TG Telegram Group Link
Channel: Sis's Lovette
Back to Bottom
mengapa dan entah bagaimana; titik titik air hujan yang berjatuhan selalu membawa sentuhan kenangan lalu membekas dengan rindu.
Tuan, saya rindu.
Bercerita tentang rindu; hari ini, kemarin dan hari hari sebelumnya, aku merindukan susuk yang sama.

Masih tentangmu, dan sepertinya akan selalu.
hari ini, bertambah lagi kisah kita untuk kesekian kalinya. hari hari berjalan tanpa terasa, dan kau, masih ada di sini. kisah kita mungkin tidak selalu mudah sebelumnya, dan pastinya sampai nanti, akan ada rintangan dan ujian dalam pelbagai bentuk yang tak pernah kita duga. tapi, tetaplah di sini bersamaku. mari berdamai dengan diri sendiri, lalu tetap memilih jalan yang sama denganku.

terima kasih sudah memilih untuk bersama. semoga ini selamanya.
tidak semua rasa harus selalu sampai. tak semua kisah dibiarkan selesai. beberapa hal memang tak bisa dijelaskan kerana semesta berkendak demikian. tak perlu ada pengakuan mahupun penjelasan. yang bisa dilakukan hanyalah.. merasakan.

aku; bercakap dengan kesunyian; dengan bibir yang tak pernah berbicara. dengan hati yang tak pernah berhenti merasa.
Masih.

Kamu, orang yang aku ingin berkongsi khabarku dan temanku berbicara. Kamu, orang yang diam-diam membuatku tersenyum manis hanya dengan mengingat gelagat mu. Kamu, orang yang inginku berbagi cerita, tangis & tawa.

Maafku andai perlakuanku menimbulkan bibit kecurigaan dihatimu. Masih kamu, dan akan selalu kamu, Tuan.
kupilih untuk cukup sekadar mendengarkan. sebab di sana, ada hal-hal yang benar benar rumit yang tidak(akan pernah) ku fahami.

semoga nanti, semua hal-hal menyakitkan yg ku rasakan ini berakhir. entah kerana aku berjaya memerdekakan diri, atau kerana waktuku yg telah habis di dunia ini.
kepadamu tuan,
aku terlalu ingin menyatakan kepadamu bahawa aku merinduimu, aku merindui 'kita'. namun, sedaya upayaku menyembunyikan segala sesuatu perasaanku kerana tiada lagi kita. hanya aku. dan kamu. bukannya aku tidak pernah memintamu untuk bertahan, tapi bagaimanapun aku meminta, kau tetap memilih pergi. meninggalkan semua cerita dan mimpi-mimpi yang pernah kita cuba untuk raih bersama.

sosokmu yang aku kira rumah, ternyata tidak lebih dari tempat singgah. kamu yang menemaniku hingga di titik terendah, nyatanya meninggalkanku hingga aku binggung bagaimana cara untuk bangkit kembali.

tidak apa apa tuan, aku baik baik saja. hanya saja, rindu ini sudah terbiasa singgah dihati. yang kemudiannya aku luahkan melalui air mata, dan sedikit tulisan tentangmu.
aku begitu pandai berpura-pura menyembunyikan apa sahaja suasana yang dirasakan hatiku. tapi tidak untuk rindu ini.

tuan, aku sedang menunggu kepulanganmu. aku tak cukup kuat untuk menahan segelintir rindu yang amat meminta ini. aku tau rutin harian mu padat dan keutamaan mu bukan lagi aku. namun, sesekali bolehkah aku memerlukanmu seperti ini? maaf tuan, aku hanya ingin kau tahu bahawa aku rindu. semoga kau juga.
sejujurnya akupun malu menuliskan tentangmu hampir disetiap hariku. namun aku bisa apa? rindu yang begitu sesak ini menuntut jemariku untuk menuliskannya. dan perlahan-lahan menyimpan harap, barangkali kau membacanya dan kaupun berbalik merindukanku. sekalipun aku tahu semua itu mustahil.
kalau ku ingat-ingat lagi, awal kisah kita begitu indah. walau ketika itu jarak memisahkan kita, entah apa yang membuat kita begitu 'dekat'. sampai akhirnya ku persembahkan hatiku hanya kepadamu. katamu, 'selama-lamanya'

sayangnya, itu dulu. kini kita begitu asing. hanya tinggal ingatan-ingatan kepadamu yang sering kali menyapa.
ku susun kata kata indah untuk meluahkan perasaan rindu ini, tapi hanya mampu tersimpan di dalam hati.
i miss you. i miss us
surat untuk tuan

tuan, rasanya terlalu lama kita tidak saling berkhabar. aku juga sama sekali tidak ingin memulakan perbualan. ah, entah apa sebabnya. meski tidak kau baca, surat ini adalah untukmu; tuan

bagaimana khabarmu? baikkah keadaanmu? nyenyakkah tidurmu? bahagiakah dirimu?

andai kau tau tuan, kepergianmu membawa rinduku, juga separuh jiwaku dibawa olehmu membuat diriku layu
tetapi sungguh tak mengapa tuan, kurasa kini aku telah 'bersedia' dengan kehilanganmu,

tidak mengapa, aku simpan rapi rinduku, bersendirian
aku berhenti menunggu bukan kerana aku sudah tidak inginkan kedatanganmu. tetapi kerana kau sudah tak kunjung tiba sekian lamanya.
sungguh tidak adil rasanya tuan. kau masih berlegar legar diisi kepalaku. sedangkan kau sudah begitu bahagia bersama dia.
semuanya terlihat biasa, kan?
betul, yang berubah hanya perasaanmu.
HTML Embed Code:
2024/03/29 01:38:22
Back to Top