TG Telegram Group Link
Channel: Khalil al-Khair
Back to Bottom
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
Mufti Kesultanan Oman, Sheikh Ahmed bin Hamad Al-Khalili:

- Kami tabik dengan kebangkitan pelajar dan pensyarah di universiti Amerika dan Eropah yang mengecam pembunuhan beramai-ramai yang dilakulan oleh penjajah Israel di Semenanjung Gaza.

- Kami berharap ia akan merebak ke semua universiti. Ini adalah contoh bagi mereka yang memihak kepada dasar tunduk dan tergesa-gesa untuk menormalisasikan hubungan dengan musuh yang menjajah.

Sumber: Quds News Network
hottg.com/duniapalestin
Forwarded from جهاد حلس
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
مقطع مذهل !!
‏مسن من غزة، قصفوا بيته فوق رأسه، ولما وصل إليه المسعفون وجدوه تحت الأنقاض يصلي الفجر وأطنان الركام فوق رأسه !!
Forwarded from Dunia Palestin 🇵🇸
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kanak-kanak yang dipindahkan di Gaza menghantar mesej terima kasih kepada semua pelajar di seluruh dunia yang bangkit bersolidariti dengan Gaza.

Sumber: Quds News Network
hottg.com/duniapalestin
Forwarded from قبسات جهادية
Syarak menuntut umat Islam berkuasa penuh dan mutlak.

Dalilnya ijmak ulama, sebagaimana dinaqalkan oleh Imam an-Nawawi daripada al-Qadhi ‘Iyadh, Ibnul Qaiyim daripada Ibnul Munzir, dan Ibnu Hazmin.

Ibnu ‘Ashur pula menyatakan dalil mengenai tuntutan itu mencapai taraf mutawatir maknawi, apabila dianalisis secara induktif semua perkataan dan perbuatan Nabi S.A.W. yang berkaitan persoalan kuasa.

Hari ini, realitinya umat Islam terpaksa berkongsi kuasa dengan bukan Islam, atas banyak faktor.

Maka tuntutan syarak ketika keadaan memaksa perkongsian kuasa ialah umat Islam dituntut untuk mendapatkan kuasa pada tahap paling hampir dengan kehendak syarak iaitu kuasa mutlak.

Keadaan kuasa yang paling hampir dengan kuasa mutlak bolehlah diungkapkan sebagai kuasa dominan.

Jika dalil berkuasa mutlak itu ijmak dan mutawatir, dalil agar berkuasa dominan pula terlalu banyak sehingga membentuk beberapa Qa’idah Syarak.

Sekadar contoh, sila lihat ayat 16 Surah at-Taghabun, ayat 88 Surah Hud, ayat 8 al-Maidah, ayat 237 al-Baqarah dan lain-lain.

Hadith juga banyak. Salah satunya sabda Nabi S.A.W.: فسددوا وقاربوا yang bermaksud “hendaklah kamu tepati dan hampiri”.

Sebenarnya, apabila dikatakan “sehingga membentuk beberapa Qa’idah Syarak” sudah cukup memberitahu kita betapa kuatnya tuntutan itu, kalaulah kita ada latar belakang ilmu syarak.

Seterusnya, berkuasa dominan dalam konteks Malaysia, ada tiga sudut utama:

1. Bilangan anggota Parlimen dan DUN. Perlu diambil kira juga ideologi individu dan parti, bukan sekadar agama. Contohnya, Syahrezan Johan tidak termasuk dalam perkiraan dominan umat Islam kerana ideologinya dan ideologi partinya yang sekular, khususnya dari sudut Islam sekadar anutan peribadi bukan agama bernegara dan negara beragama.

2. Penjawat jawatan utama tiga badan berkuasa negara; eksekutif, kehakiman dan perundangan, termasuk ketua polis, ketua tentera dan ketua setiausaha. Selain itu, dominasi dalam kabinet menteri, serta kementerian-kementerian penting dalam konteks kuasa bagi tiga badan tersebut.

3. Kuasa ekonomi. Adakah kuasa eksekutif mengukuhkan lagi kuasa ekonomi yang dikuasai bukan Islam, atau mengukuh penguasaan ekonomi umat Islam secara signifikan?

Nak bincang satu persatu, boleh, tapi tulisan ini jadi panjang.

Point utama tulisan ini ialah:

1) Saya membina pendirian berdasarkan hujah-hujah syarak dan realiti, bahawa kepimpinan UMNO telah mengkhianati umat Islam dari sudut tuntutan dominasi kuasa, apabila memilih PH sebagai rakan kuasa, dalam keadaan PH sudah terbukti dan kekal mendominankan bukan Islam.

2) Ini tidak bermakna PN bagus dan sempurna. Namun Qa’idah Syarak terlalu banyak, seperti Akhaf Dararain dan lain-lain, menunjukkan agar PN sepatutnya memimpin negara.

3) Oleh kerana menanggung beban ilmu (hujah-hujah syarak), saya terpaksa menjauhkan diri daripada pemimpin UMNO dan PH, agar saya tidak dilihat meremehkan tuntutan syarak yang berasaskan dalil yang begitu kuat, melalui tingkah laku mesra yang boleh dielakkan.

4) Bagi ahli ilmu yang ada jawatan rasmi seperti mufti dan sebagainya, mereka mempunyai beban yang amat berat untuk memastikan tuntutan syarak itu tidak kelihatan remeh akibat sokongan secara tak langsung ketika menjalankan tugas rasmi.

Bagi saya, patuh kepada tuntutan syarak itu satu beban, memastikan tuntutan syarak tidak dipandang remeh oleh pemimpin negara dan negeri hatta wakil rakyat, satu beban lagi terutamanya ke atas bahu orang yang ada amanah ilmu.

Sekian, sekadar menjelaskan pendirian saya. Masing-masing akan menjawab di akhirat nanti.

Semoga kita semua berjaya melepasi hisab di akhirat, malah mohon tidak dihisab, Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
اعتمد على الله اعتماد الغريق الذي لا يعلم له سبب نجاة غير الله

Bergantunglah kepada Allah seperti mana bergantungnya orang yang hampir mati lemas , yang tiada sebab keselamatannya melainkan Allah.

Nasihat yang mahal buat diri ini di arus kehidupan yang kuat membadai.

Tiada yang akan selamat di akhir zaman ini melainkan mereka yang meletakkan pengharapannya kepada Allah .

يقول النبيُّ صلى الله عليه وسلم: « يأتي عليكم زمانٌ لا ينجو فيه إلا مَن دعا دعاءَ الغريقِ »؛ رواه الحاكمُ وصحّحه ووافقه الذهبيُّ.

Akan datang kepada kalian suatu zaman, tiada yang akan terselamat padanya (fitnah) melainkan mereka yang menyeru Allah seperti orang yang lemas menyeru-Nya.

Hr Hakim dan disepakati oleh adz-zahabi.
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🔻 Kami terus memenggal kepala pegawai penjenayah anda.

Nota terjemahan:

0:05 - Mata yang tajam.
0:11 - Nafas yang tenang.
0:16 - Satu peluru.
0:20 - Pengakhiran yang disahkan.
0:37 - "Mereka sedang menarik mereka yang mati."
0:40 - "Allah Maha Besar dan segala puji bagiNya."
0:47 - Kami terus memenggal kepala pegawai penjenayah anda.

#mujahidin

Sumber: Qassam Malaysia
Forwarded from Nukman Ab Halim
“Jangan takut Jatuh, kerana yang tidak pernah memanjatlah yang tidak pernah jatuh” - Hamka

“Dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya” -Albaqarah:216
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Wallahi , tentera Allah ini memang luar biasa.

Steady !
Pada pendidik itu ada keberkatan yang djadikan oleh Allah padanya.

Ia bukan hanya diraih oleh guru yang bertag di dada.

Keberkatan itu wujud pada setiap mereka yang mengajarkan kebaikan dan kesolehan kepada manusia tidak kira apa profesion dan umur.

Firman Allah:

"Dan Ia menjadikan daku seorang yang berkat di mana sahaja aku berada, dan diperintahkan daku mengerjakan sembahyang dan memberi zakat selagi aku hidup"
Surah Maryam : 31

وَجَعَلَنِي مُبَارَكًا أَيْنَ مَا كُنْتُ ْ}- أي: في- أي: مكان، وأي: زمان، فالبركة جعلها الله فيَّ من تعليم الخير والدعوة إليه، والنهي عن الشر، والدعوة إلى الله في أقواله وأفعاله، فكل من جالسه، أو اجتمع به، نالته بركته، وسعد به
مصاحبه

As-Sa'di Rahimahullah:

Dijadikan dia (Isa As) itu diberkati pada setiap waktu dan tempat, kerana keberkatan itu Allah jadikan pada mereka yang mengajarkan kebaikan dan menyeru kepadanya, mencegah kemunkaran dan menyeru kepada Allah pada setiap perkataan dan perbuatannya. Maka oleh itu, setiap yang duduk dan berkumpul dengannya akan mendapatkan keberkatan dan bahagia bersamanya.

(tafsir as-Sa'di)

Berbahagialah para nuqaba' , guru, murabbi dan apa jua gelaran bagi pengajar kebaikan. Kalian adalah pembawa keberkatan di setiap zaman dan tempat .

Maka tebarkanlah sayapmu ke seluruh alam dengan kencang untuk menaungi umat manusia dengan cahaya kebaikanmu.

Masih ramai yang mendahagakan sentuhan al-Mubarakun ini.

Selamat Hari Guru 2024 buat seluruh penyebar kebaikan
HTML Embed Code:
2024/05/16 17:02:09
Back to Top