TG Telegram Group Link
Channel: Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)
Back to Bottom
π’π„π‹π€πŒπ€π“ πŒπ„ππ˜π€πŒππ”π“ π‡π€π‘πˆ π‘π“πŒ πŠπ„ πŸ•πŸ–

"RTM Teman Setia Anda"

Dengan ingatan daripada seluruh warga Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri.

#MalaysiaMadani
#PemikiranStrategikPuncaKemenangan
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
πŠπ„ππ˜π€π“π€π€π πŒπ„πƒπˆπ€ πŠπ„π“π”π€ ππŽπ‹πˆπ’ π’π„π‹π€ππ†πŽπ‘

Kenyataan Media CP Dato' Hussein bin Omar Khan, Ketua Polis Selangor Berkenaan Kejadian Tembak di Balai Ketibaan KLIA 1.

Tarikh dikeluarkan : 14 April 2024.
KENYATAAN AKHBAR
15 April 2024

Pagi ini saya telah mempengerusikan Mesyuarat Khas Sidang Majlis Keselamatan Negara. Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri 1, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Menteri Pertahanan, Dato’ Seri Mohamad Khaled bin Nordin, Menteri Dalam Negeri, Senator Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail, Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Utama Mohamad bin Hasan, Tan Sri Mohd. Zuki bin Ali, Ketua Setiausaha Negara dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain.

Tujuan mesyuarat ini ialah untuk berbincang lanjut situasi tegang di Timur Tengah, mengambilkira perbincangan yang telah diadakan semalam. Mesyuarat yang diadakan dua hari berturut-turut menunjukkan perhatian serius kerajaan Madani terhadap isu ini, dan juga usaha yang diambil untuk memastikan bahawa Malaysia dan rakyatnya tidak terjejas oleh perkembangan ini.

Pelancaran dron-dron oleh Iran merupakan tindakan yang sah berikutan serangan biadab oleh rejim Zionis Israel terhadap Kedutaan Iran di Damsyik. Kita berpuas hati dengan jaminan yang diberi oleh kerajaan Iran bahawa ia tidak akan mengambil apa -apa lagi tindakan, kecuali diserang oleh rejim Zionis Israel. Bersama negara-negara bertamadun yang lain, Malaysia menggesa rejim Zionis Israel untuk tidak mengambil apa-apa lagi tindakan balas yang akan memburukkan lagi keadaan tegang di Timur Tengah. Terdapat tanda yang jelas bahawa masyarakat antarabangsa tidak mahu melihat keadaan yang lebih buruk lagi.

Setakat ini, perkembangan ini memberikan kesan yang kecil kepada negara. BSKL dibuka dengan kejatuhan yang amat kecil, yang mencerminkan trend serantau. Walau apapun, kerajaan Madani akan terus memantau perkembangan ini dengan teliti dan akan mengambil langkah-langkah proaktif untuk memastikan bahawa keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan rakyat akan sentiasa terjamin. Kepentingan negara akan sentiasa menjadi matlamat utama.

Kunci penyelesaian kepada isu ini ialah penyelesaian serta-merta yang adil terhadap keadaan yang tidak berperikemanusiaan yang melanda Gaza. Oleh itu, perhatian masyarakat antarabangsa mesti ditumpukan kepada isu ini, tanpa gangguan lain. Gencatan senjata yang berkekalan mesti diwujudkan untuk membolehkan bantuan kemanusiaan disalurkan. Dalam hal ini, sumbangan Malaysia terbaru sebanyak 100 kontena dijangka akan berlepas pada 27 April 2024.

ANWAR IBRAHIM
KENYATAAN AKHBAR 23 APR 24.

πˆππ’πˆπƒπ„π π‡π„π‹πˆπŠπŽππ“π„π‘ π“π‹πƒπŒ π“π„π‘π‡π„πŒππ€π’ πƒπˆ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π π“π‹πƒπŒ π‹π”πŒπ”π“

Tentera Laut Diraja Malaysia mengeluarkan kenyataan seperti berikut:

1. TLDM mengesahkan sebuah Helikopter Operasi Maritim (HOM-AW139) TLDM dan sebuah helikopter FENNEC TLDM telah terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pada jam 9.32 pagi tadi.
2. Insiden ini melibatkan seramai 10 orang iaitu masing-masing 7 kru HOM TLDM dan 3 kru Fennec TLDM. Kesemua mangsa disahkan terkorban di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Angkatan Tentera Pangkalan TLDM Lumut untuk proses pengecaman.
3. TLDM akan menubuhkan Lembaga Siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian. TLDM memohon orang ramai tidak menularkan video kejadian yang berlaku demi menjaga sensitiviti keluarga dan proses penyiasatan.

Sumber; Cawangan Komunikasi Strategik, Markas Tentera Laut
KENYATAAN AKHBAR 23 APR 24

𝐒𝐔𝐒𝐔𝐋𝐀𝐍 πˆππ’πˆπƒπ„π π‡π„π‹πˆπŠπŽππ“π„π‘ π“π‹πƒπŒ π“π„π‘π‡π„πŒππ€π’ πƒπˆ ππ€ππ†πŠπ€π‹π€π π“π‹πƒπŒ
HTML Embed Code:
2024/04/24 07:46:29
Back to Top