TG Telegram Group Link
Channel: The Lisan
Back to Bottom
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Benarkah makruh orang yang belum mandi hadas besar tidur dengan tidak ambil wuduk?

JAWAPAN: Barangsiapa yang junub ia pada malam maka yang afdhal dia mandi hadas sebelum tidur supaya tidur ia dalam keadaan suci daripada hadas akan tetapi jika dia belum mahu mandi kerana berhajat mandi pada waktu subuh nescaya tidaklah berdosa akan tetapi sunat dia mengambil wuduk untuk tidur pada malam itu. Jika dia tidur tanpa mengambil wuduk maka hukumnya adalah makruh.

Berkata Syeikh Zakaria Al-Ansari:

وفي الصَّحِيحَيْنِ كان النبي صلى اللَّهُ عليه وسلم إذَا أَرَادَ أَنْ يَنَامَ وهو جُنُبٌ غَسَلَ فَرْجَهُ وَتَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ وكان صلى اللَّهُ عليه وسلم إذَا كان جُنُبًا فَأَرَادَ أَنْ يَأْكُلَ أو يَنَامَ تَوَضَّأَ وُضُوءَهُ لِلصَّلَاةِ
وقيس بالجنب الحائض والنفساء إذا انقطع دمهما وبالأكل والشرب والحكمة في ذلك تخفيف الحدث غالبا والتنظيف وقيل لعله ينشط للغسل

Maksudnya: “Dan tersebut pada kitab sahih Bukhari & Muslim adalah Nabi SAW apabila hendak tidur dalam keadaan junub beristinjak dulu dan mengambil wuduk seperti wuduk bagi sembahyang. Dan adalah Nabi SAW apabila sedang junub dan hendak makan atau tidur nescaya mengambil ia akan wuduk seperti wuduk untuk sembahyang. Dan diqiaskan dengan junub itu akan perempuan yang haidh dan nifas apabila telah putus oleh darahnya dan diqiaskan dengan makan itu akan minum. Dan hikmah yang demikian itu ialah meringankan hadas dan membersihkan diri. Dan kata setengah ulamak hikmahnya ialah merajinkan bagi mandi.” [Kitab Asnal Matalib]

Wallahua’lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Saya seorang isteri yang bekerja dengan izin suami saya dan mempunyai pendapatan bulanan. Yang menjadi persoalan ialah suami saya membuat peraturan yang mana dia akan simpan separuh dari gaji yang saya terima dan separuh lagi untuk perbelanjaan tapi saya tidak setuju.

Adakah suami berhak atas duit isteri?

JAWAPAN: Peraturan syarak menetapkan dalam pendapatan isteri itu suami tidak ada hak atasnya manakala dalam pendapatan suami itu isteri ada hak atasnya.

Tersebut pada kitab Al-Mausu’atul Fiqhiyah:

ذهب جمهور الفقهاء (الحنفيّة والشّافعيّة وهو الرّاجح عند الحنابلة) إلى أنّ المرأة البالغة الرّشيدة لها حقّ التّصرّف في مالها، بالتّبرّع، أو المعاوضة، سواء أكانت متزوّجةً، أم غير متزوّجة. وعلى ذلك فالزّوجة لا تحتاج إلى إذن زوجها في التّصدّق من مالها

Maksudnya: “Telah berjalan oleh majoriti ulamak mazhab Hanafi dan Syafie dan yang paling kuat disisi mazhab Hanbali kepada bahawasanya perempuan yang telah baligh dan cerdik adalah dia berhak membelanjakan hartanya sendiri dengan bersedekah atau berjual beli samada perempuan tersebut sudah berkahwin atau belum berkhawin. Dan atas yang demikian itulah tidak wajib atas perempuan itu meminta izin suaminya jika dia hendak bersedekah.”

Kesimpulan
Jika isteri tidak bersetuju wangnya diambil oleh suami maka suami tidak boleh mengambilnya.

Isteri boleh membelanjakan wangnya sendiri tanpa wajib meminta izin suaminya terlebih dulu tetapi sunat isteri memberitahu suaminya tentang perbelanjaannya.

Ada pun jika isteri mahu berbelanja wangnya sendiri kepada perkara lagha atau perkara maksiat maka suami ada hak melarangnya dan isteri wajib taat apabila suaminya melarang pada masalah seperti ini.

Wallahua’lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah boleh membawa masuk ke dalam tandas telefon pintar yang ada di dalamnya aplikasi Quran?

JAWAPAN: Dilarang membawa suatu yang ada tertulis padanya ayat-ayat Quran atau hadis atau nama-nama Allah dan yang seumpamanya.

Oleh itu jika ada di dalam telefon seseorang aplikasi Al-Quran dan hendak dibawa masuk ke dalam tandas nescaya hendaklah ditutup dahulu sampai hilang segala ayat-ayat Quran dari paparan pada telefonnya itu.

Tersebut pada kitab I’anah At-Talibin:

{قوله وينحى الخ } أى ويندب له ان ينحى أى يزيل منه شيء الذي كتب عليه معظم وذلك لما صح أنه صلى الله عليه وسلم كان إذا دخل الخلاء وضع خاتمه وكان نقشه محمد رسول الله، محمد سطر ورسول سطر والله سطر وفي مغني مانصه وهذ الأدب مستحب

Maksudnya: “Disunatkan baginya menghilangkan suatu yang tertulis padanya suatu yang dimuliakan kerana Nabi SAW adalah apabila memasuki tandas ditanggalkan dulu cincinnya yang tertulis Muhammad Rasulullah.”

Wallahua’lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika seorang sedang duduk membaca tahyat kemana matanya kena lihat dan masa mana angkat jarinya?

JAWAPAN: Ketika duduk membaca tahyat disunatkan meletakkan kedua tapak tangannya di atas pahanya dan digenggam jari kanannya melainkan jari telunjuknya diluruskan mengadap kiblat.

Apabila membaca syahadah maka diangkat jari telunjuk sampai kepada salam.

Ada pun matanya hendaklah ditumpukan kepada jari telunjuknya itu dari awal tahyat sampai kepada akhirnya.

Jika jari telunjuknya tidak boleh diangkat sebab sakit umpamanya maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain.

Berkata Imam Nawawi:

قال أصحابنا : يشير عند قوله : ( إلا الله ) من الشهادة ، ويشير بمسبحة اليمنى لا غير ، فلو كانت مقطوعة أو عليلة لم يشر بغيرها لا من الأصل باليمنى ولا اليسرى ، والسنة أن لا يجاوز بصره إشارته ، وفيه حديث صحيح في سنن أبي داود ويشير بها موجهة إلى القبلة ، وينوي بالإشارة التوحيد والإخلاص . والله أعلم .

Maksudnya: “Dan telah berkata Ashab kami disunatkan mengisyaratkan ketika membaca إلا الله dalam syahadah dan hendaklah isyarat itu hanya dengan jari telunjuk tiada dengan jari lain. Maka andainya jari telunjuk seorang itu terpotong atau sakit maka tidak perlu diisyaratkan dengan jari yang lain samada kanan atau kiri.

Dan sunat matanya sentiasa meilhat isyarat jarinya itu. Dan pada hadis yang sahih pada sunan Abi Daud mengisyarat dengannya dianjurkan ke arah kiblat dan berniat dengan isyaratnya itu akan mengesakan Allah dan ikhlas.” [Kitah Syarah Sahih Muslim]

Wallahua'lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from MX LEGACY (Ukir Nama,Logo dan Gambar) (wnmuhdfirdaus)
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah harus orang Islam meminati pelakon atau penyanyi yang bukan Islam dan adakah ini dinamakan menyerupai orang bukan Islam?

JAWAPAN: Tidak haram orang Islam suka kepada sesuatu yang tidak haram yang dilakukan oleh orang kafir seperti sukakan melihat kepandaiannya bermain bola atau kehebatannya melukis atau bakatnya berlakon.

Yang diharamkan ialah meniru perangai orang kafir yang diminatinya itu seperti apabila yang diminatinya itu suka bercakap lucah maka dia ikut sama bercakap lucah atau yang diminatinya itu berpakaian mendedahkan aurat maka diikutnya sama atau yang diminatinya itu bebas bergaul lelaki perempuan maka dia pun ikut sama kerana minat yang sangat maka minat seperti ini adalah haram.

Berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar:

قَالَ الشَّيْخُ أَبُوْ مُحَمَّدٍ بْنُ أَبِي حَمْزَةَ نَفَعَ اللهُ مَا مُلَخَّصُهُ ظَاهِرًا لِلَفْظِ الزَّجْرِ عَنِ التَّشَبُّهِ فِي كُلِّ شَيْئٍ، كَذَا عُرِفَ مِنَ اْلأَدِلَّةِ اْلأُخْرَى أَنَّ الْمُرَادَ التَّشَبُّهُ فِي الزِّيِّ وَبَعْضِ الصِّفَاتِ وَنَحْوِهَا لاَ التَّشَبُّهُ فِي أُمُوْرِ الْخَيْرِ.

Maksudnya: “Telah menyebut oleh Syeikh Abu Muhammad bin Hamzah menurut zahirnya adalah dilarang dari menyerupai orang kafir dalam setiap hal yang bersamaan juga dalil-dalil yang lain. Yang dikehendaki dengan menyerupai orang kafir itu ialah pada cara berpakaian dan berhias dan beberapa sifatnya atau seumpamanya. Dan bukanlah larangan itu pada perkara kebaikan.” [Fathul Baari]

Kesimpulan
Haram meniru perbuatan orang kafir yang bersalahan pada syarak samada kerana minat atau seumpamanya.

Jika meminati seseorang yang bukan Islam yang pandai atas melakukan sesuatu maka cukuplah sekadar pada bakatnya atau kepandaiaannya dan jangan diikut akan akhlaknya atau perangainya atau gaya hidupnya kerana orang Islam wajib berperangai dan berakhlak, berpakaian seperti orang Islam.

Wallahua’lam

Follow Instagram:
instagram.com/firdausraizen

@wnmuhdfirdaus
Forwarded from _UmmuAbiha_
Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagaimana firman-Nya :
 
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا تُوبُوا إِلَى اللَّهِ تَوْبَةً نَصُوحًا عَسَىٰ رَبُّكُمْ أَنْ يُكَفِّرَ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ
 
وَيُدْخِلَكُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ يَوْمَ لَا يُخْزِي اللَّهُ النَّبِيَّ وَالَّذِينَ آمَنُوا مَعَهُ
 
نُورُهُمْ يَسْعَىٰ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا أَتْمِمْ لَنَا نُورَنَا وَاغْفِرْ لَنَا إِنَّكَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
 
Maksudnya:

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-Mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

- Al-Tahriim [66] : 8
Doa Pagi Hari: Mohon Ilmu, Rezeki, dan Amal yang Diterima.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلاً مُتَقَبَّلاً

“Ya Allah, sungguh aku memohon kepadaMu ilmu yang manfaat, rezeki yang baik dan amal yang diterima.”
(HR. Ibnu As-Sunni dan Ibnu Majah).

@TheLisan
"Di dalam setiap detik kehidupan, renungkanlah kebesaran Allah. Setiap ujian adalah ujian keimanan, dan setiap kesabaran adalah ibadah. Dalam perjalanan hidup, biarkan taqwa dan kebijaksanaan Islam menjadi pemandu setiap langkahmu. Sesungguhnya, rahmat-Nya meliputi segala sesuatu."

@TheLisan
It can be challenging when someone you deeply care about doesn't reciprocate those feelings. Remember that your worth is not solely determined by one person's response. Focus on caring for yourself, finding support from others, and engaging in activities that bring you fulfillment and joy. Sometimes, self-love and personal growth can be powerful sources of strength.

@TheLisan
Hujan adalah pelukan langit yang lembut, menyentuh tanah dengan rahmatnya. Dalam setiap tetesnya, terdapat cerita yang tak terungkap. Seperti air yang turun, kadang kehidupan kita juga butuh hujan untuk membersihkan luka-luka dan menyuburkan harapan yang tumbuh di dalam hati. Jangan takut hujan, karena di balik setiap tetesnya, mungkin ada keindahan yang menunggu untuk diungkapkan.

🌈

@TheLisan
Tidak ada hari yang sama dua kali. Setiap pagi adalah kesempatan baru untuk menciptakan kisah yang berbeda. Jadikan hari ini sebagai lembaran yang penuh warna, penuh tawa, dan penuh arti. Nikmati setiap momen, karena hari ini tidak akan datang lagi.

🌟

@TheLisan
"Setiap hari adalah panggung bagi perjuangan dan kisah kerja. Dalam setiap tugas, kita menari di atas notasi waktu. Meski terkadang lelah menghampiri, tapi pada akhirnya, setiap upaya adalah sebuah harmoni yang membentuk lagu kesuksesan."

💼🎶

@TheLisan
Motivation is what makes you do something, but discipline is what makes you keep doing it.

@TheLisan
Ideas remain as ideas until they are accompanied by action.

@TheLisan
Lidahmu jangan kau biarkan menyebut kekurangan orang lain.
Kerana kau juga mempunyai kekurangan dan orang lain juga mempunyai lidah.

@TheLisan
Allah tidak akan menyegerakan sesuatu kecuali itu yang baik dan tidak pula melambat-lambatkan sesuatu kecuali yang terbaik.

@TheLisan
Jika itu perih, itu melatih.
Jika itu menyakitkan, itu mengajarkan.

@TheLisan
Emosi mcm laut, boleh berenang tapi jangan tenggelam.

@TheLisan
Forwarded from PROJEK MOAZ (moaz)
Istimewa untuk para subscriber
Orang yang gagal adalah orang yang tidak melakukan apa-apa.

@TheLisan
HTML Embed Code:
2024/04/26 02:26:37
Back to Top