TG Telegram Group Link
Channel: Aminuddin Yahaya - Telegram Rasmi
Back to Bottom
๐—ง๐—˜๐—ž๐—ฆ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—จ๐—› ๐—ช๐—”๐—ฅ๐—ž๐—”๐—› ๐— ๐—˜๐— ๐—ข๐—ฅ๐—”๐—ก๐——๐—จ๐—  ๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ฌ๐—”๐—ง ๐Ÿฎ๐Ÿฏ ๐—๐—”๐—ก๐—จ๐—”๐—ฅ๐—œ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

Ampun Tuanku,

Sembah patik mohon diampun.

MERAFAK SEMBAH WARKAH MEMORANDUM RAKYAT

Patik-patik sekalian dengan penuh hormat dan takzimnya merafakkan sembah maklum bahawa patik-patik semua mewakili rakyat jelata sekalian ingin menyembah.

Warkah Memorandum Rakyat yang membawa rasa gundah gulana rakyat jelata.

Seluruh rakyat Tuanku terutamanya orang Melayu dan umat Islam merasa sangat tertekan, bimbang, cemas dan takut dengan keadaan Tanah Air kita tercinta ini di bawah pentadbiran dan kepimpinan sekarang kerana gagal menguruskan negara.

Ampun Tuanku,

Sembah patik mohon diampun

Tujuan patik menyembah Warkah Memorandum Rakyat ini adalah untuk :

1. Menjunjung sembah kepada Kebawah DYMM Tuanku ketaatan patik rakyat Tuanku terhadap fitnah yang telah dikemukan kepada diri DYMM Tuanku dan Institusi Raja-Raja.

2. Menzahirkan penderitaan rakyat berkaitan suasana sosio-ekonomi negara pada hari ini.

3. Mengharapkan Kebawah DYMM Tuanku menilai semula kepimpinan negara dan melakukan sesuatu demi menyelamatkan masa depan rakyat dan negara.

Ampun Tuanku,

Sembah patik mohon diampun

Izinkan patik-patik semua menukilkan keadaan rakyat dan menyatakan perkara-perkara yang menjadi kerisauan rakyat sekalian :-

1. Rakyat berasa terguris di atas kebiadapan Perdana Menteri dan sebahagian pemimpin negara yang menghina Kebawah DYMM Tuanku, mengheret kepada isu rasuah yang sepatutnya tidak berlaku dan ini telah mencemarkan kedudukan Kebawah DYMM Tuanku dan negara keseluruhannya.

2. Kadar bunuh diri terutamanya di kalangan orang-orang Melayu sedang meningkat naik disebabkan oleh tekanan ekonomi. Keadaan ekonomi yang semakin parah menyebabkan rakyat menderita. Harga barang asas naik tanpa kawalan. Malangnya, tekanan dan kesengsaraan ini tidak disusuli dengan tindakan tuntas dari pihak kerajaan bagi menyelesaikan masalah ekonomi rakyat.

3. Hari ini dunia telah mentertawakan negara disebabkan oleh tingkah laku pemimpin yang dilihat tiada integriti dalam menguruskan negara dan tidak mampu menyelesaikan masalah di atas pertelingkahan yang berlaku.

4. Pencerobohan kepada kuasa-kuasa Raja-Raja Melayu melalui tindakan-tindakan Mahkamah semakin menjadi-jadi dan semakin tidak terkawal.

5. Umat Islam dan anak-anak mualaf Islam dimurtadkan melalui keputusan-keputusan Mahkamah. Kuasa-kuasa perundangan syariah yang merupakan kuasa Raja-Raja Melayu, dimansuhkan satu per satu. Ini secara tidak langsung menghina Institusi Raja-Raja yang menaungi agama Islam. Dalam masa yang sama pemimpin negara pula dilihat seolah-olah berlepas tangan dan ini sangat mendukacitakan umat Islam.

6. Media melaporkan penglibatan langsung pihak-pihak ejen perisikan luar ke atas negara ini amat-amat membahayakan keselamatan negara termasuk kedudukan Kebawah DYMM Tuanku dan Institusi Raja-Raja Melayu.

7. Penghinaan terhadap Islam semakin meningkat. Perpaduan kaum yang menjadi nadi kepada kestabilan dan kemakmuran negara semakin tergugat dan tegang akibat penghinaan yang berlaku ini. Kefahaman liberal, pluralisme serta postnormal yang dibawa oleh sebahagian pemimpinsemakin mengakar di kalangan rakyat. Natijahnya akan membawa kepada keruntuhan Institusi Raja-Raja dan agama Islam.

8. Pemaksaan perubahan-perubahan dasar struktur-struktur asas Perlembagaan melalui cabang-cabang kuasa Legislatif, Eksekutif dan Judisiari sehingga menjejaskan kepentingan sah Melayu dan Islam yang dinaungi Kebawah DYMM Tuanku Raja-Raja Melayu semakin menjadi-jadi dan tidak terkawal. Jika ia dibiarkan berterusan, asas negara ini sebagai sebuah negara dengan asas Melayu dengan Islam sebagai Agama Persekutuan dan Raja-Raja Melayu sebagai pemerintah negara ini akan terhakis dengan pantas. Ini situasi yang amat membimbangkan.

Ampun Tuanku,

Sembah patik mohon diampun.

Kegagalan kerajaan ini menguruskan pelbagai isu dan perkara serta meletakkan rakyat-rakyat Kebawah DYMM Tuanku di dalam situasi tertekan secara ekonomi, emosi dan kesejahteraan, perlu ditangani dengan segera.
Amanat yang dikurniakan kepada YAB Perdana Menteri Ke-10 untuk mentadbir kerajaan Kebawah DYMM bagi menjaga kebajikan negara dan rakyat, kedaulatan agama Islam dan Melayu, nyata gagal. la membawa jatuh maruah dan keikhlasan Kebawah DYMM Tuanku yang telah mengamanahkan kuasa ini untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan negara dan rakyat terbela dan terjaga.

Memandangkan perkara ini merupakan sesuatu yang terlalu serius dan kritikal, maka kami patik-patik rakyat jelata sekalian merafak sembah kebawah DYMM Tuanku untuk mempertimbangkan tindakan segera yang wajar diambil, atas kebijaksanaan Tuanku, terhadap kepimpinan negara sekarang.

Ini sahaja solusi pada hemat patik-patik dan jalan terbaik bagi merungkaikan kemelut berpanjangan yang sedia ada demi kesejahteraan sosial, ekonomi dan kelestarian negara. Demikianlah sahaja yang patik-patik dapat zahirkan dalam warkah memohon pertimbangan dan hikmah Kebawah DYMM Tuanku mengatasi kegusaran sekalian rakyat.

Patik mohon akhiri kalam dengan sembah salam takzim jua adanya. Patik sekalian sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan Kebawah DYMM Tuanku dan seisi ahli kerabat. Taat setia patik-patik sekalian Kebawah DYMM Tuanku tiada berbelah bahagi dan sentiasa tersemat di sanubari.

Wabillahi taufik walhidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Adalah patik berdatang sembah dengan segala hormat dan penuh takzimnya.

Sekian, patik menjunjung kasih Tuanku.

23 Januari 2024

----
hottg.com/AminuddinYahaya
Astaghfirullahalazim. Mahkamah Persekutuan hari ini telah memutuskan bahawa 16 peruntukan Undang-Undang Syariah Kelantan yang dicabar Nik Elin sebagai TIDAK SAH.

Berikut adalah senarai 16 peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 yang diisytiharkan Mahkamah Persekutuan sebagai BATAL DAN TIDAK SAH:

โฌ› Seksyen 11: Memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat

โฌ› Seksyen 14: Liwat

โฌ› Seksyen 16: Persetubuhan dengan mayat

โฌ› Seksyen 17: Hubungan seksual dengan bukan manusia

โฌ› Seksyen 31: Gangguan seksual

โฌ› Seksyen 34: Memiliki dokumen palsu, memberikan keterangan, maklumat atau kenyataan palsu

โฌ› Seksyen 36: Apa-apa yang memabukkan

โฌ› Bahagian 39: Mengurangkan skala, ukuran dan berat

โฌ› Seksyen 40: Melaksanakan transaksi yang bertentangan dengan 'hukum syarak' (undang-undang syariah)

โฌ› Seksyen 41: Melaksanakan urus niaga melalui riba

โฌ› Seksyen 42: Penyalahgunaan label dan konotasi halal

โฌ› Seksyen 43: Menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

โฌ› Seksyen 44: Tindakan persediaan menawarkan atau menyediakan perkhidmatan maksiat

โฌ› Seksyen 45: Perbuatan maksiat sebagai persediaan

โฌ› Seksyen 47: Perbuatan sumbang mahram

โฌ› Seksyen 48: Muncikari (lelaki berpakaian wanita atau sebaliknya, bertentangan dengan hukum syarak)

Ini bermakna, negeri-negeri lain menunggu masa sahaja untuk terkena nasib yang sama.

Allah. Selamatkanlah Malaysia.

Aminuddin Yahaya
9 Februari 2024
Wahai PMX, spinlah selagi boleh. Jangan sangka rakyat mudah diperbodohkan dengan permainan kata-kata kamu. Ada beza antara 'tak masuk campur' dan 'tak ambil peduli'. Kegusaran umat Islam adalah soal kepedulian dan keseriusan kerajaan dalam hal ini.

Kalaulah kerajaan peduli dan serius terhadap keputusan ini, sekurang-kurangnya tunjukkanlah reaksi yang sepatutnya. Keluarkanlah kenyataan rasmi kerajaan; sedih ke, marah ke? Mana???

Kalaulah keputusan mahkamah ini tiada impak langsung dan ianya hanya mainan politik pembangkang, takkanlah Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Rahman Sebli pun turut mengkritik kerajaan?

Lagipun, selepas ini apa gunanya jika ada Mahkamah Syariah kalau segala kesalahan jenayah sudah tidak boleh ditentukan hukumannya tetapi hanya boleh ditentukan oleh persekutuan?

Apa lagi fungsi Mahkamah Syariah kalau kesalahan Jenayah Syariah tidak boleh rujuk kepada mereka tetapi hanya kepada Persekutuan?

Mahkamah Syariah dan hukum hakam Islam bukan hanya sekadar hukuman tetapi ada hubung kait dengan aqidah. Ini tidak ada pada Undang-undang Sivil. Maka, mengarut betulah jika ada yang kata hukum takzir, dsb sudah ada dalam Undang-undang Sivil. Malah, falsafah perundangan Islam ada elemen mengajar/mendidik bukan sekadar menghukum seperti di Undang-undang Sivil.

Jika hari ini, sebanyak 16 kesalahan jenayah berjaya dicabar dan dibatalkan, hari esok mungkin ada yang akan cabar kesemuanya dan mungkin kewujudan Mahkamah Syariah juga akan dipertikai terus.

Kuasa Raja-Raja juga akan terhakis dan mungkin tinggal hanya sekadar tengok anak bulan bagi menentukan raya sahaja. Apakah ini tidak akan menggugat kuasa Raja-Raja?

Jangan nak banyak bagi alasan, pusing-pusing, taichi sini sana. Kamu yang ada kuasa sekarang maka kamu lakukanlah sesuatu untuk pertahankan Islam atau letak jawatan sahajalah!

"Jika kamu diam saat Agamamu dihina maka gantilah bajumu dengan kain kafan!" - Hamka

Aminuddin Yahaya
9 Februari 2024

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/02/1210565/kerajaan-tak-campur-tangan-keputusan-kes-enakmen-kanun-jenayah

--
hottg.com/AminuddinYahaya
"Wahai PMX, spinlah selagi boleh. Jangan sangka rakyat mudah diperbodohkan dengan permainan kata-kata kamu. Ada beza antara 'tak masuk campur' dan 'tak ambil peduli'. Kegusaran umat Islam adalah soal kepedulian dan keseriusan kerajaan dalam hal ini.

hottg.com/AminuddinYahaya
Saya baru sahaja membaca kenyataan media dari Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) yang merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri dalam isu kes Pembatalan 16 Enakmen Syariah baru-baru ini.

JKSM secara jelas menyebut tanpa segan silu dalam kenyataan media ini bahawa keputusan ini sebagai "satu pengukuhan terhadap perundangan Islam" di Malaysia. Saya tak tahulah betapa tebalnya muka mereka.

Sangat memalukan juga, tanpa silu lagi JKSM sendiri telah mengakui bahawa Mahkamah Syariah telah terhakis kuasanya ("ia HANYA tidak boleh dibicarakan di Mahkamah Syariah, namun boleh dibicarakan di mahkamah sivil"). Pendirian bermudah-mudah terhadap apa yang berlaku ini adalah sangat memalukan.

Lebih parah lagi, pendirian 'inferior' JKSM terhadap mahkamah sivil adalah sangat mengecewakan. Seolah-olah redha Mahkamah Syariah dihinakan sebegitu rendah. Entah kalau disuruh hapus terus Mahkamah Syariah kerana sudah ada Mahkamah Sivil, silap-silap JKSM bersetuju sahaja tak?

Kenyataan ini seolah-olah telah menguatkan lagi naratif kononnya mahkamah sivil itu lebih berhak dan lebih adil. Bagi saya, JKSM telah menghina sistem dan pengamal undang-undang Syariah di Malaysia apatahlagi ianya merupakan autoriti yang sepatutnya menaungi.

Entahlah. Dengan sedemikian hina respon dan pendirian JKSM sebegini, mengapa tidak JKSM sendiri yang memfailkan petisyen mencabar peruntukan-peruntukan enakmen syariah di negeri-negeri lain pula selepas ini? Tak perlu Nik Elin atau puak-puak liberal lain yang buat.

Kalau dah sampai macam nak dijulang sebagai hero yang telah memperbetulkan dan mengukuhkan perundangan Islam di Malaysia macam ini, kerajaan lantik sahaja Nik Elin masuk JKSM !

Memalukan betul!

Aminuddin Yahaya
13 Februari 2024

---
hottg.com/AminuddinYahaya
Forwarded from TV Pertiwi Official
Pengerusi Gabungan Nasionalis, Aminuddin Yahaya mendedahkan bahawa idea mencadangkan iktiraf Kampung Baru Cina sebagai salah satu tapak Tapak Warisan Dunia ( UNESCO) realitinya adalah daripada Jabatan Warisan Negara sendiri lalu digempar-gempurkan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming kepada khalayak umum lantas mencetuskan beberapa provokasi di negara ini.

โ€œSaya terkejut juga, Jabatan Warisan Negara membuat cadangan ini, ini sangat mengejutkan, saya yakin dalam itu ramai orang Melayu,โ€

โ€œIni bagi saya sudah bagai jatuh ditimpa tangga, bukan orang lain yang buat tapi orang sendiri yang buat yang menjatuhkan kuasa pegangan hakisan hak orang Melayu.โ€ katanya kepada TV Pertiwi hari ini.

Susulan itu, Aminudin menegaskan bahawa kerajaan kini seharusnya menolak idea herot sebegitu dan bukannya diajak berbincang tentang perkara itu.

Ikuti Tiktok Buletin Pertiwi dan Telegram TV Pertiwi Official:

https://www.tiktok.com/@beritapertiwi3
https://hottg.com/tvpertiwi
#TvPertiwi
๐—œ๐˜€๐˜‚ ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ป๐—ด ๐—•๐—ฎ๐—ฟ๐˜‚ ๐˜€๐—ฒ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ฎ๐—ถ ๐—ช๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐˜€๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ก๐—˜๐—ฆ๐—–๐—ข: ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ต๐—น๐—ถ ๐—ฃ๐—ฎ๐—ฟ๐—น๐—ถ๐—บ๐—ฒ๐—ป ๐—ž๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—ฆ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐˜ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐˜†๐—ฒ๐—ฑ๐—ถ๐—ต๐—ธ๐—ฎ๐—ป

Melihat perbahasan parlimen mengenai cadangan mengiktiraf Kampung Baru Cina sebagai Warisan UNESCO amat menyedihkan. Walaupun fakta-fakta bagi menolak cadangan ini adalah sangat jelas dan diakui semua pihak, namun ianya gagal untuk membawa arus penolakan tersebut di parlimen.

Bacalah mana-mana buku sejarah atau penulisan tentang Kampung Baru Cina; pasti kita akan berjumpa dengan fakta bahawa ia dibina kerana British mahu menyekat pengaruh ideologi komunis yang sudah mula menjalar dikalangan orang-orang Cina pada ketika itu. Jadi kalau hendak dikatakan ia tidak ada kena mengena akan sokongan orang Cina terhadap komunis ketika itu adalah satu pembohongan fakta.

Walaupun peringkat awal, keberadaan mereka tidaklah dilayan dengan baik oleh British tetapi kemudian mereka telah diberikan pelbagai kemudahan yang luar biasa dari segi infrastuktur, peluang perniagaan, perumahan dan sebagainya.

Apa yang menyedihkan kampung ini dibina diatas ratusan ribu Tanah Rizab Melayu. Sehingga sekarang kerajaan masih memberikan peruntukan ratusan juta kepada Kampung Baru Cina ini. Adakah layanan yang sama diberikan kepada Kampung Melayu? Tidak sama sekali.

Strategi (menyuap pelbagai kemudahan) ini sangat berkesan sehingga ideologi Komunis telah berjaya dibendung oleh British.

Namun, walau dengan segala fakta yang terhidang sebegini, ahli-ahli parlimen pembangkang dilihat seperti mati akal dan kalah dengan suara dan kesungguhan seorang dua ahli parlimen kerajaan bukan Melayu sehingga mereka yang membahas usul tersebut terpaksa meminta maaf konon kalau-kalau ada yang berasa hati.

Bukan itu sahaja, perkara ini dilihat seolah-olah isu politik sensitif yang mana kalau ada bangkangan, maka seolah-olah akan melawan kerajaan walhal tidak ada apa-apa hujah yang konkrit yang membolehkan Kampung Baru Cina ini dijadikan Warisan UNESCO.

Maka sebab itu, selain dari ahli parlimen pembangkang, tidak nampak mana-mana dari pihak kerajaan yang menyokong penolakan cadangan mengarut tersebut. Apakah mereka tidak tahu fakta atau takut akan dikecam dengan rakan dalam kerajaan atau memang mereka bersetuju dengan cadangan untuk dijadikan Kg Warisan? Tidak pasti apakah alasan mereka.

Di pihak pembangkang pula, hanya beberapa kerat sahaja ahli parlimen yang bangun bersuara menyokong penolakan tersebut manakala yang lain tidak bersuara. Adakah ini satu strategi atau memang mereka tidak berani? Pun tidak pasti apakah alasan mereka.

Kalaulah isu yang mempunyai fakta yang begitu jelas ini masih tidak dapat dipertahankan, apa lagi yang boleh diharapkan kepada pemimpin Melayu yang ada di parlimen sana?

Tolonglah berfungsi untuk kami.

Aminuddin Yahaya
10 Mac 2024

--
hottg.com/AminuddinYahaya
Saranan YB Teresa Kok agar polis membuat siasatan ke atas Prof Emeritus Teo Kok Seong mengenai kenyataan beliau tentang sekolah vernakular adalah tidak wajar.

Kalau diteliti kenyataan yang dibuat oleh Prof Emeritus Teo Kok Seong itu, tidak sedikitpun menimbulkan apa-apa perasaan kebencian atau ada elemen hasutan. Sebaliknya beliau hanya memberikan fakat hasil kajian dan pemerhatian yang beliau buat dan juga oleh pelbagai pihak lain.

Terbukti kewujudan sekolah venerkular ini merupakan punca kepada polarisasi kaum menyebabkan rakyat terpaksa menerima impaknya sehingga hari ini kita masih jauh dari mencapai perpaduan kaum. Jelas YB Teresa Kok menolak kenyataan semata-mata kerana mahu mempertahankan sekolah venerkular yang tidak meletakkan pembelajaran Bahasa Melayu antaranya sebagai perkara utama.

Adakah mempertahankan kebenaran dan fakta satu kesalahan? Kenapa Ahli Parlimen Cina ini begitu sensitif? Adakah kerana mereka mempunyai agenda tertentu dengan kewujudan sekolah berkenaan?

Malang sekali tidak ada ahli parlimen yang bersungguh mempertahankan kenyataan Prof Kok Seong ini di dalam Dewan Rakyat. Mungkinkah mereka takut undi mereka akan terjejas? Kalau benarlah alasan ini bermakna parlimen Malaysia sudah tidak ada makna kewujudannya kerana tempat yang sepatutnya mempertahankan kebenaran tetapi kini hanya sekadar menjadi medan perbahasan politik.

Kami bersamamu, wahai Prof Emeritus Teo Kok Seong!

Aminuddin Yahaya
10 Mac 2024

---
hottg.com/AminuddinYahaya
Isu Bak Kut Teh sebagai Warisan Negara.

Perbahasan Bak Ku Teh (BKT) yang dijadikan sebagai makanan warisan negara mengundang perbahasan yang hangat dalam parlimen. Beberapa ahli parlimen DAP secara lantang dan tegas mempertahankannya. Mereka dakwa makanan ini tidak semestinya ada kena mengena dengan babi sebab ia bergantung kepada isi kandungan didalam kueh tersebut. KONONNYA ia boleh jadi sayur, ayam atau daging kambing.

Tetapi hakikatnya tanyalah mana-mana orang Cina, mereka semua akan menjawab bahawa BKT ini adalah merupakan memang sup tulang babi. Persoalannya apakah sesuai makanan ini diangkat sebegitu tinggi darjatnya walhal negara ini adalah negara Islam dan penduduknya adalah majoriti orang Islam?

Apakah mesej yang kita hendak sampaikan kepada dunia? Apakah imej negara sebagai sebuah negara islam akan dipandang tinggi apabila kita mengangkat sesuatu yang jelas haram di sisi agama islam?

Ada beberapa sebab lagi kenapa BKT tidak layak diiktiraf sebagai makanan warisan negara;

1. Pertama, kerana ruhnya berasal dari China dan bukannya asli dari Tanah Melayu apatahlagi diterima ramai majoriti rakyat Malaysia.

2. Kedua, pengiktirafan BKT sebagai makanan warisan negara akan memberi kesan yang negatif dan boleh merosakkan perpaduan yang telah kita bangunkan selama ini.

Saya tidak pasti apa hujah Jabatan Warisan yang merupakan badan yang membuat kajian dan meluluskan cadangan sehingga makanan ini diterima sebagai warisan negara.

Aminuddin Yahaya
10 Februari 2024

---
hottg.com/AminuddinYahaya
Dalam masa sebulan dua ini berlaku beberapa perkara penting yang melibatkan penjawat awam :-

1. Penamatan sistem pencen
2. Pemberhentian KP Pelancongan tanpa ada siasatan
3. Tidak lagi boleh mendapatkan khidmat perubatan di IJN

Kejadian ini amat membimbangkan akan masa depan penjawat awam yang 80% daripadanya adalah merupakan orang Melayu. Apakah tindakan sebegini oleh pihak kerajaan sesuatu yang positif atau negatif kepada orang Melayu, itu satu persoalan yang perlu diteliti.

DAP sejak dahulu lagi sering menyatakan bahawa jumlah penjawat awam ini terlalu tinggi dan perlu dikurangkan supaya tidak terlalu membebankan kewangan negara. Tetapi kini sudah keluar berita bagaimana ada usaha-usaha untuk membuat kempen galakan agar orang Cina menyertai perkhidmatan awam.

Tindakan DAP ini agak pelik kerana ia bertentangan, disatu pihak mereka kata penjawat awam terlalu ramai tetapi dalam masa yang sama nak buat kempen orang cina menyertainya pulak. Lagi pelik apabila tindakan-tindakan yang dinyatakan diatas berlaku begitu cepat.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan memberikan jaminan kepada orang Melayu terhadap peluang pekerjaan di pejabat awam namun ini semua mungkin tidak lagi menjadi realiti kerana tarikan kemudahan yang ada telah dihapuskan. Orang Melayu mungkin tidak berminat lagi mahu bekerja di sektor awam. Persoalannya; ke mana mereka mahu pergi?

Kita tahu peluang pekerjaan di sektor swasta sangat terhad. Tidak mungkin mampu menampung ribuan graduan yang keluar dari IPT. Apakah akan wujud krisis sosial di kalangan anak Melayu?

Apakah orang Melayu akan mula berhijrah ke negara lain dan dalam masa yang sama bangsa lain membanjiri negara? Jika selama ini orang Melayu kehilangan dalam sektor ekonomi adakah masa hadapan mereka akan hilang pula sektor awam?

Sama-sama kita renungkan !!!

Aminuddin Yahaya
10 Mac 2024

---
hottg.com/AminuddinYahaya
Baru-baru ini saya ada membaca ulasan seorang penganalisis politik di dalam akhbar The Star mengenai trend sokongan rakyat terhadap parti-parti yang ada menunjukkan polarisasi kaum yang semakin melebar.

Sokongan orang Melayu kepada PN dijangka akan meningkat kepada 90% dalam PRU16 dan begitulah sebaliknya orang Cina keseluruhannya akan tetap menyokong PH walaupun mereka tidak berpuas hati terhadap prestasi kerajaan.

Prasangka negatif antara kaum semakin menebal dan setiap perkara yang berlaku akan dilihat dari perspektif perkauman. Isu ini jika tidak ditangani secara tegas dan berani ia akan menjadi lebih kritikal. Apa yang menyedihlan saya ialah semua orang tahu penyelesaiannya tetapi tidak ada seorang pemimpinpun yang berani mengambil tindakan.

Punca utama berlaku polarisasi kaum ini bermula dengan sistem Pendidikan. Kengganan kaum cina untuk bersama di dalam sekolah kebangsaan dan tidak adanya ketegasan oleh pemimpin utama negara memaksa pembelajaran satu aliran adalah punca kepada perpecahan kaum. Kedua-dua faktor ini hanya boleh diselesaikan jika ada keberanian politik oleh pihak kerajaan.

Mana mungkin rakyat boleh bersatu jika sejak dari kecil kita dipisahkan dan menerima sistem pendidikan yang berbeza. Hanya manusia yang tidak siuman mengatakan ia bukan punca perpecahan kaum.

Sehingga hari ini majoriti orang Cina masih gagal menguasai Bahasa Melayu. Itu belum diambil kira isu agama dan budaya yang lebih kronik dan sensitive. Persoalannya; bolehkah negara melangkah ke hadapan jika perkara yang begitu asas ini tidak dapat diselesaikan?

Rancanglah apa pun, tubuhlah kementerian atau badan apapun, belanjalah banyak mana pun, semua itu adalah fatamorgana, Nampak indah tapi isinya tiada. Negara akan kekal berpecah, isu perkauman akan terus retak dan semakin merebak.

Jadi jangan kita merintih kalau berlaku insiden-insiden yang boleh menggugat kestabilan negara kerana kita memang layak menerima akibatnya. Pihak kolonial akan ketawa kerana strategi mereka berjaya walaupun kita telah merdeka hampir 70 tahun.

Dulu kita menjadi rujukan negara-negara ASEAN tetapi sekarang kita sudah jauh ketinggalan. Banyak orang mengatakan rasuah punca utama kegagalan negara untuk maju, saya boleh setuju. Tetapi bagi saya punca utama yang menjadi penghalang besar kepada kemajuan negara adalah sistem Pendidikan.

Bentuk pemikiran, emosi yang stabil, rasa kekeluargaan, kebersaman dalam kemajuan semuanya lahir dari Pendidikan. Selagi pemimpina negara gagal menerima realiti ini maka selagi itulah kita akan tetapi menjadi negara membangun bukan negara maju.

Aminuddin Yahaya
11 Mac 2024

---
hottg.com/AminuddinYahaya
Kenyataan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) ini harus dipandang serius oleh kerajaan terutamanya PMX sendiri yang menjadi pengerusi Majlis Tindakan Ekonomi Bumiputera.

Jika benar apa yang dinyatakan ini bermakna semua yang dibincangkan dalam Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) hanya sebagai mainan politik.

Kegagalan Bumiputera dalam ekonomi bukan sebab Melayu tidak pandai atau malas tetapi kerajaan sendiri tidak memberikan sokongan.

Adalah tidak logik dari 60 syarikat Bumiputera dalam bidang yang dikehendaki satu pun tidak dipanggil. Habis macam mana nak tahu mereka layak atau pun tidak. Sampai bila ekonomi bumiputera boleh bersaing dengan bangsa lain?

Kalau dulu British yang menjadikan bangsa lain ini sebagai anak emas kini orang Melayu sendiri yang mengulanginya semula. Satu realiti yang pahit untuk ditelan tetapi kebenaran yang berlaku di hadapan mata. Kecuali ada tindakan intervensi yang dilakukan oleh kerajaan maka sampai bila peniaga Bumiputera terus terpinggir dan dipinggirkan.

Fikir-fikirkanlah.

Aminuddin Yahaya
13 Mac 2024

---
hottg.com/AminuddinYahaya
HTML Embed Code:
2024/04/25 06:18:00
Back to Top