TG Telegram Group Link
Channel: Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia
Back to Bottom
Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia
Photo
#yayasanikhlas | Perjuangan membela mereka yang dilanda musibah kami teruskan.

Alhamdulillah sejak bermula kejadian pada 1 Mei 2024 sehingga hari ini kami masih mengikuti perkembangan kejadian musibah kebakaran yang melanda Kg Sentosa Jaya batu 3 Sandakan.

22 buah rumah hangus dalam kebakaran dan Masjid yang dibaikpulih oleh Yayasan Ikhlas pada 2021 turut terbakar dan memusnahkan hampir 90% bahagian masjid pada hari kejadian.

Para aktivitis Yayasan Ikhlas bertungkus lumus sepanjang hari ini untuk membantu meringankan beban mangsa yang terlibat.

Bantuan berbentuk alat kelengkapan diri, susu bayi, lampin pakai buang, sedikit ubat ubatan yang paling asas dan makanan kering telah diagihkan.

Terima kasih PDRM, JKM, JPAM, RELA, MPS dan Klinik kesihatan Sandakan yang telah banyak memberi kerjasama untuk memudahkan urusan kami.

Terima kasih para penyumbang kalian terus menyokong usaha ini membantu mereka yang memerlukan. Tidak lupa juga pasaraya Mydin yang turut sama menyumbang meringankan beban mangsa yang terlibat.

Ayuh salurkan sumbangan anda melalui link di bawah untuk membantu mangsa kebakaran.

Yayasan Ikhlas
Maybank: 5628 3463 6228
Rujukan: KebakaranSandakan

Sumbangan tuan puan sangat diperlukan saat ini.
https://pay.sedekahsini.com/order/form/SKYI/Sandakan

Yayasan Ikhlas Sandakan,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
Yayasan Ikhlas (YI) Malaysia
Photo
MAJLIS APRESIASI PETUGAS BARISAN HADAPAN MONSUN TIMUR LAUT 2023/2024

7 Mei 2024 - Yayasan Ikhlas diwakili oleh Jabatan Sukarelawan dan Pengurusan Bencana telah menghadiri Majlis Apresiasi Petugas Barisan Hadapan Monsun Timur Laut 2023/2024 yang telah berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi. Dalam ucapan beliau mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada semua NGO yang membantu agensi kerajaan ketika bencana banjir MTL dari bulan November 2023 sehingga Mac 2024.

Yayasan Ikhlas yang merupakan NGO Rakan NADMA juga telah diberikan sijil penghargaan atas kerjasama dan bantuan yang disalurkan sepanjang MTL 2023/2024.

Jutaan terima kasih kepada semua Sukarelawan Team Ikhlas serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dan bertungkus lumus dalam Misi Bantuan Bencana Yayasan Ikhlas sepanjang MTL 2023/2024 sehingga mendapat penghargaan ini.

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
#Tragedi - Yayasan Ikhlas Ipoh telah hadir menziarahi keluarga arwah adik Muhammad Haffizie bin Mohamad Isa, 15, setelah mendapat perkhabaran berita kematian arwah yang juga merupakan pelajar Kelas Moh Mengaji di Tapah yang dikendalikan oleh sukarelawan Yayasan Ikhlas Ipoh, Ustaz Muttaqin.

Ketika En Muhammad Isa iaitu ayah kepada arwah adik Haffizie ditemui, beliau menceritakan detik hitam tragedi yang menimpa anaknya itu berpunca akibat lemas ketika memancing bersama rakannya.

Arwah adik Haffizie merupakan anak sulung daripada 3 beradik dan sering membantu ayahnya melakukan kerja kampung sekiranya cuti sekolah.

Arwah juga sangat aktif mengikuti Kelas Moh Mengaji yang dijalankan secara percuma khusus untuk anak-anak asnaf dan masyarakat Komuniti Orang Asli di Tapah.

Pemergian arwah ini satu kehilangan besar buat keluarga dan mari kita sama-sama mendoakan arwah adik Haffizie ini ditempatkan bersama orang yang beriman.

Al Fatihah

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
#seikhlasjumaat | “Siapa sahaja yang pergi ke masjid atau pulang dari masjid dan mendahulukan amalan itu daripada perkara lain, maka Allah s.a.w akan menyediakan untuknya jamuan daripada dalam syurga setiap kali dia pergi dan pulang itu.”

(Riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

——————————————————-

Walaupun sedikit, sumbangan anda memberi sinar harapan kepada yang memerlukan. Mari bersama-sama kita menebarkan kebaikan, menerangi jalan mereka dengan kasih sayang dan kepedulian.

Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6228
Ref: Tabung Masjid

Atau klik: yikhlas.fund/tabungmasjid

Yayasan Ikhlas,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
JAMUAN HARI RAYA BERSAMA PELAJAR

Majlis perjumpaan ibu bapa pelajar pendidikan Al-Kisaie dan jamuan hari raya di bulan Syawal bersama Yayasan Ikhlas Sandakan.

Alhamdulillah telah berlangsung majlis perjumpaan bersama ibu bapa. Ini bertujuan untuk memastikan ibu bapa dan pelajar mendapat info yang jelas dan hala tuju kelas yang kita berikan untuk memastikan anak-anak di Sandakan ini sifar buta Al-quran.

Terima kasih atas sokongan semua pihak.
Salurkan sumbangan anda ke akaun

Yayasan Ikhlas
Maybank 5628 3463 6235
Ref: YI Sdk

Sumbangan Umum
https://pay.sedekahsini.com/order/form/SKYI/Sandakan

Sumbangan Bulanan
https://yikhlas.fund/Sedekah-bulanan

Yayasan Ikhlas Sandakan,
Rakan Kemanusiaan Kepercayaan Anda.
HTML Embed Code:
2024/05/12 03:07:18
Back to Top