TG Telegram Group Link
Channel: π‡πšπ­π’ π‘πžπ¦πšπ£πš πŸ₯€
Back to Bottom
Aku harap raya ni kekawan aku yg hutang aku rm 200-300 tu boleh dah bayar slow2. Aku tak kisah kalau korang bayar ciput2 dulu asalkan ada effort nak bayar. Time susah kemain tagih cari aku. Tapi time aku mintak duit balik, kemain pandang hina betul kat aku. Seolah aku yg pinjam duit kat kau. Heee jangan lupa ye. Moga Allah permudahkan semua urusan korang. πŸ˜„βœŒ

@Hati_Remaja
Jangan lupa, orang yang mendengar juga perlu didengarkan.

@hati_remaja 🀍
Terlalu banyak perkara yang dipendam, sampai taktahu mana satu nak aku luahkan.

@hati_remaja β™₯️
Apa beza sabar & redha?

Sabar - kau hanya menahan kesakitan tapi tetap masih belum terima.

Redha - kau mampu tahan & terima dengan hati yang terbuka.

@hati_remaja β™₯️
Aku percaya pada rezeki yang Allah telah takdirkan keatas diriku.

Aku cuma perlu usaha sahaja untuk mendapatkannya.

Aku tak tahu apa yang telah ditetapkan, dan aku terus usaha untuk capai apa yang ditentukan untuk aku.


@hati_remaja
Mindset raya yang sepatutnya kita semua tahu

Mindset 1
Duit raya tak wajib. Sekalipun kita dah kerja, tapi belum mampu atas komitmen perbelanjaan diri, tak beri pun tak apa.

Kena ingat, orang lain bukan tahu susah kita, orang lain bukan bayar bil kita. Kita saja yang tahu, kita sendiri hadap demi masa depan kita.

Kalau ditanya β€œEh, dah kerja tak beri duit raya ke?”

Pilihan jawapan:

1. β€œTahun ni tak ada duit raya, insyaAllah lain kali”
2. β€œYap, tahun ni bajet lari sikit. Doakan saya boleh beri tahun depan pula ya

3. β€œSorrylah, harap-harap tahun depan ada lah insyaAllah,”
4. β€œBiasalah, komitmen wajib kita banyak, yang itu kena setel dulu. Takut tak lepas kat akhirat nanti,”
5. Diam saja dan senyum

Kita pun, kalau orang lain tak beri duit raya, kita senyum dan diam sahaja.

Okay 😚

@Hati_Remaja
Belum bernikah ketika Ramadan tiba?

Janganlah risau sangat. Ketahuilah, selagi mana kau masih belum diizinkan Tuhan untuk berkahwin, Tuhan masih mengizinkan kau untuk berbahagi kasih bersama ibu bapa dengan sepenuh rasa. Tuhan masih beri kau peluang untuk berbahagi kasih dengan kawan-kawan sama seperti dulu.

Tak. Bukan nak mengatakan selepas kau bernikah kelak, kau akan tiada masa langsung untuk keluarga. Tidak.

Tapi percayalah. Masa dulu, yang kau punyai 24 jam untuk mereka akan ditarik sedikit demi sedikit dek kerana tanggungjawab yang akan digalas. Kau akan mencuri sedikit masa untuk diberikan kepada suami/isteri selepas sahaja melafazkan nikah.

Kelak, bila mana Tuhan kurniakan rezeki anak pula, suami akan bekerja keras untuk mengimbangi rezeki dan tanggungjawab ini. Isteri pula akan cuba sedaya upaya untuk meluangkan masa melayan suami dan anak-anak.

Kau masih tetap mempunyai masa untuk ibu bapa kau. Tapi ianya sangat sedikit. Dan kau akan berjuang sedaya upaya untuk mengisi masa yang sedikit itu dengan aktiviti dan momen yang berkualiti.

Dulu subuh, kita selalu dikejut oleh mak untuk bangun sahur. Kita tenang bangun, basuh muka, berjalan perlahan ke meja makan, menunggu ayah membaca doa makan sebelum menjamu selera. Hari ini mungkin tidak lagi. Kita sendiri yang mengejut isteri, anak-anak bangun dan mengetuai bacaan doa sebelum makan.

Dulu subuh, kita dikejut emak untuk menemani beliau memasak bersama-sama untuk hidangan sahur dan berbuka sekeluarga. Mungkin hari ini tidak lagi. Ketika mana suami sedang bekerja, pulang lewat, kita sendirian di dapur, masak dengan seikhlas hati untuk mengisi keperluan suami dan anak-anak.

Janganlah risau kawan andai belum bernikah.

Kita selalu mengimpikan yang indah-indah bila Ramadan, bila mana Hari Raya menjelma dengan meletakkan harapan kita sudah berkahwin ketika itu. Dari segi impiannya, ia pasti akan kelihatan bahagia. Benar. Memang akan wujud sisi indah. Di sebalik itu jua, akan ada sisi kenangan yang kau tidak akan kecapi sepenuhnya lagi kelak selepas bernikah.

Janganlah sedih andai masih keseorangan.

Kau masih bebas pulang ke rumah tanpa terikat dengan jadual kerja suami/isteri. Kau masih bebas memasak bergurau senda di dapur bersama ibu ketika mana orang lain keseorangan. Kau masih lagi punyai peluang untuk setiap hari mendengar doa yang ayah bacakan sewaktu berbuka dan sahur.

Berkahwin itu sunnah. Memperbanyakkan ummah. Tapi ia diisi jua selari dengan tanggungjawab. Dan di atas tanggungjawab ini, kau perlu membayar juga dengan pengorbanan.

Kesemua momen ini, satu hari akan tiada lagi. Pasti kau akan rindui tersangat-sangat kelak.

Janganlah risau. Dan janganlah sedih.

Jalani dengan gembira. Setiap satu kehidupan yang Tuhan telah kurniakan dengan bahagia.

Ya kawan. Bernikah itu bila kau bersedia, bukan ketika kau malu.

Syafiq Ridhwan

@hati_remaja
Mencintaimu itu serupa air laut
Pasang surut akan selalu ada

Namun, air laut tak pernah berubah rasa

@Hati_Remaja
Bulan ini mengajarkan kesabaran, kesederhanaan, dan kasih sayang

@Hati_Remaja
β€œSayang tp tak tunjuk sangat.” Dah nak akhir zaman ni there’s no time for egoistic.

Kalau sayang cakap. Rindu, cakap. Kalau nak jumpa, cakap. Jangan pendam dan bawak ke mati. Sungguh rugi.

Belajar utk hargai perasaan yg hadir utk orang lain. Masa sgt singkat. Appreciate people.

@Hati_Remaja
Raya tahun ni amat keras dik. Kalau adik minta maaf, abang maafkan. Kalau adik minta duit, abang yg mintak maaf.

@Hati_Remaja
Kita hidup tanpa ambil hati dengan siapa siapa. Suka hati lah orang lain nak buat apa dekat kita. Kita teruskan hidup kita dengan bahagia cara kita. Tanpa perlu sentap, tak perlu emosi. Semakin kita bertambah umur, kita mahukan kehidupan makin senyap.

Kehidupan senyap yang menenangkan.
Malas bergaduh dengan orang dan mahukan kedamaian sahaja. Biar mengalah asal kita menang dalam diam. Biar mengalah asal tidak melukai sesiapa. Biar mengalah dan diam. Diam itu tenang. Tenang itu menang
πŸ–€


@Hati_Remaja πŸ₯€πŸ€
Kalau aku dah diamkan kau maksudnya kau ada buat salah dengan aku.

@Hati_Remaja πŸ₯€πŸ€
Having a boyfriend that give you the same energy everyday and never get bored of you >>>>❀️❀️❀️

@Hati_Remaja πŸ₯€πŸ€
Buat yang tengah bersedih, tenang ya. Mungkin belum sampai waktumu untuk merasa bahagia. Nikmati prosesnya :)

@hati_remaja
Tadi i tengok kat TikTok dia cakap camni:

β€œCari duit lebih bukan nak kaya sangat tapi sedar diri bila susah nanti takkan ada orang tolong melainkan diri kita sendiri
”

@hati_remaja
Rabbi yassir wala tu'assir.
Semoga dipermudahkan urusan kita semua untuk esok dan hari-hari seterusnya. Insya-Allah.

Jaga diri
! πŸƒ

@hati_remaja
Aku rasa paling susah nak berjimat bab makanan dengan skincare. Cuba nak save macammana pun akhirnya mesti beli jugak

@hati_remaja
1. Ya Allah Ya Ghafur, ampuni lah dosa-dosa kami, maafkan lah kezaliman dan kejahilan kami, sucikanlah jiwa kami, dan jauhilah kami dari perbuatan yang mungkar.
.
2. Ya Allah Ya Rahman, terima lah semua amalan dan kebaikan yang kami lakukan. Sesungguhnya kami takkan mampu lakukan apapun kebaikan melainkan dengan pertolonganMu Ya Allah.
.
3. Ya Allah Ya Jabbar, paksa lah hati kami untuk sentiasa mengingatiMu, mensyukuri nikmatMu, dan memperbaiki ibadah kami kepadaMu. Jadikanlah Al-Quran sebagai penyejuk hati kami, cahaya di dada kami, penghilang kesedihan kami, dan penghapus kesusahan kami.
.
4. Ya Allah Ya Muhaimin, lindungilah agama kami, keluarga kami, dan harta kami. Tutup lah aib kami, dan jaga lah kami dari depan, belakang, kanan, kiri, atas dan bawah kami. Peliharalah kami dari segala bentuk keburukan dan kemudaratan.
.
5. Ya Allah Ya Bari’, perbaikilah semua urusan kami dan janganlah Engkau serahkan kami kepada diri kami sendiri walau sekelip mata. Sesungguhnya kami tiada daya sedikitpun tanpa pertolongan Mu Ya Allah.
.
6. Ya Allah Ya Razzaq, cukupkan lah kami dengan rezeki yang halal, agar kami tidak perlu kepada yang haram. Kayakanlah kami dengan kurniaanMu, agar kami tidak mengharapkan kepada yang selain daripada Mu.
.
7. Ya Allah Ya Baasit, lapangkan lah dada kami, limpahkanlah sabar dalam hati kami, dan berikanlah kami petunjuk dalam mengharungi setiap ujianMu.
.
8. Ya Allah Ya Basir, bimbinglah kami dalam setiap gerak geri, percakapan, penulisan dan perbuatan kami, agar kami mendekati syurgaMu dan menjauhi nerakaMu.
.
9. Ya Allah Ya Hayyu Ya Qayyum, masukkan lah kami dalam kalangan orang yang mendirikan solat dengan sabar keranaMu, dan orang yang merasai kemanisan solat.
.
10. Ya Allah Ya Malik, hilangkanlah keindahan dunia daripada pandangan kami, dan cabut lah rasa kenikmatan dunia daripada hati kami. Sesungguhnya dunia ini penuh tipu daya, maka pautkanlah hati kami kepada akhirat Ya Allah.
.
11. Ya Allah Ya Hadii, pilih lah kami untuk sentiasa mendapat perlindungan dan petunjuk Mu, dan masukkanlah kami ke dalam Syurga Firdaus Mu tanpa hisab. Berkatilah kami dalam bulan Ramadan ini, dan temukanlah kami dengan lailatulqadr.

@Hati_Remaja
Forwarded from ππ€πˆπƒ π‘π„π•πˆπ„π– 𝐇𝐑 πŸ“©
Siapa nak belajar Mandarin tapi tak tahu dekat mana? Haa, mai belajar dekat sini.

Belajar Mandarin Online PERCUMA tau!

Jadual flexible x ganggu waktu kerja dan dapat sijil 🀩
Limited slot sempena Ramadhan ni‼️

Nanti boleh guna untuk cakap dengan boss,clients dan kawan2 ☺

Berminat boleh wsπŸ‘‡πŸ»
https://wa.link/ury4mt
HTML Embed Code:
2024/04/30 03:35:40
Back to Top