TG Telegram Group Link
Channel: Majlis Keselamatan Negara (Rasmi)
Back to Bottom
Kes COVID-19 telah meningkat sejak pertengahan bulan Oktober 2023. Peningkatan kes COVID-19 dari masa ke semasa adalah dijangkakan. Walaupun terdapat peningkatan kes COVID-19 dicatatkan, namun keadaan adalah terkawal dan tidak membebankan fasiliti kesihatan sedia ada.

Sehubungan itu, KKM ingin mengingatkan orang ramai mengenai kepentingan langkah pencegahan penularan COVID-19 dan jangkitan respiratori yang lain, agar dapat mengurangkan risiko dan penularan jangkitan dalam kalangan komuniti. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mengamalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19 ini demi kesejahteraan kesihatan awam.
AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA) ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ
SEKSYEN A: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BAHAYA)

Hujan sangat lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) โ€ข Terengganu (Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu dan Kuala Terengganu) sehingga Jumaat, 15 Disember 2023.

SEKSYEN B: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (BURUK)

Hujan lebat berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Gua Musang) โ€ข Terengganu (Marang, Dungun dan Kemaman) โ€ข Pahang (Kuantan) sehingga Jumaat, 15 Disember 2023.

SEKSYEN C: AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Pahang (Jerantut, Pekan dan Rompin) sehingga Jumaat, 15 Disember 2023.

Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Kelantan (Gua Musang) โ€ข Pahang (Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) sehingga Khamis, 14 Disember 2023.

๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธAmaran Hujan Berterusan (Bahaya) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 150 mm dalam tempoh 24 jam.

๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธAmaran Hujan Berterusan (Buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 mm dalam tempoh 6 jam.

๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธ๐ŸŒง๏ธAmaran Hujan Berterusan (Waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan/ribut petir sedang/dijangka berlaku melebihi 6 jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Dikeluarkan pada: 12:35 tengah hari, 14 Disember 2023
Ikuti Sidang Media Khas Berhubung Status COVID-19 pada jam 4.00 petang hari ini secara langsung di Facebook KKM.
AMARAN HUJAN BERTERUSAN (WASPADA)
Selamat Menyambut Hari Natal 2023 kepada seluruh rakyat Malaysia yang beragama Kristian. Semoga sambutan ini menjadikan perasan mencintai, mengasihani dan menyebarkan kebaikan sesama insan tanpa mengira perbezaan latar belakang masyarakat terus mekar dalam sanubari semua.

Ikhlas daripada,
Seluruh Warga Kerja MKN, JPM
LAPORAN HARIAN SITUASI BENCANA DALAM NEGARA | 29 DISEMBER 2023
LAPORAN HARIAN SITUASI BENCANA DALAM NEGARA | 30 DISEMBER 2023
๐Ÿ‡ธโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ชโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฑโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฆโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฒโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฆโ€‹โ€‹๐Ÿ‡นโ€‹ โ€‹
๐Ÿ‡ฒโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ชโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ณโ€‹โ€‹๐Ÿ‡พโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฆโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฒโ€‹โ€‹๐Ÿ‡งโ€‹โ€‹๐Ÿ‡บโ€‹โ€‹๐Ÿ‡นโ€‹ โ€‹
๐Ÿ‡นโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฆโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ญโ€‹โ€‹๐Ÿ‡บโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ณโ€‹ โ€‹๐Ÿ‡งโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฆโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ญโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ฆโ€‹โ€‹๐Ÿ‡ทโ€‹โ€‹๐Ÿ‡บโ€‹ 2๏ธโƒฃ0๏ธโƒฃ2๏ธโƒฃ4๏ธโƒฃ
LAPORAN HARIAN SITUASI BENCANA DALAM NEGARA | 01 JANUARI 2024
LAPORAN HARIAN SITUASI BENCANA DALAM NEGARA | 09 JANUARI 2024
LAPORAN HARIAN SITUASI BENCANA DALAM NEGARA | 10 JANUARI 2024
LAPORAN HARIAN SITUASI BENCANA DALAM NEGARA | 11 JANUARI 2024
LAPORAN HARIAN SITUASI BENCANA DALAM NEGARA | 12 JANUARI 2024
Press_Release_WCE_Jan_15_2024_Extension_TMP_Motorcycle_lane_SAE.pdf
284.8 KB
UNTUK SIARAN SEGERA
LANJUTAN TEMPOH PELAKSANAAN LENCONGAN TRAFIK SEMENTARA BAGI
LALUAN MOTOSIKAL DI LEBUHRAYA SHAH ALAM (LSA) BAGI PEMBINAAN
LEBUHRAYA WCE
๐ƒ๐š๐ฎ๐ฅ๐š๐ญ ๐“๐ฎ๐š๐ง๐ค๐ฎ !

Merafak Sembah Menjunjung Kasih Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong AI-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Seri Paduka Baginda Tuanku Sebagai Yang di-Pertuan Agong XVI.

Sembah takzim daripada Ketua Pengarah Keselamatan Negara dan Pengurusan Tertinggi MKN, JPM.

#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
๐ƒ๐€๐”๐‹๐€๐“ ๐“๐”๐€๐๐Š๐”!
๐Œ๐„๐‘๐€๐…๐€๐Š ๐’๐„๐Œ๐๐€๐‡ ๐’๐„๐‘๐“๐€ ๐”๐‚๐€๐๐€๐ ๐’๐„๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ-๐“๐ˆ๐๐†๐†๐ˆ ๐“๐€๐‡๐๐ˆ๐€๐‡ ๐’๐„๐Œ๐๐„๐๐€ ๐ˆ๐’๐“๐ˆ๐€๐ƒ๐€๐“ ๐Œ๐„๐๐†๐€๐๐†๐Š๐€๐“ ๐’๐”๐Œ๐๐€๐‡ ๐˜๐€๐๐† ๐ƒ๐ˆ-๐๐„๐‘๐“๐”๐€๐ ๐€๐†๐Ž๐๐† ๐—๐•๐ˆ๐ˆ.


Ketua Pengarah Keselamatan Negara bersama Pengurusan Tertinggi MKN, serta seluruh warga MKN, JPM merafak sembah takzim serta ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah sempena Istiadat Mengangkat Sumpah Seri Paduka Baginda Tuanku Sebagai Yang di-Pertuan Agong XVII.

Semoga dilanjutkan usia dan dilimpahkan hikmah kebijaksanaan ke atas Seri Paduka Baginda dalam menerajui Malaysia. Daulat Tuanku.

#DaulatTuanku
#MalaysiaMadani
#KeselamatanNegaraTanggungjawabBersama
HTML Embed Code:
2024/04/28 19:14:29
Back to Top