TG Telegram Group Link
Channel: Islam Itu Indah
Back to Bottom
ASSALAMUALAIKUM WBT
#RENUNGANSUBUH

Tuduhan Tidak

عن عبد الله بن عمر رضي الله عنها قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صلى الله عليه و سلم يَقُوْلُ: وَ مَنْ قَالَ فىِ مُؤْمِنٍ مَا لَيْسَ فِيْهِ أَسْكَنَهُ اللهُ رَدْغَةَ اْلخَبَالِ حَتىَّ يَخْرُجَ مِمَّا قَالَ

Daripada Abdullah bin Umar RA berkata, aku pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang berkata mengenai seorang mukmin yang tidak ada padanya, maka Allah akan menempatkannya pada “rodghah al-Khabal” sehingga ia keluar dari apa yang ia katakan” (HR Abu Daud No: 3597) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Islam mendidik umatnya agar sentiasa berakhlak dan beradab dalam hubungan sosial dengan orang lain.

2. Jika seseorang menuduh muslim lain dengan sesuatu yang tidak benar padanya sekadar bersangka-sangka sama ada dengan percakapan mahupun tulisan, maka tuduhan itu akan membawanya kepada keburukan di hari kiamat.

3. Rasulullah SAW memberi ancaman keras bagi seseorang yang menuduh mukmin lain dengan suatu tuduhan dan fitnah, Allah akan menempatkan pada “rodghah al-Khabal”, yakni tempat yang berisi cairan dari penduduk neraka berupa keringat, darah, nanah, kotoran dan sebagainya sehingga ia keluar dari apa yang ia katakan atau dia mendapat kemaafan dari orang yang di tohmah dan fitnah.

Jauhkan dari mengadu domba dengan umpatan dan fitnah terutama di media sosial. Bagi kita sebagai pembaca, elakkan share dan forward sesuatu yang berbentuk tuduhan dan sangkaan penulis. Jika salah ia menjadi fitnah. Jika betulpun dia jadi mengumpat.

05hb Februari 2023
14hb Rejab 1444H
@islamitu_indah
Jangan bangga ramai kawan

Cuba cek.....Berapa ramai sahabat mu yang dapat mengingatkan mu kepada Allah.???

Sahabat dunia akhirat
Takkan tinggalkan kita jauh tersasar

Takkan pernah biar kita ketandusan ilmu...
Sentiasa ajak kita buat baik

Muhasabah Diri...

@islamitu_indah
UTAMAKAN ALLAH

Sebaik mana pun niat kita...
Manusia tetap menilai luaran kita...

Sedangkan sehebat mana sekalipun...
Luaran kita ALLAH tetap menilai niat kita.

Justeru utamakan niLaian ALLAH Berbanding dengan nilaian manusia...

👉🏻Imam Asy-Syafie Ra berkata:

Ketika hatimu terlalu berharap pada seseorang, maka Allah timpakan atas kamu pedihnya sebuah pengharapan.

Supaya kamu mengetahui bahawa Allah sangat mencemburui hati yang berharap selain DIA.

@islamitu_indah
Jangan menilai seseorang berdasarkan masa silamnya.. Betapa banyak diantara kita yang memiliki masa silam yang kelam. Jauh dari Allah, jauh dari sunnah, jauh dari hidayah, tenggelam dalam dunia yang menipu, terumbang-ambing dalam kemaksiatan.
.
Bukankah para sahabat Rasulullah S.A.W juga terdahulunya turut berada dizaman jahiliyyahnya? Akan tetapi tatkala cahaya hidayah menyapa hati mereka, jadilah mereka generasi terbaik yang pernah ada di atas muka bumi ini.
.
Pasti kita pun turut memiliki masa lalu yang penuh dengan kerosakan, yang mungkin kebanyakan orang tidak mengetahui masa lalu kita. Sebagaimana kita tidak ingin orang lain menilai kita dengan melihat masa silam kita, maka begitu jugalah pada mereka yang telahpun berubah.
.
Yang utama adalah bagaimana kesudahan seseorang itu, tatkala akan meninggalkan dunia. Bukan masa lalunya.
.
“Dan, sesungguhnya amalan itu bergantung dengan penutupnya.” [Riwayat Al Bukhari]

@islamitu_indah
SABAR TAK BERTEPI,
SYUKUR TAK BERHUJUNG

Tidak ada kebahagian yang datang terus menerus, demikian pula sebaiknya. Teruskan berjalan, jangan berhenti sepahit apapun hidup, jika dengan iman, hadapilah.. ALLAH akan menolongmu.

Jika kita sedang susah mendekatlah kepada ALLAH dengan bersabar. Jika kita senang, mendekatlah kepada ALLAH dengan bersyukur. Bersyukur itu nikmat, sabar itu indah. Semoga Tuhan permudahkan apapun juga yang kita kerjakan...

@islamitu_indah
"Jangan bangga dengan keadaan kita yang sekarang. Alhamdulillah, Allah memilih kita untuk berada dalam jalan kekasih-Nya.

Tetapi, itu bukan lesen untuk kita mempertikai kebaikan dan keburukan orang lain.

Hati-hati dengan rasa bangga diri.....

Bila terlihat seseorang melakukan kebaikan, berdoalah supaya kita turut mendapat manfaat daripada kebaikan orang itu.

Jika terlihat keburukan seseorang, beristighfarlah dan berdoalah supaya Allah mengampunkan seluruh Umat Muhammad s.a.w kerana pada hakikatnya, keburukan yang kita lihat itu sebenarnya adalah diri kita sendiri.

Ketahuilah bahawa setiap apa yang berada dalam dunia ini adalah cerminan hakikat diri kita.

Jika kita lihat sesuatu itu baik, bermakna diri kita berada dalam kebaikan.

Begitu jugalah sebaliknya. Ingat, kebaikan kita adalah kerana Allah yang menganugerahkannya dan menutup aib kita.

Jangan memandang hina pada orang lain.....

Hanya dalam sehela nafas atau sekelip mata sahaja Allah boleh menterbalikkan keadaan kita.

Hidayah yang dianugerahkan kepada kita boleh ditarik begitu sahaja, dan mereka yang kita pandang hina kerana keburukan mereka, dengan mudah Allah boleh mengangkat martabatnya dengan setinggi-tinggi maqam.

Berdoalah untuk seluruh Umat Muhammad s.a.w dan bantu-membantulah dalam kebaikan."

اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ

@islamitu_indah
MUHASABAH BUAT HATI..

Yang kita dapat,
Tak semestinya kita suka,

Yang kita minta,
Belum tentu yang terbaik buat kita.

Yang terbaik buat kita,
Tidak semestinya Allah suka..

Redha dengan apa yang kita ada,
Kerana itulah yang terbaik buat kita..
Walaupun itu bukan yang kita suka..

Belajar tawakal dari ujian.
Belajar redha dari ketentuan.
Semuanya Milik tuhan ..

@islamitu_indah
TUJUH CARA MELEPASKAN KESEDIHAN :

1.) Berdamailah dengan masa lalumu, maka masa lalu itu tak akan membebanimu.

2.) Apa yang orang pikirkan tentangmu, itu bukan urusanmu.

3.) Waktu dapat merubah segalanya, maka berilah waktu sedikit waktu.

4.) Tidak ada satu pun alasan untuk kau dapat sebuah kebahagiaan kecuali dirimu sendiri.

5.) Jangan samakan hidupmu dengan orang lain, karna kamu tidak tau jalan seperti apa yang mereka tuju.

6.) Jangan banyak berfikir, karena lebih baik kamu tak tahu akan semua jawabanya.

7.) Tersenyumlah, karena kamu tidak memiliki masalah di dunia ini.

Subhanallah, betapa Mulia dan Baik Hatinya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah, bersyukurlah dan ucaplah Alhamdulillah ke atas-Nya.

Kemudian tersenyumlah. Sesungguhnya setelah kesedihan ada kebahagiaan.

@islamitu_indah
Antara jiwa yang mencintai Allah ialah
jiwa yang suka pada Al-Quran.. kerana al Quran itu kalamullah!

@islamitu_indah
Sesungguhnya syukur nikmat itu adalah dari Allah SWT,maka semakin ia banyak bersyukur dan Dia akan makin bahagia terhadap nikmat yang sudah ada....dan dengan syukurnya itu lah yang akan mengundang nikmat yang belum tentu ada.

Jadi... antara kehebatan syukur adalah dengan kehebatan keinginan jauh lebih hebat kita jika kita tahu erti apa itu nikmat bersyukur.

Orang yang sentiasa bersyukur lebih terjamin daripada orang yang banyak keinginan.....Banyak orang lebih fokus pada keinginannya...dan kurang mensyukuri apa yang kita sudah miliki...

Bukan tidak boleh memiliki keinginan, namun jangan sampai
keinginan tersebut menghilangkan rasa syukur terhadap nikmat yang sudah ada. Sahabat ketahuilah kurniaan Allah SWT itu terlalu indah...

Ingat jika Bila diri merasa belum kaya,ingatlah bahwa di dunia ini tidak harus semua orang mesti kaya. Allah Maha Teliti dalam mengatur setiap urusan rezeki hamba-hamba-Nya.

Seorang yang selalu bersyukur tidak akan rasa tergugat dalam persaingan hidup. Karena dia menyakini bahwa yang orang lain juga adalah hamba Allah SWT dan rezeki dia juga sudah diatur oleh allah sejak dalam kandungan ibunya lagi......jdi selalulah Ingat banyak orang sengsara bukan kerana kurangnya nikmat allah akan tetapi karena kurangnya bersyukur...

Semoga bermanfaat....

@islamitu_indah
Apa pun yang berlaku ada hikmahnya yang tersendiri.Bersangka baik dengan Allah....Kelak kita pasti bahagia 🎈

KERJAKANLAH KEBAIKAN

Firman Allah SWT :

وَمَا تَفۡعَلُوا۟ مِنۡ خَیۡرࣲ یَعۡلَمۡهُ ٱللَّه

[Surat Al-Baqarah 197]

‎Terjemahan :
"Dan apa jua kebaikan yang kamu kerjakan adalah diketahui oleh Allah"....

aamiin ya rabbal alamin...

@islamitu_indah
Apapun keadaan, bacalah alquran.

Dengan alquran, hati yang gelap mencari terang.

Dengan alquran, hati yang kotor kembali bersih.

Dengan alquran, diri yang jahil menjadi alim.

Dengan alquran, jiwa yang kabut menjadi tenang.

Dengan alquran, jiwa yang resah menjadi bahgia.

Dengan alquran, hati yang keras menjadi lembut.

Dengan alquran, umat yang rosak menjadi yang terbaik.

Dengan alquran, tamadun yang runtuh bangkit kembali.

Dengan alquran, musuh yang rakus tertunduk hina.

Jika...

Jika alquran di baca, di amal, di hayati, di sampaikan, di tadabbur, di patuhi, dan menjadi panduan hidup.

@islamitu_indah
ASSALAMUALAIKUM WBT
#RENUNGANSUBUH

Sedekah Berkualiti

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَبَقَ دِرْهَمٌ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ قَالُوا وَكَيْفَ قَالَ كَانَ لِرَجُلٍ دِرْهَمَانِ تَصَدَّقَ بِأَحَدِهِمَا وَانْطَلَقَ رَجُلٌ إِلَى عُرْضِ مَالِهِ فَأَخَذَ مِنْهُ مِائَةَ أَلْفِ دِرْهَمٍ فَتَصَدَّقَ بِهَا

Daripada Abu Hurairah, Nabi SAW bersabda, “Satu dirham dapat mengalahkan seratus ribu dirham“. Lalu ada sahabat yang bertanya, “Bagaimana boleh terjadi wahai Rasulullah?” Baginda menjelaskan, “Ada seorang yang memiliki dua dirham lalu mengambil satu dirham untuk disedekahkan. Ada pula seseorang memiliki harta yang banyak sekali, lalu ia mengambil dari hartanya seratus ribu dirham untuk disedekahkan.” (HR. Nasai No: 2527) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Sedekah setiap Muslim ganjarannya bergantung kepada keikhlasan dan harta yang dimiliki.

2. Ada Muslim yang bersedekah dengan nilai satu dirham, namun ganjarannya mengatasi orang yang bersedekah seratus ribu dirham kerana ia bersedekah separuh dari harta yang dimilikinya (dua dirham) walaupun yang disedekahkan dari segi jumlahnya sedikit namun nilainya sangat besar pada dirinya.

3. Ada Muslim yang bersedekah seratus ribu dirham, mungkin dari segi jumlahnya banyak namun nilainya kecil di sisinya (hanya sedikit) kerana dia memiliki jutaan dirham yang lain.

4. Sedekah itu bukan bergantung pada kuantiti namun yang lebih penting adalah kualiti dan keikhlasan.

5. Galakan bersedekah tidak hanya kepada orang kaya malah juga kepada orang yang kurang berada kerana sedekah itu tidak akan mengurangi hartanya.

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلَّا عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلَّا رَفَعَهُ اللَّهُ

Daripada Abu Hurairah RA, dari Nabi SAW bersabda: Sedekah itu tidak akan mengurangi harta. Tidak ada orang yang memberi maaf kepada orang lain, melainkan Allah akan menambah kemuliaannya. Dan tidak ada orang yang merendahkan diri kerana Allah, melainkan Allah akan mengangkat darjatnya." (HR. Muslim no. 4689) Status: Hadis Sahih

Mari kita hulurkan sedekah yang berkualiti.

08hb Februari 2023
17hb Rejab 1444H
@islamitu_indah
RENUNGAN SUBUH
1️⃣7️⃣ Rejab 1444H
0️⃣8️⃣ Februari 2023/Rabu
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــtيم
۞اَللّٰهُمَّ صَلِّ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَىٰ آلِ7 سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ.۞
*BALA YANG TIDAK DISEDARI*

1.Seorang pelajar bertanya pd gurunya: *"Mengapa apabila kita banyak melakukan maksiat, Allah tidak menimpakan bala ke atas kita dengan segera?"*

2.Gurunya menjawab *"Allah telah timpakan balanya, tetapi kamu tidak menyedarinya! Bukankah Allah telah mencabut perasaan indah bermunajat kepada-Nya dari hati kamu."*

3."Tiada bala yang lebih berat ditimpakan ke atas seseorang dengan penyakit 'hati keras'. Sesungguhnya seberat-berat bala yang akan ditimpakan ke atasmu ialah Allah akan menyempitkan laluanmu ke arah jalan kebaikan."

4."Bukankah telah berlaku ke atas diri kamu tidak membaca Quran selama beberapa hari?" Bahkan mungkin engkau mendengar firmanNya: "Jika Kami turunkan Quran kepada gunung nescaya engkau akan melihatnya khusyuk dan hancur lebur kerana takutkan Allah."
(Al-Hasyr: 21)

5."Engkau mendengar ayat ini tetapi engkau tidak merasa apa-apa...!!! Mohonlah keampunan dan kesejahteraan dari Allah dan beristighfarlah atas dosa-dosa kamu."

@islamitu_indah
HTML Embed Code:
2024/04/27 21:13:27
Back to Top