TG Telegram Group Link
Channel: Dakwah Sentap!!😎
Back to Bottom
Ya. Pilih kerana agamanya.

Nak pasangan yang baik.

Mesti kena jadi baik dahulu.

Jodoh adalah cerminan diri kita walaupun dulu sama sama pernah jadi jahat.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Ya Allah, berikanlah aku kesempatan untuk jadi yang lebih baik sebelum aku pergi bertemu dengan Mu. Dan jika sudah tiba waktu aku, pergikan lah aku dalam keadaan yang elok. Aamiin..

❤️

@DakwahSentapOfficial
Ingat pesan ini :

Allah SWT tidak pernah jauh daripada kita.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Cinta yang terbaik adalah disaat kau mencintai seseorang yang dapat membuat akhlakmu semakin baik, jiwamu semakin damai dan hatimu semakin dekat dengan Allah SWT.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Selesai sahaja SOLAT,

Jangan lupa untuk amalkan doa ini:
“Allahumma Ajirni Minan Nar”

Ertinya:
Ya Allah, lindungi aku dari azab api neraka.

Lepas solat waktu mustajab doa. Jadi ambil peluang baca doa walau sedikit. Jangan kita jadi hamba yang sombong dengan TuhanNya.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Tercari-cari cinta sejati, rupanya ia milik Allah.

Jika kecundang cinta manusia, pasti ada gantinya nanti. Jika kecundang cinta Allah, takkan ada yang sama, cinta Allah Yang Satu.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Dalam berjuta kawan yang ada, mungkin ada satu yang tidak pernah jemu mendoakan kita.

Dan, mungkin yang satu itulah yang paling jarang kita hiraukan.

❤️

@DakwahSentapOfficial
وَعَسَىٰ أَن تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَن تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَّكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنتُمْ لَا تَعْلَمُونَ

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

❤️

@DakwahSentapOfficial
Lakukanlah kebaikan sekecil apa pun. Sebab kita tak pernah tahu, kebaikan apa yang akan menjadi asbab rahmat untuk kita ke syurga.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Maksiat akan mematikan hati.
Ketahuilah, hati yang mati akan menjauhkan kita dari Rabbul Izati.

Kerana itu tundukanlah nafsu dengan banyak memperingati mati.
Kerana mati adalah sebaik-baik nasihat untuk hati yang mencintai duniawi.

Moga kita semua sentiasa mempersiapkan diri untuk berhadapan dengan hari yang telah dikhabarkan Nabi.
Iaitu akhirat yang kekal abadi.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Setiap perkara ada solusi, dan semestinya solusi itu hadir dengan ilmu.

Banyakan menuntut ilmu agar kita terjaga dari segala perkara yang akan memusnahkan hati.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Jagalah maruah supaya masih ada bunga berduri yang sukar digapai oleh manusia yang lalu lalang.

Bunga berduri yang cantik dan menarik perhatian tapi sayang durinya menusuk sampai melukakan jari.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Kadang kita rasa, kenapa Allah uji aku macam ni. Jangan persoalkan kenapa Allah uji, kerana dunia adalah tempat ujian. Apa yang berlaku dalam hidup kita pasti ada hikmah. Bukan tuhan tak tahu kau penat, tapi Dia tahu kau kuat.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Sengaja Allah pisahkan kita dari dia. Mungkin dia adalah orang yang salah. Jadi berhentilah mengejar, redha dan lepaskanlah. Allah akan hadirkan seseorang yang jauh lebih baik untuk kita.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Kalau rasa nak marah seseorang tu better diam kejap. Don't talk for a second. Jangan ego. Take 5 minute chill yourself first. Try control rasa marah tu. Before it's become more worse.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Harini Allah bagi rasa sedih, kecewa, tersakiti dan sebagainya lagi. Rupanya ada sesuatu indah yang Allah simpan untuk diberi nanti. Tak lambat dan jugak tak terlalu cepat. Tapi tepat pada masanya, itulah rezeki.

❤️

@DakwahSentapOfficial
"Kalau kita jumpa seseorang lalu kita rasa tenang dan bahagia bersama dia, jangan tinggalkan dia. Mungkin dia jodoh kita." - Ustaz Azhar Idrus

"Maka janganlah menutup rapat pintu hatimu kerana tidak semua yang mengetuknya berniat untuk melukai hatimu."

- Sheikh Dr. Yusri Rusydi

❤️

@DakwahSentapOfficial
Solat sebenarnya mudah untuk didirikan, tak perlu keluar duit, spend saja masa kita 5-10 minit dah selesai.

Tapi hakikatnya ramai yang gagal untuk dirikannya. Ternyata diri telah dikuasai dan kalah dengan nafsu.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Setiap kita tiada yang sempurna dan tidak lari dari punya sejarah tersendiri. Sentiasa lihat ke depan dan yakin pada pasangan untuk sentiasa perbaiki diri ke arah kebaikan. InsyaAllah perhubungan akan bahagia dan berkekalan.

❤️

@DakwahSentapOfficial
Jika air mata itu membuat dirimu lemah. Mengapa Allah hadirkannya untukmu?

Itu kerana Allah tahu disebalik tangisan manusia ada kekuatannya. Allah nak kita menangis biar semua dendam, sakit, dan pendam kita lepaskan disitu dengan menangis berdoa padaNya.

❤️

@DakwahSentapOfficial
HTML Embed Code:
2024/05/04 10:49:02
Back to Top