TG Telegram Group Link
Channel: 99 Names ✨
Back to Bottom
Jangan bermain dengan kata 'kalau' seolah menidakkan takdir.
Terjumpa ayat ini yang dibacakan oleh ust Wadi Anuar dkt rancngan N to N neelofa dan nabil tu.
DOA RASULULLAH UNTUK DIBERI PETUNJUK MENENTUKAN YG BENAR DAN YG SALAH

Dalam kehidupan dunia yang begitu celaru dan penuh dengan fitnah hingga kadangkala sukar bagi kita untuk menentukan yang mana benar dan yang mana palsu, Rasulullah SAW mengajarkan kita dengan doa berikut untuk diamalkan agar Allah kurniakan kita hidayah dan petunjuk dalam membuat keputusan yang terbaik:

،اللَّهُمَّ أَرِنَا الْحَقَّ حَقًّا، وَارْزُقْنَا اتِّبَاعَهُ

،وَأَرِنَا الْبَاطِلَ بَاطِلاً، وَارْزُقْنَا اجْتِنَابَهُ

وَلَا تَجْعَلْهُ مُلْتَبِساً عَلَيْنَا فَنَضِلَّ، وَاجْعَلْنَا لِلْمُتَّقِينَ إِمَامًا

“Ya ALLAH, perlihatkanlah kepada kami yang benar itu benar, dan kurniakanlah kami untuk dapat mengikutinya. Dan perlihatkanlah kepada kami yang salah itu salah, dan kurniakanlah kami untuk dapat menghindarinya. Janganlah ENGKAU menjadikannya samar di hadapan kami sehingga kami tersesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa.”
Forwarded from NASIHAT² KEHIDUPAN via @like
123 of 365 🗓 ISNIN 💕 21 RAMADHAN 1442H 03 Mei 2021

Bismillahirrahmanirrahim بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَ

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

┈••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#KitajagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏

لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ

“Malam al-Qadr (malam kemuliaan) itu lebih baik daripada seribu bulan" [Surah al-Qadr 3]

Allah swt menyatakan bahawa ibadah di malam Lailatul Qadar lebih baik daripada ibadah di seribu bulan lamanya.

Berkata Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di rahimahullah:

“Amalan yang dilakukan di malam Lailatul Qadar lebih baik daripada amalan yang dilakukan di seribu bulan yang tidak terdapat Lailatul Qadar. Itulah yang membuat akal dan fikiran menjadi tercengang. Sungguh menakjubkan, Allah memberi kurniaan pada umat yang lemah dapat beribadah dengan nilai seperti itu. Amalan di malam tersebut sama dan melebihi ibadah pada seribu bulan. Lihatlah, umur manusia seakan-akan dibuat begitu lama hingga lapan puluh tahun".

Oleh itu, sesiapa yang masih diberi kesempatan masa, usia dan tenaga maka gunakanlah semaksimumnya untuk mentaati Allah dan melakukan kerja-kerja kebajikan agar dapat menjana pahala terbanyak dan teristimewa yang hanya ada pada bulan Ramadhan.

Talhah bin 'Ubaydillah bercerita:

"Terdapat dua orang lelaki yang datang kepada Nabi saw dan masuk Islam. Salah seorang daripada mereka lebih rajin daripada yang seorang lagi. Orang yang lebih rajin ini pergi berjihad lalu syahid di medan perang. Sedangkan, rakannya terus hidup hingga meninggal dunia satu tahun kemudian.

Suatu malam, Talhah bermimpi berada di pintu syurga bersama kedua-dua orang tersebut. Seorang malaikat keluar dari Syurga, lalu mempersilakan orang meninggal lebih lewat untuk masuk ke syurga. Tidak lama kemudian, malaikat itu keluar lagi dan mempersilakan masuk bagi orang yang mati terlebih dahulu. Malaikat turut berkata kepada Talhah: "Pulanglah, masamu belum tiba".

Pada pagi harinya, Talhah menceritakan mimpi ini kepada para sahabat Nabi saw. Mereka berasa hairan dengan mimpi ini.

Rasulullah saw lalu bersabda: "Apa yang kamu hairankan?" Mereka berkata: "Wahai Rasulullah, orang yang lebih rajin itu mati syahid dan meninggal lebih dahulu, akan tetapi mengapa rakannya yang lebih dahulu masuk syurga?"

Baginda bersabda: "Bukankah orang itu hidup satu tahun selepasnya?"

Mereka menjawab: "Benar, wahai Rasulullah."

Baginda bersabda: "Bukankah ia mendapatkan Ramadhan dan berpuasa padanya?"

Mereka menjawab: "Benar, wahai Rasulullah?"

Baginda bersabda: "Bukankah ia melakukan banyak solat sepanjang satu tahun itu?"

Mereka menjawab: "Benar, wahai Rasulullah."

Baginda bersabda: "Sesungguhnya, darjat antara kedua-dua orang ini adalah sepertimana langit dan bumi"


(HR Ahmad dan Ibnu Majah)

Dapat bertemu dengan Ramadhan adalah satu nikmat besar daripada Allah. Gunakan kesempatan ini sebaik-baiknya untuk meraih darjat yang lebih tinggi di Syurga dengan menjaga kesucian puasa, memperbanyak solat sunat, melazimi membaca al-Quran dan bersedekah membantu mereka yang memerlukan

Semoga Ramadhan tahun ini lebih baik dari sebelumnya...

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
58K232
Coretan doa daripada rancangan NTON Neelofa dan Nabil bersam ustaz Wadi Annuar
Salam Hari Jumaat penghulu segala hari..
"Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubatan nasuhaa (taubat yang semurni-murninya). Mudah-mudahan Rabbmu akan menutupi kesalahan-kesalahanmu dan memasukkanmu ke dalam jannah yang mengalir di bawahnya sungai-sungai."
Syaikh Ibnu Utsaimin rahimahullah berkata,

"Jika suatu perkara membuatmu lelah dan membuatmu lemah darinya maka ucapkanlah Laa Haula Walaa Quwwata Illa Billah, karena sungguh Allah akan membantumu atas perkara itu."

(Syarh Riyadhis Shalihin, 5/522)
Jika kamu menginginkan Allah selalu memberikanmu apa yang kau cintai, maka jagalah selalu ketika Allah melihatmu dalam keadaan yang Dia cintai.

- Imam Ahmad Bin Hanbal ‎-
Diceritakan oleh Imam al Haddad dalam kitabnya,

Ada seorang 'abid yang sudah beribadah selama 500 tahun kemudian ketika dia hendak masuk ke syurga, Allah berkata kepadanya "masuklah ke syurgaku dgn rahmatku".
Lalu, 'abid tadi berkata "Ya Allah, aku nk masuk ke syurgamu dgn ibadah aku, bukan dgn rahmatmu".
Kemudian Allah bentangkan segalaaaa ibadahnya yg lengkap selama 500 thn itu dan digandingkan dgn nikmat penglihatan yg Allah bg padanya selama 500 thn. Wallahi, nikmat penglihatan yg dikurniakan Allah itu tidak tertanding dgn segala ibadat 500 tahunnya itu.

Allahu, baru nikmat mata. Nikmat telinga, hidung, mulut?
Checklist Hari Jumaat🕊

• Baca surah Al-Kahfi
• Perbanyakan selawat
• Perbanyakan berzikir
• Berdoa
• Mandi sunat
• Potong kuku
• Bersedekah

“Jika tak mampu buat semua,
jangan tinggal semua.” 😉
🌸Allah SWT yang sempurnakan dunia kita, Allah uruskan semua urusan kita, jangan tinggal majlis ilmu & senantiasa beradab dalam majlis ilmu. Sebab kesan dari majlis ilmu, dengar ceramah, itu sangatlah lain. Keberkatan itu lain.

Sebab apa ? Sebab dalam majlis ilmu ini, kita jaga ikhtilat, kita tutup aurat dengan sempurna.
dengar ceramah macam biasa.

Contoh dengar ceramah di TV, kita kadang tak tutup aurat pun.
Tapi dalam majlis ilmu ini, kita jaga. Kita jagalah, sebab keberkatan Dalam Majlis ilmu ni sangat lah lain.
HTML Embed Code:
2024/04/25 21:43:02
Back to Top