TG Telegram Group Link
Channel: Tarbiah_'Athifiyah ❤️
Back to Bottom
Forwarded from Nota Musaddad
Antara doa para salaf:

اللهُمّ أعِزَّني بِطاعتِكَ، ولا تُذِلَّني بمعصيَتِكَ.

"Wahai Allah, muliakan daku dengan mentaati-Mu. Jangan Dikau hinakan daku dengan kemaksiatan kepada-Mu."
Tarbiah_'Athifiyah ❤️ pinned «https://youtu.be/z2Cpy23obBg»
Nasihat buat para pelajar Pondok Moden Al-'Abāqirah.

Banyak perkara yang kita ucapkan atau tulis dalam kehidupan seharian kita.

Boleh jadi ia bermanfaat dan boleh jadi ia hanyalah mudharat yang semakin hari semakin melarat. Melayan perdebatan atau provokasi dari seseorang hanya membuang masa kalian.

Dari al-Rabī' bin Khuthaim رحمه الله :

Tidak ada kebaikan pada percakapan melainkan pada sembilan tempat :

* Tahlīl
* Takbīr
* Tasbīh
* Tahmīd
* Memohon kebaikan
* Memohon perlindungan dari kejahatan
* Mengajak kebaikan
* Menegah kemungkaran
* Membaca al-Qurān

(Al-Shamt, Ibn Abī al-Dunyā, hlm. 246)

Apabila kamu ingin menggerakkan jari jemarimu sebagai keyboard warrior atau membelitkan lidahmu selaku pendebat terhebat, ingatlah sama ada apa yang kamu lakukan itu terkandung dalam 9 perkara ini atau ia hanyalah satu perkara sia-sia yang kamu sedang usahakan.
Forwarded from Nota Musaddad
Ibrahim b. Adham (w. 777M) mengirim surat kepada Sufyan b. Sa'id al-Thawri (w. 778M),

مَن عرف ما يطلبُ، هانَ عليه ما يبذل.
"Orang yang mengenali cita-citanya, segala pengorbanan menjadi remeh."

• • • • •

Ibn al-Wardi (w. 1349M), pakar sejarah dan fiqh, mengungkapkan yang hampir sama ketika bersenandung menasihati penuntut ilmu,

واهـجرِ النَّومَ وحصِّلهُ فمنْ
يعرفِ المطلوبَ يـحقرْ ما بَذَلْ
"Korbankan tidurmu, usahakan mencapai ilmu. Kerana sesiapa
yang menyedari kemuliaan ilmu, dia akan meremehkan pengorbanannya."

• • • • •

Friedrich Nietzsche (m. 1900M) penggiat sejarah Jerman berkata, "He who has a why can bear almost any how."

Musaddad Shaʿlami
Forwarded from The Garden of Al-Quran
“Adab ketika bermesej :

Apabila kita menghantar mesej, maka janganlah beri salam kemudian menunggu jawabnya. Bahkan beri salam kemudian terus kepada topiknya.

Faedah fiqh : Barangsiapa yang beri salam kepada kamu secara bertulis, maka tidak wajib di sisi syarak untuk membalas salam secara bertulis. Ya, disunatkan untuk menjawab salam namun secara berlafaz sahaja”
Forwarded from Khalil al-Khair
[ALLAH AL-AZIZ]

من كان يريد العزة فإن العزة لله جميعا
Qs Fathir : 10

99 kali diulang dalam Quran

Makna Umum : Angkuh , tidak dibendung , Kasar , keras , dukungan , semangat , membangkang , Kekukuhan , kemantapan dan kekuatan


. عزّ- يعُزّ Mengalahkan

⁃ Allah tidak dapat dikalahkan sesiapa pun
⁃ Al Aziz ( Maha perkasa )


عزّ-يعِزّ sangat jarang atau sedikit

bahkan tiada samanya
⁃ rare , tiada yg sama dengan Dia

عزّ- يعَزّ menguatkan sehingga tidak
dapat dibendung atau diraih

-Dia begitu tinggi sehingga kehinaan dan kerendahan tidak dapat menyentuhnya



Cara beramal dengan Nama Allah Al - Aziz ( Maha Mulia )

◦ Menjaga kemuliaan dan harga diri
⁃ tidak minta2
⁃ tidak menyusahkan orang lain
⁃ berdiri atas kaki sendiri
⁃ membalas budi
⁃ buat serupa dengan perkataan
⁃ baca kisah orang2 perkasa (salafusoleh)
⁃ doa dengan Nama Allah Al-Aziz

"Termasuk azab Allah adalah Dia menghilangkan harga diri seseorang dari pandangan manusia sehingga mereka meremehkan dan menghinakannya sebagaimana dia telah meremehkan dan menghinakan perintah Allah. Ketahuilah, Rabb kita mencintai seseorang menurut kadar cinta dia kepada-Nya. Manusia takut kepadanya menurut kadar ketakutan dia kepada Allah. Manusia memuliakannya menurut kadar penghormatan dia kepada Allah." (Ibnul Qayyim Al-Jauziyah)
Forwarded from Khalil al-Khair
HUBUNGAN ANTARA ( فَخَّار ) dan ( التفاخر )

( فَخَّار )
bermaksud tembikar yang diperbuat daripada tanah . Allah telah menyebut perkataan ini di dalam Quran untuk menceritakan asal kejadian manusia .

Firman Allah :

خلق الإنسان من صلصال كالفخار

" Dia menciptakan manusia daripada tanah kering seperti tembikar "

QS Ar-Rahman : 14

( التفاخر )
pula bermaksud bangga atau bermegah-megah . Allah telah menyifatkan sikap manusia itu yang suka berbangga dengan kehidupan dunia dan berusaha untuk menunjukkan kemegahan mereka antara satu sama lain .

Firman Allah :

اعلموا أنما الحياة الدنيا لعب ولهو وزينة وتفاخر بينكم ....

" ketahuilah , sesunggunhya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurau dan saling berbangga antara kamu "

QS Al-Hadid : 20

Tembikar ( فَخَّار ) apabila diketuk menghasilkan bunyi kuat dan nyaring seakan - akan menunjukkan bangganya terhadap kenyaringan dan ketinggian bunyi yang dihasilkan padahal ia hanyalah bekas yang kosong dan tidak mempunyai apa-apa .

Begitulah juga seperti manusia , berbangga dengan kelebihan yang dimilikinya padahal mereka bukanlah apa-apa melainkan manusia dari tanah .

Ada satu cara untuk mengurangkan atau menghilangkan kenyaringan tembikar itu iaitu dengan mengisinya dengan air . Begitulah juga dengan diri manusia itu sendiri perlu memenuhkan jiwa mereka dengan ilmu dan taqwa agar mereka merendah diri dan hanya takut kepada Allah .

Firman Allah ,

إنما يخشى الله من عباده العلماء

" Orang yang takut kepada Allah itu hanyalah orang yang berilmu " .

QS Fathir : 28

Semoga bermanfaat
Forwarded from Khalil al-Khair
Ummu Ma'bad : Wanita yang menggambarkan sifat Rasulullah Saw

Tubuh badan dan pekerti Rasulullah SAW tidak pernah berhenti dibincangkan dan diajar kepada seluruh manusia. Manakan tidak susuk tubuh manusia yang sempurna ini telah menguasai hati-hati manusia supaya mencintainya dan mengikutinya.

Oleh itu, kita dapati para Ulama' menulis berbuku-buku untuk menggambarkan keindahan Rasulullah secara fizikalnya mahupun akhlak seperti Kitab Syamail Muhammadiyyah karya Imam Tirmidzi RH.

Kali ini, saya tertarik untuk berkongsi sebuah kisah. Kisah yang saya rasa agak jarang dikongsikan . Kisah mengenai Ummu Ma'bad seorang perempuan tua yang menjelaskan secara terperinci sifat dan ciri-ciri Rasulullah. Bagi saya , Gambaran Ummu Ma'bad ini boleh dikatakan paling lengkap, ringkas dan padat.

Jom ikuti kisah tersebut!

Dalam perjalanan Rasulullah berhijrah ke Kota Madinah bersama Abu Bakar, Mereka telah melewati sebuah perkhemahan milik seorang perempuan tua bernama Ummu Ma'bad di wilayah Qudaid ( antara makkah dan madinah)

Bekalan yang dibawa oleh Rasulullah dan Abu Bakar untuk berhijrah sangat sedikit mendorong mereka untuk singgah ke khemah Ummu Ma'bad yang kebetulan sedang duduk di khemahnya.

Mulanya, Rasulullah ingin membeli daging dan kurma dari Ummu Ma'bad namun wilayah Qudaid kebetulan pada waktu itu sedang berada dalam krisis makanan.

Kebetulan Rasulullah terlihat seekor kambing betina berdekatan khemah Ummu Ma'bad lalu bertanya , " Kambing betina apa ini , Ummu Ma'bad " ?

Ummu Ma'bad menjawab , " Kambing betina tua yang ditinggalkan kambing jantan".

Rasulullah bertanya kembali, " Apakah Ia masih keluarkan susu ?
"

Ummu Ma'bad menjawab,
"Langsung tiada susunya".

Lalu Rasulullah pun minta izin untuk perah susu kambing tersebut.
Ummu Ma'bad kata, jika kau rasa kau boleh buat , silakan.

Rasulullah pun mengusap kantung susu kambing tersebut dan berdoa kepada Allah akannya.

Tiba-tiba kambing tersebut buka kedua kakinya dan keluarlah susu dengan deras. Rasulullah pun mintalah bekas besar dan diisinya susu sehingga penuh.

Maka ,air susu tersebut diminum oleh rombongan Rasulullah dan Ummu Ma'bad sendiri sehingga habis. Kemudian , sekali lagi Rasulullah memerah susu sehingga penuh bekas dan kali ini ditinggalkan untuk Ummu Ma'bad. Setelah itu Ummu Ma'bad pun berbait kepada Rasulullah dan Baginda teruskan perjalanan hijrah.

Tak lama setelah itu, suami ummu Ma'bad pulang dengan bawak kambing kurus kering. Dia terkejut melihat air susu yang banyak dan bertanya kepada isterinya dari mana datang air susu tersebut.

Maka, mulalah Ummu Ma'bad mengisahkan tentang lelaki luar biasa yang ditemuinya tadi.

" Sesungguhnya, seorang yang penuh berkah telah datang ke tempat kita tadi, sifatnya begitu dan begitu".

Ceritalah lagi kepadaku tentangnya!, kata suami Ummu Ma'bad.

"Aku melihat seorang yang tawadhu (rendah hati). Wajahnya bersinar berkilauan, baik budi pekertinya, badannya tegap, bentuk kepalanya indah dan sesuai dengan bentuk tubuhnya.''

Beliau berwajah sangat tampan. Matanya elok, hitam dan lebar, dengan alis dan bulu mata lebat nan halus. Suaranya bergema indah, tidak kuat tak juga perlahan bahkan berwibawa, panjang lehernya ideal, janggutnya tumbuh tebal , warna rambut hitam pekat , rapi jambangnya dan bercantum dengan rambut.

Jika beliau diam, nampaklah kewibawaannya. Jika ia berbicara nampaklah kehebatannya. Jika dilihat dari kejauhan, beliau adalah orang yang paling bagus dan berwibawa. Jika dilihat dari dekat, Beliau adalah orang yang paling tampan, bicaranya mudah, jelas, tidak banyak dan tidak pula sedikit. Nada bicaranya seperti untaian mutiara yang berguguran.

Beliau berperawakan sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek. Beliau bagaikan sebuah dahan di antara dua dahan (paling menonjol). Di antara ketiga orang itu, penampilannya paling bagus dan kedudukannya paling tinggi.

Beliau memiliki banyak teman yang mengelilinginya. Jika beliau berbicara, maka yang lain pun mendengarkannya. Jika beliau memerintah, maka mereka segera melaksanakannya.
Forwarded from Khalil al-Khair
Beliau adalah orang yang ditaati, tidak bermasam muka dan bicaranya tidak sembarangan.

Abu Ma'bad berkata " Demi Allah dia adalah orang yang sedang dibicarakan Quraisy di kota Makkah. Sungguh aku akan cari jalan untuk berjumpa denggannya dan menjadi sahabatnya.

Begitulah Nabimu sahabat sekalian. Keindahan luaran dan dalaman baginda telah memukau manusia. Bayangkan seorang itu mampu "describe" satu sosok dengan begitu terperinci hanya dengan pertemuan yang seketika. Pasti ada keindahan luar biasa yang memukau Ummu Ma'bad. Itulah Baginda , manusia yang terhimpun padanya kecantikan zahir dan batin.☺️

اللهم صلي على نبينا محمد وعلى ال نبينا محمد كما صليت على إبراهيم وعلى آل إبراهيم إنك حميد مجيد اللهم بارك على محمد وعلى آل محمد كما باركت على إبراهيم وعلى ال إبراهيم في العالمين إنك حميد مجيد

KHALIL AL-KHAIR
03 NOV 2022
08 RABI'UL AWAL 1444H
HTML Embed Code:
2024/05/16 23:02:55
Back to Top