TG Telegram Group Link
Channel: Sentiasa Mengingati ALLAH
Back to Bottom
#Memaafkan #Orang #Lain

Semoga dengan memaafkan orang lain, Allah akan mengampuni kita.
#Ibadah #Puasa

Secara umumnya, tema ibadah terutama bulan Ramadhan adalah berpuasa kerana ianya menjadi rukun Islam yang wajib bagi kita laksanakan. Ibadah puasa menyucikan fikiran seraya menerangkan hati.

Dari segi logik sains pula, puasa membersihkan serta merehatkan organ perut dan usus yang penat bekerja tidak henti-henti.

Orang yang berpuasa untuk mendapat keredhaan Allah SWT pasti akan diampunkan dosa-dosanya yang lalu dan berjaya memasuki syurga melalui pintu Ar-Rayyan.

https://hottg.com/agama_mu
#Doa #Munajat #Ramadhan

Berdoalah kepada ALLAH nescaya ALLAH perkenankan

Ya Allah…ya Rahman…ya Rahim…

Dalam dakapan Ramadhan yg suci ini, Dengan rasa rendah diri, Kami yg kerdil dan hina ini memohon doa dengan penuh pengharapan kepada Mu ya Allah… semoga Engkau sudi mendengar permintaan kami, kerana sesungguhnya Engkau lah Tuhan yang Maha Mendengar.

Ya Fattahu ya alim…

Ajarkanlah kami yang lemah ini untuk melihat jalan keluar dari semua masalah yang membelenggu kami, bukakanlah hijab kepada kami yang tak mampu melihat setiap kebaikan pada kejadian dan takdirmu. Ya Allah..takdirkanlah yang baik-baik untuk diri kami, Janganlah kau menguji kami pada apa yg tidak mampu kami lalui.. Bukakanlah pintu-pintu rahmat Mu untuk kami ya Allah…

Ya Allah Rabbul Jalil….

Sejahterakanlah untuk kami dengan kesihatan yg baik..supaya dengannya kami dapat beribadah kepada Mu. Ya Allah..ampunkanlah segala dosa kami, kerana kami terlalu banyak dosa kepada Mu ya Allah…Kami lupa akan Engkau ketika sihat, kami ingat pada Mu bila ditimpa sakit, Kami lupa kapada Mu ketika senang, kami ingat pada Mu bila datang kesusahan. Kami lupa kapada Mu disaat kami gembira, Kami ingat kepada Mu ketika sedih dan kecewa, Kami habiskan usia muda dengan keseronokan dunia, kami mula mengingati Mu tika usia sudah tua, ..justeru ya Allah…ampunilah semua dosa kami..berilah kekuatan kepada kami untuk melawan hawa nafsu dan dunia yg sentiasa melalaikan kami daripada mengingatimu ya Allah…

Ya Allah…ya Rahman..ya Rahim…

Ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami,. setiap titik susu ibu yg mengalir dalam diri kami…kau gantilah dengan kebajikan untuk nya yang boleh membawanya ke Syurga Mu ya Allah…ya Rahman…pada setiap keringat yg mengalir pada tubuh ayah kami dalam mencari rezeki kepada keluarga kami…kau gantikanlah dengan keampunan yg membawa ke syurga Mu ya Allah. Sesungguhnya pengorbanan mereka tidak akan mampu kami membalasnya. Bahkan terkadang mereka hidup dalam kesusahan dan kesempitan, sedangkan kami berada dalam kesenangan dan kemewahan…Justeru kurniakanlah kepada kedua ibubapa kami tempat yg istimewa di syurga Mu ya Allah…..

Ya Allah….

Kami juga memohon ampun untuk kaum kerabat kami, sahabat-sahabat kami dan guru-guru kami yg terlebih dahulu pergi meninggalkan kami ke alam barzakh…golongkanlah mereka dlm orang-orang Kau redhai…apabila tiba pula giliran kami menuju barzakh MU..maka Kau ambillah kami dalam keadaan yg baik-baik…dalam keampunan dan rahmat Mu ya Allah…

Ya Allah ya Aziz…

Kurniakanlah kepada kami jiwa yg tenang dan tenteram…hiasilah hati kami dengan sifat syukur, redha, sabar, ikhlas, amanah dan bertanggungjawab…Kau jauhkanlah daripada kami sifat ujub, riak,takabbur, fitnah, mengadu domba, sangka buruk dan khianah.

Ya Rashid…ya Rahman…ya Rahim..

Jika ada dikalangan kami mereka yang diuji dengan kesusahan, maka kau bantulah mereka, permudahkanlah urusan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang bersedih hati, berikanlah ketenangan dan jalan keluar kepada mereka, jika ada di kalangan kami sedang berhajat dengan keperluannya, maka tunaikanlah hajat mereka, dan cukupkanlah keperluan mereka, jika ada di kalangan kami mereka yang diuji dengan sakit, maka kau sembuhkanlah mereka ya Allah…agar dapat beribadah bersama kami. Jika ada dkalangan kami mereka yang derhaka kepada ibu bapa atau terkurang dalam melayani mereka, maka kau ampunilah mereka, jadikanlah kami anak-anak yg taat dan berbakti..sesungguhnya Engkaulah tuhan yg maha mendengar dan mengasihi…

Ya Allah ya Malikal mulk…

Ya Razak..ya fattahu ya alim…
Kurniakan kepada kami rezeki yang halal lagi diberkati. dan jadikanlah dengan rezeki itu kami semakin dekat dengan Mu..sebaliknya, janganlah kau jadikan kami daripada golongan yang lupa diri setelah mendapat kurniaannMu.

Ya Allah….
Bantukanlah kami dalam menjalankan urusan agama kami, Elokkanlah urusan dunia kami, yang padanya tempat kami mencari kehidupan, Elokkanlah urusan akhirat kami, yang padanya tempat kami akan kembali untuk selama-lamanya..
jadikanlah kehidupan kami ini sebagai tambahan segala kebaikan kepada kami, dan jadikanlah kematian sebagai ketenangan kepada kami dari segala kejahatan, Sesungguhnya kami ingin kembali kepada Mu dgn jiwa yg tenang….

Ya Allah ya zal jalali wal ikram…

Ya Allah….Jaganlah kau jadikan Ramadhan ini sebagai yang terakhir buat kami, temukanlah kami dengan Ramadhan yang akan datang…
Tapi, Andai ini Ramadhan terakhir buat kami, jadikankanlah puasa kami sebagai puasa yang Kau rahmati, jadikanlah Ramadhan ini paling bererti, penuh dengan cahaya iman, menerangi kegelapan hati kami menuju redha serta kasih sayangmu ya Allah…jadikanlah ramadhan ini sebagai penghapus dosa-dosa kami.. Ya Allah…temukanlah kami dengan lailatul qadr…pilihlah kami dikalangan hambaMu yang dapat beramal di malam al-Qadr….Ya Allah..terimalah amalan kami..terimalah taubah kami..ampunkanlah segala dosa kami…amankanlah kehidupan kami disana nanti yang kekal abadi…kurniakanlah kepada kami syurga Mu yg maha luas nikmatnya…

Amin Ya Rabbal Alamin.

https://hottg.com/agama_mu
Waktu-Waktu untuk Membayar Zakat Fitrah

Terdapat lima waktu untuk membayar zakat fitrah yang mana harus bagi umat Islam membayar zakat tersebut setelah masuknya bulan Ramadan, waktu wajib ialah pada malam satu syawal dan afdal pula waktunya membayar pada pagi hari raya sebelum menunaikan Solat Sunat Aidilfitri. Manakala selepas selesai solat sunat tersebut makruh pula hukumya dan melewatkan pembayaran sehingga luput satu Syawal adalah haram.

Oleh itu, setiap individu muslim hendaklah peka dan cakna terhadap kelima-lima waktu ini supaya dapat menghindari diri kita dari lewat membayar zakat.

https://hottg.com/agama_mu
Jadual Waktu Solat
📍 Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, S.Alam (Selangor)
🗓 Khamis, 28 Mac 2024
🌟 17 Ramadhan 1445H

 🌥 Imsak   : 05:57 AM
⛅️ Subuh : 06:07 AM
🌤 Syuruk : 07:13 AM
🌞 Zohor : 01:21 PM
☀️ Asar : 04:21 PM
🌙 Maghrib : 07:24 PM
⭐️ Isyak : 08:33 PM


Selamat menunaikan solat fardhu dan salam Nuzul Qur'an.
⛅️ PERINGATAN SUBUH! ⛅️

(06:07 AM) bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, S.Alam (Selangor).

🔜 Waktu Syuruk: 07:13 AM
🌞 PERINGATAN ZOHOR! 🌞

(01:21 PM) bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, S.Alam (Selangor).

🔜 Waktu Asar: 04:21 PM
☀️ PERINGATAN ASAR! ☀️

(04:21 PM) bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, S.Alam (Selangor).

🔜 Waktu Maghrib: 07:24 PM
🌙 PERINGATAN MAGHRIB! 🌙

(07:24 PM) bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, S.Alam (Selangor).

🔜 Waktu Isyak: 08:33 PM
⭐️ PERINGATAN ISYAK! ⭐️

(08:33 PM) bagi kawasan Gombak, Petaling, Sepang, Hulu Langat, Hulu Selangor, S.Alam (Selangor).

🔜 Waktu Imsak: 05:56 AM
HTML Embed Code:
2024/03/28 12:39:39
Back to Top