TG Telegram Group Link
Channel: NASIHAT² KEHIDUPAN
Back to Bottom
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
085 of 365 🗓 ISNIN 💕 14 RAMADHAN 1445H 25 MAC 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏

Ada seorang guru yang berpesan kepada anak muridnya

"Jangan engkau tinggalkan membaca Al-Quran, semakin banyak engkau membacanya, engkau akan mendapati urusanmu akan bertambah mudah".

Lalu anak murid itu mengikut apa yang dinasihatkan oleh gurunya, pada permulaannya dia mampu membaca 3 juz Al-Quran sehari,

Lalu dari hari kehari, jumlah helaian yang mampu dibacanya bertambah, dan dia mendapati urusannya semakin dipermudahkan oleh Allah,

Kemudian dia bertanya kepada gurunya "wahai guruku, aku mendapati jumlah helaian Al-Quran yang mampu aku baca semakin meningkat, sedangkan aku seorang yang sibuk dengan kerjaku"

Maka gurunya berkata "waktu seharianmu menjadi berkah, kerana banyaknya engkau membaca Al-Quran, engkau terasa seakan-akan mampu melakukan banyak urusanmu walaupun hanya waktu yang singkat.."

Subhanallah..
Melalui kisah tadi sudah membuktikan bahawa, apabila kita membaca Al-Quran waktu kita menjadi lebih berkah.

Secara logiknya, bila kita membaca banyak helaian al-Quran, ia akan mengambil masa yang lama bukan??

Mesti hanya sedikit waktu yang berbaki, sehingga kita hanya mampu melakukan hanya sedikit urusan lain, tetapi..

Semakin banyak al-Quran kita baca, kita akan mendapati semakin banyak pula urusan yang mampu kita lakukan.

Bukan kerana waktu 24 jam itu bertambah, tetapi kerana berkahnya waktu, dan kerana urusan kita dipermudahkan oleh Allah Sang Penjaga masa kita.

Rasulullah Sallallahu alai'hi wassalam bersabda;

Barangsiapa yang bangun di pagi hari, dan hanya dunia yang difikirkan olehnya, sehingga seolah-olah ia tidak melihat hak Allah keatas dirinya, maka Allah akan menanamkan 4 penyakit padanya:

1- Kebingungan yang tiada putusnya.
2- Kesibukan yang tidak ada hujungnya.
3- Keperluan yang tidak pernah merasa cukup.
4- Angan-angan yang tiada penghujungnya.

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K804
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️ TARIKH ISLAM ☪️
🌙  14 RAMADHAN 1445H
🗓  25 MAC 2024
📌  ISNIN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Rasulullah SAW Amat Pemurah Melakukan Kebajikan


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ النَّاسِ بِالْخَيْرِ وَكَانَ أَجْوَدَ مَا يَكُونُ فِي شَهْرِ رَمَضَانَ إِنَّ جِبْرِيلَ عَلَيْهِ السَّلَام كَانَ يَلْقَاهُ فِي كُلِّ سَنَةٍ فِي رَمَضَانَ حَتَّى يَنْسَلِخَ فَيَعْرِضُ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْقُرْآنَ فَإِذَا لَقِيَهُ جِبْرِيلُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَجْوَدَ بِالْخَيْرِ مِنْ الرِّيحِ الْمُرْسَلَةِ

Daripada Ibnu Abbas RA dia berkata;

"Rasulullah SAW adalah orang yang paling pemurah melakukan pelbagai kebaikan. Kemurahan Baginda SAW akan bertambah menjelangnya bulan Ramadhan. Kerana setiap tahun Jibril selalu menemui baginda tiap-tiap malam, hingga habis bulan Ramadhan. Rasulullah SAW memperdengarkan bacaan Quran kepadanya (dan Jibril menyemak). Apabila Jibril mendatanginya, baginda lebih banyak lagi berbuat kebajikan melebihi angin yang berhembus."

(Sahih Muslim No: 2308)
Dar Ihya Kutub Arabiyyah

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Ramadhan adalah kesempatan yang amat berharga untuk menggandakan amalan kebaikan kerana salah satu hakikat ibadah puasa ialah sifatnya yang peribadi dan merupakan rahsia antara seorang hamba dengan Pencipta-Nya. Segala kelebihan yang ada pada bulan Ramadhan bukanlah bermakna bahawa seseorang itu hanya perlu menumpukan ibadahnya pada bulan Ramadhan sahaja dengan tidak beramal pada bulan yang lain, tetapi hendaklah dijadikan sebagai satu perangsang dan momentum memulakan satu titik perubahan ke arah yang lebih baik.

2.  Antara amalan kebaikan yang selalu dilakukan oleh Nabi SAW pada bulan Ramadhan adalah bersedekah dan bertadarus al-Qur’an. Setiap Muslim dituntut membaca al-Qur’an pada setiap hari, terutamanya pada bulan Ramadhan yang mulia ini kerana dengan bertadabbur makna dan kandungan al-Qur’an akan meningkatkan keimanan dan kekayaan hati ke arah kebaikan.

3.  Marilah kita bersama-sama mengisi kedatangan Ramadhan ini dengan penuh keinsafan dan memperbanyakkan bersedekah, membaca, dan mentadabur al-Quran kerana pada bulan ini adalah bulan yang dipenuhi keberkatan serta dihidangkan di dalamnya dengan pelbagai amal ibadah yang pahalanya digandakan.

4.  Konsep "memberi"  (bersedekah)  harus diterapkan secara maksimum bukan sahaja sepanjang Ramadan bahkan di bulan lain kerana bersedekah memberikan pengaruh yang baik pada peribadi - menghakis sifat kedekut dan mempereratkan ikatan kemesraan anggota masyarakat tanpa mengira taraf dan kedudukan seseorang itu.

5.  Sedekah yang diterima dan bernilai di sisi Allah adalah sedekah yang ikhlas, bukanlah untuk menunjuk-nunjuk. Harta yang kita infak tetap akan kekal pahalanya, namun harta yang tinggal pada kita belum tentu mendatangkan manfaat dan pahala.

مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ

“Apa saja yang ada di sisimu (wahai manusia) akan habis, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal” (an-Nahl: 96)

6.  Tadarus al-Quraan juga antara amalan yang digalakkan agar dapat menyemak bacaan yang betul.

25hb Mac 2024
14hb Ramadan 1445H


@quotephotovideo 📚📚📚
Isnin, 14 Ramadhan 1445H ~

aL-QURAN JUZUK 14


QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَصَحْبِهِ وَسَلِّمَ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
086 of 365 🗓 SELASA 💕 15 RAMADHAN 1445H 26 MAC 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏

PUASA YANG TIDAK DITERIMA

Saudaraku...

Rasulullah صلى الله عليه و سلم bersabda :

"Betapa banyak orang yg telah berpuasa, namun dia "tidak mendapatkan" (pahala) dari Puasanya itu, Kecuali rasa lapar dan dahaga semata" (HR.An-Nasaa'i no.3249 dalam as-Sunan al-Kubra, Ibnu Majah no. 1690, & Ahmad no. 9683, hadits dari Abu Hurairah, Shahiihut Targhiib no. 1083)

"Puasa itu bukanlah 'SEKADAR' menahan diri dari "makan dan minum". Akan tetapi, puasa (yang Hakiki itu) menahan diri dari melakukan berbagai perbuatan yg sia-sia & ucapan "Kotor".

Apabila ada seseorang yang 'Mencelamu' ataupun berbuat "Usil" padamu, maka katakanlah: "Saya sedang BERPUASA, Saya Sedang Berpuasa" (HR. Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban, al-Haakim, hadiits dari Abu Hurairah, Lihat Shahiihut Targhiib wat Tarhiib no. 1082)

"Barangsiapa yang Tidak Meninggalkan Perkataan Dusta, dan mengamalkannya serta berbuat Kebodohan, niscaya Allah pun "tidak butuh" kepada Puasanya dari meninggalkan makan & minumnya" (HR. Bukhari no. 1903 & no. 6057, hadits dari Abu Hurairah)

Hanya sekadar dosa BERBOHONG dapat menjadikan pahala puasa "HILANG" atau Sangat Berkurang, lantas bagaimanakah lagi apabila sedang berpuasa melakukan dosa yg 'lebih besar' lagi dari berbohong, yaitu Meninggalkan Solat, makan Harta Riba, Merosak Kehormatan Orang Lain & Makan Harta Anak Yatim, dan lain-lain !!!

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K782
JANGAN LUPAKAN DOA UNTUK KAUM MUSLIMIN DI PALESTINA

Syaikh Dr. Shalih bin Abdillah bin Hamd Al-‘Ushaimi hafizhahullahu ta‘ala mengatakan:

الدعاء من حقوق الإخاء: اللهم اجعل للأقصى و أهله فرجًا، و اكفِ المسلمين شرَّ الأشرار، و كيد الفجَّار.

“Doa itu merupakan hak persaudaraan :

'Ya Allaah berikanlah jalan keluar bagi Al-Aqsha dan penduduknya, serta lindungilah seluruh kaum muslim dari keburukan orang-orang jahat dan makar para pendosa'.”


#savepalestine🇵🇸
#alaqsa
#alaqsamosque

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

☪️ TARIKH ISLAM ☪️
🌙  15 RAMADHAN 1445H
🗓  26 MAC 2024
📌  SELASA

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

اللهم صل على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

اعوذبا الله من الشيطان الرجيم

بِسْــــــــــــــمِے اللّٰهِےالرَّحْمٰنِ الرَّحِيْــــــــــــــمِے🌹

👉 Bersamalah dengan ALLAH,
ALLAH akan menjagamu...
👍

@quotephotovideo 💖💖💖
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Bau Mulut Orang Berpuasa


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قال النبي صلى الله عليه وسلم: وَالَّذِي نَفْسُ ‏ ‏مُحَمَّدٍ ‌‏ بِيَدِهِ ‌‏ لَخُلُوفُ ‌‏ فَمِ الصَّائِمِ أَطْيَبُ عِنْدَ اللَّهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ رِيحِ الْمِسْكِ

Daripada Abu Hurairah RA, Bersabda Nabi SAW:

Demi diriku berada ditangannya, sesungguhnya bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah pada hari kiamat daripada bau kasturi

(Sahih Bukhari No 1795)
Dar Ibn Kathir.

Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1.  Setiap kesusahan dan rasa kelaparan yang timbul kerana ketaatan akan memperolehi ganjaran yang manis di akhirat kelak.

2.  Pada hari kiamat, ketika manusia dibangkitkan dari kubur, ciri-ciri orang yang berpuasa adalah bau harum yang akan keluar dari mulut mereka, yang keharumannya melebihi harumnya minyak kasturi.

3.  Allah akan mengganti bau mulut orang yang berpuasa  (daripada makan dan minum dan perkara yang membatalkan puasa juga menahan seluruh pancaindera dan hati) dengan ganjaran yang besar di hari akhirat. Kerana sesungguhnya, puasa itu hanyalah untuk Allah dan Allah pula yang akan memberikan penghargaan dan balasan dengan nilaian yang hanya Allah yang tahu.

4.  Allah lebih menghargai dan menghormati bau mulut orang berpuasa daripada bau mulut orang tidak puasa. Jadi maksud kalimat tersebut lebih merupakan penghormatan kepada orang yang berpuasa. Kerana orang yang berpuasa, baunya mulut adalah sesuatu yang sukar untuk dihindari.

5.  Hal ini bukan bererti digalakkan kepada orang berpuasa agar mulut berbau tidak enak dengan tidak menggosok gigi. Menggosok gigi adalah amalan Rasulullah SAW setiap kali sebelum solat termasuk ketika berpuasa.

6.  Orang yang benar-benar berpuasa semestinya hati orang tersebut bersih dan suci daripada segala kotoran dan niat jahat.

7.  Segala ucapan yang keluar dari mulut orang yang berpuasa tiada lain adalah yang baik, zikrullah dan perkataan menasihat serta mengajak orang lain kepada jalan Allah.

8.  Orang yang berpuasa seperti itu, Allah memberi penghargaan  kepada bau mulut orang tersebut dengan darjat yang indah dan tinggi kerana di hari akhirat nanti bau mulutnya menjadi wangi lebih daripada kesturi.

9.  Rasulullah SAW pernah bersabda, "sebaik-baik kalimat, adalah kalimat yang mengajak orang kepada jalan Allah SWT".

26hb Mac 2024
15hb Ramadan 1445H


@quotephotovideo 📚📚📚
Selasa, 15 Ramadhan 1445H ~

aL-QURAN JUZUK 15


QUOTES, PHOTO & VIDEO hari ini...

tasbih | tahmid | tahlil | takbir

سُبْحَانَ اللهِ وَالحَمْدُ للهِ وَلاَإِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ

subhanallah
walhamdu lillah
wa laa ilaha illallah
wallahu akbar


Semoga hari ini lebih baik dari semalam

Aamiin Ya Allah Ya Mujib 🤲🏻😭

sambung di comments 👇

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Berikut kami kongsikan Tips Bangun Qiyamullail untuk panduan bersama:

1. Niatkan kerana Allah SWT
2. Tidur sekejap waktu siang (Qailullah)
3. Kurangkan maksiat
4. Kurangkan makan banyak sebelum tidur
5. Set alarm untuk bangun
6. Basahkan wajah & minum air

Bulan Ramadan adalah bulan yang mana Nabi SAW akan tingkatkan amalan dan ibadah Baginda. Khususnya apabila tiba 10 malam terakhir. Ini ternyata apabila
Umm al-Mukminin Aisyah r.anha meriwayatkan perlakuan Nabi SAW ketika tiba 10 malam terakhir. Beliau berkata:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ الْعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَأَحْيَا لَيْلَهُ وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

Nabi SAW apabila masuknya hari 10 terakhir Ramadan, Baginda akan mengetatkan kain, menghidupkan malam tersebut dan mengejutkan ahli keluarganya (untuk turut menghidupkan malam).

Riwayat al-Bukhari (2024)
SUMBER : Irsyad Al-Hadith Siri Ke-271


@quotephotovideo 🕌🕌🕌
ANUGERAH..

"Ketika Allah menganugerahimu ketaatan dan engkau merasa cukup dengan-Nya, bererti Dia mencurahkan nikmat-Nya, lahir dan batin"

(Ibnu Atha 'illah al-Iskandari)

"Ketaatan" ialah melaksanakan segala perintah dan menjauhi larangan secara lahir.

Adapun makna "merasa cukup dengan-Nya" adalah kau tidak tergantung pada ketaatan itu dalam mendapatkan keinginanmu, tetapi hanya bergantung kepada Tuhanmu dan menyisihkan segala hal selain-Nya.

Jika demikian, ketahuilah bahawa Allah telah menganugerahkan segala kurnia-Nya, baik yang lahir, seperti ketaatan, mahupun yang batin, seperti makrifat yang mewajibkanmu untuk mengabaikan dan tidak melihat selain-Nya.

@quotephotovideo 🍃🍃🍃
Dia Akan segera Pergi...

Al-Imam Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah berkata,

"Ketahuilah bahawa bulan kalian (bulan Ramadhan) terus berkurang, maka tambahlah frekuensi amalan kalian." (Lathoiful Ma'arif 262)

Semoga hari ini lebih baik dari semalam

@quotephotovideo 🌙🌙🌙
Pertengahan dan FASA KEDUA RAMADHAN - FASA MAGHFIRAH (KEAMPUNAN)

Kalau ingin dihormati, belajarlah untuk menghormati.

Kalau ingin dimaafkan, belajarlah untuk memaafkan.

Kalau ingin difahami, belajarlah untuk memahami.

Kalau ingin disedari, belajarlah untuk menyedari.

Kalau ingin disayangi, belajarlah untuk menyayangi.

Kalau ingin dikasihi, belajarlah untuk mengasihi.

Kalau ingin diterima, belajarlah untuk menerima.

Kalau ingin dihargai, belajarlah untuk menghargai.

Kalau ingin disenangi, belajarlah untuk menyenangi.

Bukan orang lain yang perlu berubah mengikut kehendak kita tetapi kitalah yang sebenarnya perlu mengubah diri kita.

Memuaskan hati semua orang itu tidak mudah tetapi berubah untuk memuaskan hati semua orang itu tidak mustahil.

"Di mana ada kemahuan di situ pasti ada jalan"

InshaAllah Dia akan permudahkan...

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

@quotephotovideo 🐝🐝🐝
اَسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيمِ

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ

لا إلهَ إلاّ اللّهُ الْمَلِكُ الْحَقُّ الْمُبِين

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ

حَسْبُنَا اللَّهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ

لاَّ إِلَـهَ إِلاَّ أَنتَ سُبْحَـنَكَ إِنِّى كُنتُ مِنَ الظَّـلِمِينَ

وَأُفَوِّضُ أَمۡرِيٓ إِلَى ٱللَّهِۚ إِنَّ ٱللَّهَ بَصِيرُۢ بِٱلۡعِبَادِ

ماشاء الله لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِٱللَّٰهِ

أللَّهُمَّ بَارِكْ لَنَا فِيْ رَجَبَ وَشَعْبَانَ وَبَلِّغْنَا رَمَضَان

@quotephotovideo 📿📿📿
آمَنَ الرَّسُولُ بِمَا أُنزِلَ إِلَيْهِ مِن رَّبِّهِ وَالْمُؤْمِنُونَ كُلٌّ آمَنَ بِاللَّهِ وَمَلَائِكَتِهِ وَكُتُبِهِ وَرُسُلِهِ لَا نُفَرِّقُ بَيْنَ أَحَدٍ مِّن رُّسُلِهِ وَقَالُوا سَمِعْنَا وَأَطَعْنَا غُفْرَانَكَ رَبَّنَا وَإِلَيْكَ الْمَصِيرُ

لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِن نَّسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِنَا رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِهِ وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا أَنتَ مَوْلَانَا فَانصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ

•••┈••••○❁🍃💙🍃❁○••••┈•••

اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لا إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ ، وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَااسْتَطَعْتُ، أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإنَّهُ لا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ

@quotephotovideo 📿📿📿
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَل لَّهُ عِوَجًا
قَيِّمًا لِّيُنذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِّن لَّدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
مَّاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
وَيُنذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
مَّا لَهُم بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ إِن يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَّفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِن لَّمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَّهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا رَبَّنَا آتِنَا مِن لَّدُنكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا

@quotephotovideo 🌹🌹🌹
087 of 365 🗓 RABU 💕 16 RAMADHAN 1445H 27 MAC 2024

 بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Bismillahirrahmanirrahim 🌹

Assalamualaikum dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

••✾•◆❀◆•✾••┈•┈┈••✾•◆❀◆•✾••┈

#AllahjagaKita..😘
#PrayertoremoveCovid19... 🇲🇾🌏

Al Quran adalah Minhajul Hayah

Allah swt. tidak mencipta manusia tanpa garis panduan atau enakmen sebagai peraturan tetap untuk manusia mengurus hidupnya di dunia ini. Sementelah pula mereka adalah khalifah[1] Allah swt yang bertanggungjawab memakmurkan muka bumi ini berasaskan ketentuanNya yang Maha Mencipta lagi Maha Mengetahui.

Allah swt. telah meng“akta”kan tatacara kehidupan manusia di dalam al Quranul Karim sebagai akta yang wajib diterima pakai dan di daulatkan sebagai Perlembagaan Hidup samaada secara individu mahupun bernegara .

Malang 1001 kali malang , andainya kita masih mahu mencari suatu panduan dan pegangan yang lain , selain dari kitab Allah swt...Suatu tindakan yang hanya meletakkan kita sebagai manusia derhaka, pula berhak mendapat azab Allah yang maha pedih .

Tidak sedarkah, bahawa kita adalah insan yang dicipta oleh Allah swt. dengan kejadian yang sempurna dan tiada tolok banding, agar mengabdikan diri kepadaNya dengan melaksanakan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang.

Renungilah firman Allah swt:

Wahai sekalian manusia! Beribadatlah kepada Tuhan kamu Yang telah menciptakan kamu dan orang-orang Yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu (menjadi orang-orang yang) bertaqwa.

Dia lah Yang menjadikan bumi ini untuk kamu sebagai hamparan, dan langit (serta Segala isinya) sebagai bangunan (yang dibina Dengan kukuhnya); dan diturunkanNya air hujan dari langit, lalu dikeluarkanNya Dengan air itu berjenis-jenis buah-buahan Yang menjadi rezeki bagi kamu; maka janganlah kamu mengadakan bagi Allah, sebarang sekutu, padahal kamu semua mengetahui (bahawa Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa).

Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa Yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah Yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang Yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang Yang benar.

Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka Yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) Yang disediakan untuk orang-orang kafir.

( Surah al Baqarah. Ayat 21 – 24 )

[1] Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi".

( Surah al Baqarah . Ayat : 30 )

SEMOGA BERMANFAAT 🥰

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Aamiin.

🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر

@quotephotovideo 🌸🌸🌸
46K766
HTML Embed Code:
2024/04/28 19:01:06
Back to Top