TG Telegram Group Link
Channel: cikstokinputih
Back to Bottom
Adab ketika terjaga daripada mimpi buruk

1. Meminta perlindungan Allah. Bacalah أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

2. Meludah ke kiri sebanyak 3 kali

3. Mengubah posisi tidur/ubah tempat tidur. Supaya mimpi tidak bersambung.

4. Bangun & solat

5. Tidak menceritakan pada orang lain

6. Tidak terlalu memikirkan

Wallahua'lam
أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yg direjam.

.
.

🌻
Dalam tak sedar duk promote hari2, majlis ilmu ni akan bermula lagi beberapa hari je lagi. harap sangat ramai yg boleh ambil manfaat, sebab ilmu bab ni tersangatlah penting utk seorang muslimah.

Jika nak daftar boleh pm @cikstokinputih
Esok ialah hari terakhir pendaftaran kelas Fiqh Wanita. ‼️

Kelas hampir penuh. Boleh daftar segera jika ingin belajar ttg darah-darah wanita yg merangkumi Haid, Nifas, Istihadah & Wiladah.

pm @cikstokinputih
Slot menaja (sponser)

Di pagi Jumaat yang penuh dengan Rahmat ini.

Kami membuka peluang untuk saudara/saudari menjadi penaja beberapa sahabat kita yang kurang berkemampuan.

_Semoga Allah berikan rezeki yang lebih baik dan dipermudahkan urusan_

Kepada yang ingin sponser peserta yang kurang berkemampuan.

1 peserta- Rm10

Boleh hubungi saya @cikstokinputih
#NasihatAgama

"Janganlah kamu suka orang memuji kamu, janganlah kamu ketagih nama kamu disebut-sebut."

Kenapa kamu dakwa telah sampai ke suatu kedudukan dan darjat itu sedangkan kamu tidak berkeahlian di dalamnya?

Kenapa kamu merasa kamu terlalu hebat hingga kamu buat perkara yang tidak kamu ahli di dalamnya?

Ini kalam īmam māzhab kita iaitu āl-Imăm Syāfi^ī untuk direnungi dan dihayati.

Diriwayatkan daripada Al-Sýafi'i bahawa beliau mengatakan:

"من سام نفسه فوق قدره ردّه الله إلى قدره".

"Sesiapa yang menyangka dirinya lebih dari kedudukannya, nescaya Allah mengembalikannya ke kedudukannya." Intaha

Maknanya sesiapa yang mendakwa dia telah sampai ke suatu kedudukan yang dia tidak berkeahlian padanya maka Allah akan menzahirkan kepada manusia bahawa dia memang tidak berkeahlian bagi kedudukan yang didakwanya itu (Allāah membongkarkan hakikat sebenar dirinya).

Maka sayugia, bagi orang yang sedikit ilmunya tidak mendabik dada, takabbur dan membesarkan dirinya ke atas manusia yang lain. Tidak salah untuk kita merendah diri dan akur dengan nasihat.

Semoga Allaāh ta'āla memelihara dan menjaga kita dari riya', takabbur, ujub, dan dosa-dosa yang lain dan semoga Allāah tetapkan kita dalam berpegang dengan aqèedah Ahlīs-Sūnnah wal Jamà'ah dan wafat dalam aqeedāh tersebut dan masukkan kita semua kedalam Syūrga Allaāh tanpa hisab. Ameen
Apabila orang memuji kita, biasakan sebut,
.
"Hadza min Fadhli rabbi"
Ini adalah kurnian Tuhanku.
.
.
Supaya kita ingat yg semua ini milik Allaah, Tiada satu pun milik kita. Rupa paras yg cantik akan hilang sekelip mata jika Allaah kehendak, harta menggunung pun boleh tertimbun bila-bila masa. Keimanan juga hadir dengan izin Allaah, bersyukurlah atas segala nikmat.
.
.
Tak miliki apa-apa? Tidakkah nikmat Iman & Islam itu nikmat yg paling besar?

الحمد لله ♥️
New message for you!
4.57pm, 12 Jun

Didik hati utk sentiasa mendoakan rezeki orang lain. Janganlah kita cemburu lalu iri hati.
.
Sebab.. Tak ada pun yg akan kita dapat melainkan sakit hati.
.
Tak apa kalau dia pandai dari kita, Tak apa kalau dia kaya dari kita, tak apa kalau dia hebat itu ini. Tak apa kalau dia kahwin awal, tak apa kalau dia anak ramai. Kita doakan sahaja supaya rezeki dia dirahmati.
.
Kita pula? Berasa cukup dengan apa yg ada itulah satu rezeki & nikmat. Insya Allah, rezeki kita akan tiba.❤️
.
MasyaAllah, tabarakallah. Hati yg sentiasa bersyukur & mendoakan orang lain sangat berharga.


12062022
I do not know the solution of my current situation,
.
neither having idea on what gonna happen tomorrow,
.
.
.
But hold firmly that Allah will guide you and never left you.

Life been tougher than before isn't it.

🌻

27062022
Ya Allah, kurniakan kami keberkatan masa di atas muka bumi ini. Cukupkan 24 jam, jangan terkurang hingga tak sempat lakukan perkara yg kami rancang.

Berikan tidur yg berkualiti, masa yg mencukupi, dan juga ketenangan yg abadi.

.

03072022
"Jangan malu pakai baju yang murah harganya,

Jika dapat menutup AURAT dengan sempurna,

Nilai nya sangat mahal di sisi AGAMA."


🌷🌷🌷

16072022
Nak iklan sekejap,

Ada tak sesiapa yg berminat nak belajar Diploma Pengajian Islam dan Bahasa Arab? 🧑‍🎓

Kelas Pembelajaran Jarak Jauh, PJJ.
Kelas online setiap hujung minggu.
Sijil diiktiraf, boleh dapat tauliah.
Boleh juga sambung ke peringkat degree.

Yg lagi menarik:
✔️tak perlukan sijil SPM
✔️tak apa kalau tak pandai Bahasa Arab
✔️tak perlu dari sekolah agama. Sekolah biasa pun tak apa
✔️Belajar dari kosong
✔️Kelas hujung minggu sahaja
✔️Diploma 2 tahun (fast track)
✔️Yuran rendah berbanding kolej lain

Kemasukan segera! Intake September

Jika ada dalam ni yg berminat untuk mengaji bidang agama, dijemput ke group wassup orientasi MALAM NI!

https://chat.whatsapp.com/DhjPRd7bXFQIeMcBPuwpnt
"Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia."

( Imam As-Syafie )
.
.

17072022
Bercakap tentang 'sementara', hati yang gembira pun akan merundum sedih.

Bercakap tentang 'pinjaman', ya semua ini hanyalah pinjaman dari Ilahi yg akan ditarik pada bila-bila masa.

Tapi.

Janganlah bersedih.

Di sini ada suatu berita gembira. Nikmat yang kita miliki hari ini akan berpanjangan... di syurga dan tidak pernah berakhir. Tiada penghujung.

Jadi berlumbalah untuk ke sana.

Jangan berputus asa.

25072022
🕒 Reminder:

Jangan lupa baca doa selepas asar (doa akhir tahun) & doa selepas maghrib (doa awal tahun)

Semoga kita dalam rahmat Allah sentiasa. Bijahinnabiy ameen ☺️
Forwarded from cikstokinputih (nur hidayah 🦢)
🔔𝙽𝚎𝚠 𝚖𝚎𝚜𝚜𝚊𝚐𝚎𝚜🔔
.
.
𝙅𝙪𝙢𝙪'𝙖𝙝 𝘽𝙖𝙧𝙖𝙠𝙖𝙝
Baca surah Alkahfi & Perbanyakkan selawat :)
Dosa kecil akan menjadi besar andai dibiarkan berterusan tanpa bertaubat.

Seringkali ayat ini menjadi halwa telinga.

Begitu juga dengan pahala. Apabila sesuatu amalan itu dilakukan berterusan meskipun kecil moga ia menjadi besar. ❤️

Jadi tak mengapa jika hanya baca AlQuran 1ms sehari, tak apa jika hanya mampu solat di awal waktu. Teruskan lakukan dengan istiqomah. Ia akan menjadi amalan buat kita.

17112022
HTML Embed Code:
2024/06/18 12:53:06
Back to Top