TG Telegram Group Link
Channel: Nukilan ssyhaza
Back to Bottom
Setiap hari, latih diri bersangka baik pada Allah.

1. Untuk setiap doa yang belum dimakbulkan, akan Allah kabulkan dengan caraNya bukan cara kita. Tiada doa tanpa jawapan cuma caranya dimakbulkan itu ada ketika 'menakjubkan'. Sabar dan teruskan berdoa.

2. Untuk setiap ujian yang diluarkan jangkaan, akan ada hikmah yang tak terduga yang akan buatkan kita menangis kesyukuran. Allah itu tahu apa kita perlu, sungguh.

Kata bonda.
"Ketika ujian melanda, yang mana lagi susah? Syukur atau sabar? Ketahuilah, bila ditimpa ujian nak bersyukur tu susah, tetapi kita tiada pilihan lain selain sabar. Sabar, pasti ada hikmah."

Akhirnya kita belajar, melatih diri bersangka baik kepada takdir juga perjuangan.

Begituuuuu.

Afifah Alwi
Lihatlah dari mata lebah, yang memandang keindahan, manfaat dan kebaikan pada sesebuah kejadian.

Jangan kita lihat dari mata lalat, yang memandang hal keburukan dan cuba untuk hinggap sehingga diri kita sendiri berbau busuk.

Pokok pangkalnya cermin cerminlah diri kita.

Sentiasa renung diri, sama ada apa juga yang kita tempuh, kita melihat kebaikan atau tak habis-habis mengeluh dan mengeluh.

Sentiasa beringat bahawa Allah tidak akan membebani hambaNya melebihi keupayaan mereka sendiri. Maka sudah tentu apa yang ditempuh mempunyai hikmah dan nilai ilmu untuk kita pelajari serta menjadikan kita manusia lebih baik dari semalam.

Orang biasa melihat segala-galanya biasa sahaja,
orang hebat pula melihat segala-galanya dengan ilmu.

Kita sendiri yang tentukan.

Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Sentiasa perkasa peribadi.
" Appreciate what you have now, before it takes away from you, even the smallest things ever. "

❤️❤️
Do what you can, with what you have, and where you are.

If you cannot do great things, do small things in a great way.

❤️❤️
No matter what's going on in your life, never lose hope. Stay positive in the bad times, stay humble in good times and always trust Allah.

Okay😊
"bersyukurlah dengan nikmat yang الله kurnikan pada kita, kerana orang yang bersyukur adalah orang yang bahagia" ❤️

tanda syukur itu datang dari bahagia

muhasabahdiri
Please be strong in any situation in your life.

Sebab, setiap yang terjadi ada hikmahnya. Tenanglah, letakkan keyakinan sepenuh hati kepadaNya.

Semoga segalanya baik-baik saja.

❤️❤️
Be proud of yourself for how far you have come, always change yourself to be better person and never stop pushing to be the best you can be.

❤️❤️
Terkadang indahnya kehidupan orang lain yang kita nampak itu hanyalah sekadar pada pandangan mata kita sahaja.

Apa yang sebenarnya mereka lalui tidaklah kita ketahui hakikatnya.

Boleh jadi sebenarnya kehidupan yang kita lalui adalah jauh lebih indah berbanding mereka, cuma kita sahaja yang tidak menyedarinya.

Jadi jangan sesekali kita bandingkan kehidupan orang lain dengan kehidupan yang kita lalui.

Apa yang kita perlukan adalah dengan memperbanyakkan rasa syukur kita kepada Tuhan.

Dengan itu kita akan menyedari betapa banyaknya nikmat yang telah Tuhan berikan buat kita selama ini untuk kita merasa bahagia.

#DakwahHati
Sahabat-sahabatku yang baik, kita selalu merancang sesuatu yang kita fikirkan baik untuk kita. Kita dengan pemikiran cetek kita.

Kemudian apabila apa yang berlaku tidak selari dengan yang kita rancangkan, kita akan kecewa.

Benar, itu fitrah biasa perasaan manusia.

Namun, bawalah hati kita ke landasan yang lebih besar dan lebih benar.

Allah itu Tuhan kita. Dia lebih tahu segala yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Belajarlah memujuk hati kita untuk menerima sesuatu ketentuan meskipun tidak selari dengan jiwa kita. Bersangka baiklah dengan Allah dalam setiap perkara. Tentu ada hikmahnya!

... Barangkali kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu ... (Al-Baqarah 2: 216)

#BondaNor
To help yourself, you must be yourself. Be the best that you can be. When you make a mistake, learn from it, pick yourself up and move on.

- Dave Palzer -

❤️❤️❤️
Kuatlah untuk hadapi ujian dalam kehidupan, ajarkan diri untuk sentiasa bersyukur apabila diuji.

Bila bersyukur dengan ujian yang Allah berikan, kita akan dapat rasakan indahnya ganjaran dalam setiap ujian.

Ingat, ujian bukan untuk melemahkan kita, tapi dengan ujian ini lah yang akan bangkitkan kita.

Semoga segala urusan kita semua hari ini dan hari seterusnya Allah permudahkan.

❤️❤️❤️

#GadisHealing #KeepQowiy #LoveYourSelf
Jangan terlalu larut dalam kesedihan, bersemangatlah kerana itu akan membuat keadaan menjadi lebih baik.

Kerana semangat dari diri sendiri yang akan dapat melihat bahawa akan ada seberkas cahaya dibalik pekatnya kegelapan dalam jiwa.

❤️❤️❤️

#GadisHealing #KeepQowiy #IndahnyaHijrah
HTML Embed Code:
2024/05/18 02:35:33
Back to Top