TG Telegram Group Link
Channel: Ummu Annafilah
Back to Bottom
Apa tanda zuhud?

Berdukacita kalau dapat dunia dan seronok kalau tak dapat.

Yang ada kita ini, sebaliknya 😅

Bukan salah gembira bila mendapat rezeki.

Setiap nikmat itu ada pertanggungjawabannya, jadi dilihat oleh orang-orang yang zuhud tanggungjawab itu dan bukan nikmatnya saja.

Jadi bila dapat rezeki banyak - bagi mereka itu satu hukuman yang dipercepat. Yakni kalau tak betul dalam menunaikan tanggungjawab yang datang dengan rezeki itu, maka akan dihukum Allah سبحانه و تعالى.

- disunting daripada syarahan Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid, Majlis Ta'lim Darul Murtadza 09082019.

#habibalizaenalabidinalhamid
#darulmurtadza
Rasulullah Shalallahu alaihi wa aalihi wa shahbihi wa salam bersabda:

الزهادة في الدنيا تريح القلب والبدن , والرغبة في الدنيا تكثر الهم والحزن , والبطالة تقسى القلب

Artinya: “Hidup zuhud di dunia menyenangkan hati dan jasmani, sedangkan tamak terhadap dunia memperbanyak kesusahan dan kesedihan, sedangkan kemalasan dapat mengeraskan hati.”

Menuju akhirat dengan bekal Taqwa
Risalatul Mudzakarah imam Haddad
💎 Habib Umar bin muhammad bin Hafidz mewasiatkan untuk memperbanyak bacaan sholawat ini dibulan Rabi'ul awwal 1444 :

"اللهمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنا مُحمَّدٍ وعَلَى آلِ سَيِّدِنا مُحمَّد، صَلَاةَ أَهْلِ السَّمَوَات وَ أَهْلِ الأَرْض، وعَافِنِي وَالْطُفْ بِي فِي أُمُورِي كُلِّها، وأَجْرِ يَا ربِّ لُطْفَكَ الخَفِيَّ فِي أُمُورِي وأُمُورِ المُسْلِمِيْن، وسَلِّم تَسْلِيما"

"Allahumma sholli 'ala sayyidina muhammadin wa 'ala aali sayyidina muhammad, sholata ahlis samawat wa ahlil ard.. wa 'aafini waltuf biy fii umuuriy kulliha, wa ajri ya Rabbi luthfakal khofiy fii umuuriy wa umuuril muslimin..
wa sallim taslima"ٌ

3000x atau lebih
Semoga Allah memberi taufik
Soal jawab bersama Hubabah Ummu Zein 29.9.22

1. Mentarbiyah anak.
Ianya adalah pemberiaan dan kurniaan daripada Allah swt.
Mintalah dengan berdoa, "bantulah aku untuk mentarbiyah anak agar menjadi anak yang soleh solehah."
Tiada seronok/nikmatnya hidup di dunia ini kecuali beribadah dan mentarbiyah anak supaya menjadi anak yang soleh solehah.
Jaga akhlak dan tekankan adab sejak dari kecil.
Ajarilah dengan adab-adab yang mudah seperti lisan, jangan dipukul tetapi boleh dijentik lidahnya sambil berkata "ini tak boleh cakap benda yang kotor, tak sepatutnya dilakukan."
Seorang ibu yang mendidik anaknya di waktu antara maghrib dengan isyak itu lebih baik dari dirinya sendiri membaca Al Quran pada waktu itu kerana sekiranya anaknya boleh hafal Al Quran pada usia 15 tahun, maka pahalanya lebih banyak. Jadi gunakanlah waktu itu untuk mengurus dan mengajari anak-anak.

2. Rasulullah saw hadir di setiap mahalul qiyam.
Roh Rasululullah saw itu bukan satu, perumpamaannya seperti orang yang berdiri di hadapan banyak kaca, Rasulullah saw tetap akan hadir walaupun maulid itu diadakan serentak.
Manakala di maulid dibaie pula, Rasulullah saw hadir dari awal sampailah akhir.
Jika ada yang mempertikaikan mengapa maulid dibuat zaman sekarang sedangkan zaman sahabat dahulu tidak ada, adalah kerana pada zaman itu sahabat berada di depan Rasulullah saw, tetapi tidak pada zaman ini.
Setiap kalimat di maulid menggambarkan sifat Rasulullah saw.
Antara sebab terhalangnya Rasulullah saw daripada menghadiri maulid adalah kerana ada orang yang merokok (baunya), begitu juga malaikat tidak akan masuk di dalam rumah yang berbau rokok.

3. Pekerjaan yang tidak dapat menutup aurat dengan sempurna.
Sebaiknya berhentilah daripada pekerjaan itu kerana hasil kerja yang haram/maksiat tiada barakah. Tiada taat kepada makhluk selagi bermaksiat pada Allah swt.

4. Rasulullah saw mengetahui setiap amalan baik buruk kita.
Rasulullah saw bersabda "Hidupku baik untuk kamu, dan kewafatanku juga baik untuk kamu."
Sebelum laporan tersebut sampai kepada Allah swt akan sampai pada Rasulullah saw terlebih dahulu dan Rasulullah saw memohon ampun bagi kita.
Berapa ramai ayah dan atuk-atuknya yang terdahulu yang menangis di dalam kubur kerana kelakuan anak perempuan mereka.

5. Rakan yang buruk.
Harus, dibolehkan untuk menjauhi rakan yang buruk untuk menyelamatkan diri. Perbaiki silaturrahim dengan memberi salam dan bertanya khabar, tetapi jangan rapat. Jika rakan mengajak kepada kebaikan kita ikut, jika tidak maka jangan.

6. Bermimpi berjumpa dengan Rasulullah saw.
Perlukan mujahadah dan usaha lagi dan lagi.
Sedangkan untuk berjumpa Nabi Khidir as harus melalui 100 ribu wilayah kewalian, inikan pula untuk bertemu Rasulullah saw.
Adapun cara-caranya adalah:
-Istiqamah di jalan ini
-Jauhi perkara mungkar dan maksiat
-Berdoa pada Allah swt, "Ya Allah muliakanlah pada kami dengan bermimpi Nabi saw."
-Bertaqwa
-Perbaiki kekurangan

7. Wanita akhir zaman.
Doa pada Allah supaya jadi wanita solehah, itu yang utama.
Saidatina Fatimah ra berkata, wanita terbaik adalah yang tidak pernah melihat lelaki dan tidak dilihat oleh lelaki.
Berpegang teguh pada agama, mula Islam itu asing, maka berbahagialah orang yang jadi asing dari orang lain (pada akhir zaman ini).
Istiqamah.
Kepentingan sifat malu dan mendalami sifat Rasulullah saw, Rasulullah saw adalah yang paling malu melebihi dari malunya anak gadis.
Latih anak-anak dengan sifat malu dari kecil lagi, tanamkan sifat malu.
Banyakkan baca kisah wanita solehah, isteri Nabi.
Saidatina Aisyah ra berkata, “Jika Rasulullah saw mengetahui apa yang terjadi dengan kaum wanita sekarang, nescaya baginda akan melarang mereka keluar ke masjid."

Semoga bermanfaat buat semua. ❤️

#hubabahummuzein
#hubabahmaryam
#MaulidAkbar
#RabiulAwal
بسم الله الرحمن الرحيم
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم

*PANGGILAN TAHAJJUD DI BUMI TAREEM SETIAP PAGI*

Marilah sama2 kita semua menyahut panggilan solat tahajjud. Solatlah 2 rakaat tahajjud agar engkau sentiasa di jalan para salafussoleh yang berada di belakang Rasulullah ﷺ


https://youtu.be/pbRfGu1H0g4
5 Tempat keluar Makhraj huruf

1) Al Jauf ( Rongga mulut dan rongga kerongkong )
ا ‌و ي
2) Al Halqi ( halkum @ kerongkong
ء ح خ ع غ ه
3) Al Lisani ( lidah)
Makhraj al lisani sila rujuk gambar di bawah

4) Ash Syafatan (bibir)
ب م ف و
5) Al Qaisyum (hidung)
م ن
🌸🌸𝗦𝗘𝗠𝗜𝗡𝗔𝗥 𝗙𝗜𝗤𝗛 𝗛𝗔𝗜𝗗 & 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗛𝗔𝗗𝗔𝗛 🌸🌸

"Adakah kita benar-benar tahu hukum darah wanita atau main agak-agak sahaja soal sah atau tidak ibadah?! "

Masih belum terlambat untuk mempelajari.

Ikuti seminar 4 jam dalam mempelajari Fiqh Wanita, perbahasan Haid, Istihadah & Nifas
𝐌𝐚𝐤𝐥𝐮𝐦𝐚𝐭 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐬 𝐚𝐝𝐚𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐩𝐞𝐫𝐭𝐢 𝐛𝐞𝐫𝐢𝐤𝐮𝐭:

📆Tarikh: 24/11/2022, Sabtu
🕰️Masa: 8 Pagi - 12 Tengah hari
💻Tempoh Pengajian: 4 jam ( 2 sesi)
📽️Platform: Google Meet
🔖Yuran: RM10

*Untuk Pendaftaran*: www.wasap.my/60197108041/FiqhWanita


#SeminarFiqhWanita
#ArabicMadrasah
Assalamualaikum wrh wbt
Terima kasih banyak banyak yang menyertai group Islamic Ramadhan 🤍

Mengenai program sepanjang ramadhan akan dikongsikan disini 🥰

Teruskan kongsi kepada rakan rakan yang lain innshaallah ☺️

https://chat.whatsapp.com/E52UDDex3JZ2bxj7n74d7o
۞اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ۞

"Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah), dan mereka pula berpegang teguh kepada (ugama) Allah, serta mengerjakan ugama mereka dengan ikhlas kerana Allah, maka mereka yang demikian itu ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman (di dalam Syurga); dan Allah akan memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar."

[An-Nisa' : Ayat 146]
HTML Embed Code:
2024/04/25 00:57:42
Back to Top