah rasa dan alami apa dia rasa, sederhana sahaja hidup ini.

Kejayaan orang lan itu memang terlayak untuk mereka.

AfifahAlwi

رمضـــان كريم

If this Ramadhan you try your best to be better, may Allah ease your way and make any of you istiqamah with whatever good deeds you’re currently doing.


#ramadan2023
HTML Embed Code:
2024/04/23 16:16:55
Back to Top